Jemputan ke latihan MBfPC Selatan

Salam,

Saya mewakili admin Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC) ingin mewar-warkan bahawa surat jemputan untuk menyertai program latihan MBfPC bagi kawasan Selatan (di Melaka) pada 2-4 Julai 2010 telah mula diedarkan kepada pemohon yang telah menghantar maklumat diri kepada admin@malaysianbfpc.org

Untuk makluman semua, program latihan MBfPC bagi kawasan selatan ini adalah siri program latihan yang terakhir bagi kawasan semenanjung Malaysia untuk setakat tahun ini. Dan program latihan yang seterusnya (kira yang terakhir juga ) adalah bagi kawasan East Malaysia (Sabah & Sarawak). Kesemua siri latihan MBfPC yang telah dirangka untuk kesemua region adalah untuk dilaksanakan dalam tahun ini sahaja. Siri-siri latihan yang seterusnya pada tahun-tahun hadapan belum dapat dipastikan lagi. Insyallah, jika ada peruntukan ianya mungkin diteruskan.

Oleh itu, bagi sesiapa yang masih belum berkesempatan untuk mengikut siri latihan sebelum-sebelum ini, rebutlah peluang sementara stok masih ada untuk mengikut latihan sebagai pembimbing penyusuan Ibu yang bertauliah yang julung-julung kali dapat diadakan ini.

Lokasi latihan pada kali ini diadakan di Kak Long Chalet di Kampung Permatang Pasir, Alai, Melaka. Pada sesiapa yang akan mengikut latihan ini yang datang dari luar Melaka, bolehlah menempah bilik-bilik chalet yang terdapat di situ. Untuk makluman semua, bilik-bilik adalah terhad, peserta yang bercadang untuk menginap disitu disarankan untuk membuat tempahan awal.

Bagi khimat berbayar untuk jagaan anak yang berumur lebih dari setahun, diharap pemohon dapat membaca betul-betul penerangan dan arahan yang diberikan didalam e-mail jemputan. Pihak MBfPC amat-amat berharap para peserta dapat mematuhi segala arahan yang dikeluarkan didalam e-mail jemputan tersebut. Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada admin@malaysianbfpc.org atau boleh menelefon terus ke nombor saya di zero-one-two-2045646.

Sekian, terima kasih.

Dari saya yang suka berkhidmat🙂

Nurhayati Mohd Hashim
Admin Team
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

Saya: akan kembali sibuk (perasan) semula dalam bulan ini. hihi!

5 thoughts on “Jemputan ke latihan MBfPC Selatan

  1. az says:

    yatie, srt jemputan akan dipos atau melalui email sahaja. excited nak pergi nih..

  2. Hayatie says:

    az: surat jemputan sudah pun mulai diedarkan melalui e-mail sejak hari jumaat yang lalu.

  3. az says:

    yatie : saya tak dapat lagi email jemputan. blh tlg check..

  4. Hayatie says:

    az: emailkan nama penuh dan email pada admin@malaysianbfpc.org yer

  5. az says:

    yatie: dah dapat yatie.yahuu..tqvm!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: