Code of Ethics Workshop

Pada sabtu ini bersamaan 10 Julai 2010, akan diadakan Workshop mengenai ‘Code of Ethics for the marketing of Infant Foods and Related Product and International Code of Marketing of Breastmilk Substitutes’ yang bertempat di MLO, Seri Kembangan. Workshop ini terbuka kepada semua PC’s and PCPA’s sahaja.

Objektif untuk bengkel ini adalah untuk memberi lebih pemahaman mengenai isu-isu tentang etika pemasaran produk-produk makanan bayi dan Breastmilk substitutes. Para peserta juga akan didedahkan dengan contoh-contoh yang dikatakan sebagai perlanggaran kod tata-etika. Selain daripada itu para peserta juga berpeluang untuk berkongsi pengalaman atau pandangan mengenai isu-isu seperti pemasaran makanan bayi, botol susu dan juga puting tiruan, hal-hal mengenai kerjasama atau penajaan dari syarikat-syarikat pengedar susu tiruan dan juga konflik-konflik yang mungkin timbul.

Jika dilihat daripada tentatif yang telah diedarkan kepada semua PC dan PCPA, kesemuan isu-isu yang akan dibincangkan adalah sangat penting terutama kepada semua PC-PC baru serta PCPA2. Walaupun kita mungkin telah diperingatkan mengenai tata-etika, apa yang akan diulas dan dibincangkan semasa bengkel ini mungkin akan dapat memberi lebih pemahaman mengenai apa yang dikata sebagai kod tata-etika ini.

Bengkel ini ditawarkan secara percuma kepada semua PC dan PCPA MBfPC namun ianya terhad kepada 30 orang peserta yang terawal mendaftar sahaja. Saya sudah semestinya adalah salah seorang yang pasti tidak akan melepaskan peluang ini. Sebagai PC,PCPA,LC, walaupun saya agak sudah memahami mengenai tata-etika yang telah dijelaskan, namun saya tetap ingin hadir dan menyertai bengkel bersama-sama untuk mendapat lebih penjelasan atau mendengar pengalaman dan pandangan dari peserta mungkin.

Para penceramah yang akan hadir untuk mengulas dan membincangkan mengenai perkara ini selain daripada Puan Nor Kamariah Mohamed Alwi adalah seperti Annelies Allain (Director of IBFAN-ICDC), Puan Siti Adibah dan Puan Yeong Joo Kean, MOH.

Saya berharap agar para PC semua tidak melepaskan peluang yang sangat baik ini sebagai salah satu ilmu dalam memperkasakan kemahiran kita untuk membantu ibu-ibu dalam komuniti dengan lebih beretika. Jumpa anda disana!🙂

Pada yang belum register, boleh lah register di http://www.susuibu.com/modules/eguide/event.php?eid=76 atau jika anda tidak boleh register manually dengan Nur Ain di nurain@susuibu.com

*IBFAN- [Internation Baby Food Action Network ]
*ICDC-[International Code Documentation Centre]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: