Daftar SSM secara online

Saya tengah berura-ura nak mendaftarkan nama perniagaan. Daftarkan namanya sahaja dulu, tetapi perniagaan fizikalnya tiada pun, hihi! Tapi sekarang, nak daftarkan perniagaan atau syarikat hanya dihujung jari sahaja. Tak perlu nak ke bersusah-susah nak ke pejabat SSM, lepas tu nak mengadap ejen-ejen daftar syarikat yang memanggil-manggil orang seperti menjual ikan dipasar tatkala orang hendak menuju ke pejabat SSM itu. Kalau nak mudah, guna saje khidmat-khidmat diluar pejabat SSM, tak perlu mengambil nombor giliran dan beratur bagai dikaunter SSM.

Kalau nak mendaftar SSM secara online ni, ada langkah-langkah yang perlu dibuat sebelum boleh mendaftar. Langkah yang pertama perlu mendaftar akaun sebagai pengguna portal di laman web MyGovernment dahulu. Pengesahan kad pengenalan dengan pihak JPN mungkin mengambil masa beberapa hari sebelum akaun dapat diaktifkan.

Setelah akaun di portal MyGovernment telah aktif. Kita perlu mendaftar sebagai ‘subscriber SSM’ yang mana fee sebanyak RM5 untuk setahun dikenakan jika mendaftar e-lodgement ROB atau RM120 jika e-lodgement ROC. Kalau untuk perniagaan yang bukan didaftarkan secara Sdn. Bhd. akan menggunakan e-lodgement ROB.

Untuk langkah-langkah selanjutnya, bolehlah rujuk dalam perkhidmatan E-lodgement SSM. Muat turun brosur nya dahulu. Baru senang nak ikut. Lupa plak, kalau nak guna e-lodgement SSM ni perlu ada kredit kad, akaun prabayar (daftar dengan SSM) atau debit kad. Kredit kad lah medium pembayaran yang paling senang.

Hanya tuan punya yang berdaftar sahaja yang boleh mendaftarkan perniagaan itu diatas namanya sendiri. Maksudnya, kalau dia nak tolong daftarkan orang lain punya company menggunakan akaun dia, tidak boleh lah.

Bila dah complete, baru sijil akan dikeluarkan dalam bentuk PDF dile dan kemudianya boleh diprint terus.

Selamat mendaftarkan perniagaan anda!🙂

Saya: pening pula nak fikir nama apa yang best ek! yess, dah dapat! (Mode perasan & berangan!)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: