Growth Spurts

Saya terpanggil untuk menjawab permasalahan di entri blog ayu:

ayu said… June 16, 2010 2:18 AM

hayatie, ayu nak sangat pandangan hayatie dalam masalah ayu..boleh beri komen @ idea tak.. ni link ayu..tqvm http://ezurin.blogspot.com/2010/06/dalam-dilema-lagi.html

Jika dibaca permasalahan yang dihadapi oleh ayu, saya kira setiap ibu-ibu menyusu & memberi EBM tidak terlepas dari dilema ini. Perubahan keperluan bayi kadang-kala berubah apabila bulan berganti bulan. Adakala bayi mengalami growth spurth, adakalanya pula nursing strike. Kedua-dua situasi ini amat memeningkan kepala si ibu terutamanya bagi mereka yang menyusu dan memberi EBM. Mungkin situasi ini tidak berapa mendatangkan kesan bagi mereka yang menyusu sepenuhnya (surirumah).

Jika kita fikirkan sejenak, untuk mendapat sejumlah 4-5 oz, kita perlu memerah kedua-dua payudara, namun apabila kita menyusukan, bayi cuma menyusu pada sebelah payudara sahaja. Tapi bayi minum habis sejumlah itu apabila EBM diberikan melalui botol. Ini menunjukkan bahawa bayi diberi EBM melalui botol selalunya menerima jumlah yang lebih dari sepatutnya yang diperlukan. Apetah lagi jika ianya diberi melalui botol. Kerana aliran dari puting tiruan yang laju dan bayi terpaksa menerima berapa-berapa pun jumlah yang diberi dan dikhuatiri terbiasa dengan aliran serta jumlah yang diberikan. Oleh sebab itu, ada yang mencadangkan jika susu perahan diberikan melalui botol, puting yang yang lebih sesuai digunakan adalah dari jenis yang paling kecil dan tidak perlu ditukar mengikut umur kerana jenis puting tiruan direka berdasarkan untuk penyediaan susu tiruan. Saya pautkan satu artikel yang ditulis oleh herni didalam blognya mengenai kuantiti pemberian susu perahan.

“Always use the lowest flow bottle nipple that baby will tolerate”

[Sumber: How Much Milk do Babies Needs?, Kellymom.com]

Saya masih tidak menjawab persoalan kepada permasalahan ayu. Ada lagi beberapa isu yang ingin saya perjelaskan lagi. Isu EBM tidak cukup semasa berada dibawa penjagaan taska mahgupun pengasuh seringkali dialami oleh kebanyakkan ibu-ibu bekerjaya. Tidak dinafikan adakala perspektif mereka tentang pemberian EBM ini kadang-kala dipengaruhi oleh cara pengendalian susu tiruan. Konsep ‘asal-bayi-menangis-di-beri-susu’ atau ‘bayi perlukan kuantiti yang lebih banyak apabila umurnya meningkat’ mungkin menjadi kebiasaan pada para pengasuh tanpa mempedulikan aspek-aspek emosi yang lain yang ditunjukkan oleh bayi. Wallahualam.

Using bottle feeding as the primary way to comfort baby. Some well-meaning caregivers feed baby the bottle every time he makes a sound. If baby still seems to be hungry, have your caregiver first check to see whether baby will settle with walking, rocking, holding, etc. before offering another ounce or two”

[Sumber: How Much Milk do Babies Needs?, Kellymom.com]

Berbalik semula kepada permasalahan ayu, ada beberapa cadangan yang mungkin boleh dipraktikan. Ada diantaranya pun sudah dicadangkan oleh pengkomen beliau. Semasa dirumah pengasuh, minta kerjasama daripada pengasuh untuk memberi makanan dahulu sebelum memberi susu perahan. Cuba beri finger food/snacks yang bersesuaian diantara selang waktu makan utama. Kerapkan menawarkan makanan kepada bayi.

Dengan meningkatkan pengambilan makanan pejal sewaktu bayi bersama pengasuh mungkin dapat mengurangkan kebergantungan keperluan kepada EBM sepanjang ketiadaan ibu. Kaedah ini juga memerlukan kerjasama dan kesabaran dari pihak penjaga.

“Myths: Babies need to drink milk when the mother is not at home. Not true. Three or four good breastfeedings during a 24-hour period plus a variety of solid foods in goodly amounts gives the baby all he needs nutritionally, and thus he does not need any other type of milk when you are at your outside job. Of course, solid foods can be mixed with expressed milk or other milk, but this is not necessary”

[Sumber: What To Feed The Baby When The Mother Is Working Outside The Home?, Jack Newman MD, FRCPC, IBCLC]

Sebelum menambahkan jumlah kuantiti susu perahan sedia ada, ibu juga perlu memastikan bahawa adakah keperluan sebelum ini sudah mencukupi? Atau adakah ini sekadar penambahan keperluan mendadak (growth spurth) yang bersifat sementara. Ini kerana apabila bayi berada dalam situasi ini, kebanyakan bayi akan menjadi serba-tidak-kena dan sentiasa merengek. Apabila bersama ibu, bayi akan menyusu lebih kerap dan kadang-kala dalam tempoh yang lama dari biasa. Yang mana apabila bayi yang berada didalam jagaan pengasuh pula, cara yang termudah adalah dengan memberi susu. Oleh kerana itu, ada diantara ibu-ibu yang mengambil cuti semasa bayi dalam fasa ini hanya semata-mata untuk memberi lebih perhatian dan memberi keselesaan (to comfort) bayi mereka sepanjang fasa ini.

Pada pandangan saya, apa yang paling penting adalah beri ‘lebih’ perhatian kepada bayi sewaktu dalam fasa ini seperti bermain, membelai, mendodoi atau membawanya bersiar-siar sementara sebelum menawarkan bayi tambahan susu perahan.

2 thoughts on “Growth Spurts

  1. ayu says:

    salam hayati,terima kasih kerana sudi membincagkan perkara ini..ayu ada reply di dalam entry ayu..antara solution yang ayu ambil sejak dari semalam n hari ni ialah :- menambahkan sessi makan dari 2x ke 3x (mlm tadi bg makan buah)- membaiki cara penyediaan bubur (masak bubur hari2 berbanding masak awal 3 hari) dan kemudian meletakkan di dalam food flusk berbanding meletak di dalam tupperware..(selalu kalau letak dlm tupperware, bubur tu macam melekat2, mungkin danial tak berapa suka makan sebab tu la kot..hehe..)- menambah lagi sessi perahan susu di tengah malam..(jenuh gak la nak bangun malam td, mujur la en suami pun mmg tgh stay up siapkan tesis)- cuma, pagi ni ayu standby juga extra 1 botol utk danial takut2 tak cukup juga..apa2pun, thanks yatie…sangat2 hargai idea yang diberikan..kita lihat hasil macam mana nanti.. ^_^

  2. mummyzara says:

    yatie..olahan ayat yg begitu sempurna! superb!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: