Masih positif

Lama saya tak mengupdate ‘kerjaya’ yang lately ni menjadi suam-suam kuku dah. Kalau tidak every month saya saya akan membuat entri ‘celebration’ kerana telah berjaya menapak dari bulan ke bulan sampai naik muntah, hihi. Kini sudah hampir 1 tahun 8 bulan berlalu, dari zaman kegemilangan hinggalah zaman ‘alhamdulillah-jadilah-ada rezeki-untuk-azri-lagi’. Dan sepanjang inilah saya berjaya memberi hanya yang terbaik iaitu susu saya sendiri dengan hanya memerah.

Dan sepanjang itulah saya mulai perasan yang botol-botol semakin memenuhi ruang ini.

Semalam, saya bercadang untuk menyimpan semula separuh dari botol-botol ni dan tinggalkan sebahagian sahaja untuk kegunaan saya (kerana tak larat nak membasuh botol-botol yang banyak). Terasa lega pula apabila sudah melalui zaman-zaman memerah ala-ala komando dengan jadual perahan yang ketat, banyak yang terpaksa dikorbankan ketika itu.

Kini, dalam freezer saya hanya tinggal icepack sahaja yang amat jarang saya gunakan lagi sekarang. Stok frozen EBM sudah habis.

Lapisan hindmilk & foremilk saya jelas kelihatan, huhu

Berapa-berapa pun hasil perahan saya kini, saya yakin ianya masih mampu melengkapi diet seharian anak saya. Saya tidak gusar kerana pada umurnya kini, saya sudah mulai mengajarnya pemakanan yang seimbang dimana, susu tidak lagi menjadi sumber utama dalam pemakanan seharianya. Saya telah mula sedikit demi sedikit untuk melatih azri wean off dari EBMnya. Mujur dia tidak selalu ‘teringatkan’ susunya.

Kini, kita sering terlupa dan kadang-kala terpengaruh dengan stigma bahawa susu harus menjadi sumber makanan yang utama sehingga kita tidak lagi menjadi kreatif untuk menyediakan makanan yang semulajadi dan seimbang. Sehinggakan, ada diantara ibu-ibu yang memberikan susu perahan juga terjebak untuk memberikan kuantiti yang besar sehingga pada suatu tahap si ibu amat tertekan untuk menyediakan jumlah perahan yang sama untuk jangka masa panjang.

Kerana kita masih lagi terpengaruh dengan pernyataan susu adalah sumber makanan yang utama bagi kanak-kanak sehingga ianya boleh menggantikan sumber-sumber seperti di piramid makanan. Boleh dikatakan seperti jalan pintas untuk mengganti sumber yang asli untuk zaman yang serba moden dan sibuk kini.

Tidak dinafikan untuk mencari, menyediakan dan memberi yang semulajadi dan seimbang pada masa kini agak sukar oleh kerana kekangan masa. Namun didalam zaman yang serba-nak-cepat ni jangan lah kita lupa untuk kembali semula kepada cara hidup yang lebih semulajadi dan supaya ianya tidak tinggal sebagai suatu amalan yang lapuk dan dianggap tradisional sahaja. Renung-renungkan, selamat beramal! erkk?



11 thoughts on “Masih positif

  1. tie samala cam ank daku..kurang dah nk nenen terutama belah siang nk mkn je kije ngn minum aiir lain..belah malam baru nak gak sikit2 nenen xpon time sakit..tapi ku tak sedia nk wean off ke hape ku rindu zaman nenen memberat dolu2..kene peknen lagik nih baru dapat blk nenen berat tuh hik…

  2. Liz Rohaizat says:

    babe, ku sokong dengan apa yg mu tulis! mmg ramai org ingat susu tu sumber makanan utama utk anak sampaikan anak tu dah besar pun, masih diberi susu. kalau fresh milk tu, ku x kesah la sgt.my frozen stock dah byk terbuang sbb batrisyia dah taknak frozen. gerenti muntah! tp entah knp, ku x buang2 lg. biar je dia beku kat peti ais tu. skrg, siang dia hanya minum 8oz. mlm, terus direct.bila tgk skrg nie, rasa mcm x sangka kita pernah hadapi 'zaman susah payah' ber EBM dan pump. mu lg la byk cabaran kan?

  3. Hayatie says:

    nurul: takpa, biar dia wean off sendiri, kadang-kala kita tak sedar, baby dikala umur-umur begini hanya menyusu untuk comfort sahaja bukan untuk mengenyangkan mereka…liz: Yup, sebab hari-hari kita tengok iklan artificial milk yg dikatakan mencukupi segala keperluan yg diperlukan hanya dalam segelas susu..huhu. Kadang-kala ibu-ibu yang menyusu juga secara tak langsung mengaplikasinya dalam pemberian EBM mereka..wallahualam.

  4. lagik satu kan cmne kalo kite nk amik supplemen tp ank dah xbape nk direct dah tp amik supplemen tu tuk jana tenaga je pun..riso gak kot tetiba susu jd byk pastu ank dh la xmo isap dah..maklumla ankku tu dh pandai ulur botol air mintak air nk minum bg nenen xmo siap geleng..sobs

  5. ayu says:

    hayatie, ayu nak sangat pandangan hayatie dalam masalah ayu..boleh beri komen @ idea tak.. ni link ayu..tqvmhttp://ezurin.blogspot.com/2010/06/dalam-dilema-lagi.html

  6. Hayatie says:

    nurul: tiada apa-apa prob pun..andaikata supplemen yang diambil tu menyebabkn susu jadi banyak, just perah je lah untuk melegakkan bengkak ;)ayu: okay, nnt yatie beri komen, nak kena mengarang dulu, hehe!

  7. akma says:

    bestnye akak hampir berjaya menyusukan baby sehingga 2 tahun. congrats kak. selama nie azri memang tak direct BF ke kak? akak pam & bagi pakai botol je ye?

  8. Hayatie says:

    akma: ye,akak hanya pam and beri melalui botol sahaja..

  9. Hayatie,Amat setuju dgn entry Yati ni.Susu bukan makanan utama selepas berumur setahun ke atasp/s : Susu wan pun dah tak meriah sangat. Tapi cukuplah untuk Najla yg nak masuk 1 tahun 6 bulan.Yati berminat nak hadiri susuibu conference tapi tgh pikir-pikir lagi.

  10. Zakilah says:

    Salam,Saya dah mengambil Domperidone selama 7 bulan…baby saya skrg dah 9 bulan…2biji satu hari saya amek domper…pagi ni seorang kawan cakap hentikan makan Domper untuk tambah susu sebab ada kesan sampingan pada tubuh badan saya…apa pendapat semua tentang ni?sy dalam dilemma ni….

  11. Hayatie says:

    zakilah: Adakah pengambilan tu diatas nasihat dan pengawasan doktor?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: