Melawat rakan di HUKM

Pada selasa yang lepas saya ke HUKM melawat kawan SI/blogger iaitu nonnie yang baru sahaja melahirkan putera sulungnya secara cesarian di HUKM. Walaupun putera ini yang sulung namun ianya adalah kelahiran yang kelima buat nonnie🙂
Kedatangan saya hanyalah untuk membantu nonnie mencari posisi yang lebih selesa untuk menyusukan puteranya. Bagi ibu-ibu yang melahirkan anak secara pembedahan (C-Section), posisi yang lebih selesa adalah posisi lying-down dan juga football-hold (clutch hold). Namun bagi ibu-ibu yang baru pertama kali, kedua-dua posisi itu mungkin agak kekok bagi sesetengah mereka. Dan ramai yang masih melakukan posisi yang biasa dibuat iaitu cradle-hold. Namun untuk posisi cradle-hold ini jika proses positioning badan si ibu itu tadi tidak betul atau tidak selesa, sedikit sebanyak ianya akan membantutkan perasaan untuk menyusukan bayi kerana tidak tahan menanggung kesakitan daripada luka pembedahan itu tadi.

Untuk menggurangkan kesakitan luka pembedahan itu, dicadangkan lebih banyak menggunakan cushion-support seperti bantal, tilam kecil dan lain-lain yang boleh digunakan untuk menggalas bahagian abdomen supaya tekanan dari berat bayi itu tidak tertumpu kepada bahagian yang luka itu apabila ingin menyusukan bayi dengan posisi cradle.

Selain daripada itu, bahagian belakang badan juga perlu disokong dengan bantal (guna lebih banyak bantal lagi, jika perlu). Supaya ibu-ibu boleh bersandar sedikit ke belakang dan tidak perlu membongkok kehadapan. Tetapi pastikan bayi juga telah disokong dengan bantal-bantal yang secukup dan pastikan posisi badan bayi itu didalam keadaan yang betul (tummy-to-tummy) walaupun kedudukannya diatas bantal.


Sedikit tips untuk Penyusuan selepas kelahiran secara pembedahan:

  • Minta bayi anda secepat yang boleh selepas kelahirannya supaya penyusuan dapat dimulakan seawal yang boleh.
  • Rooming-in bersama bayi adalah lebih baik (jika tiada komplikasi).
  • Minta seseorang (nurse atau saudara-mara yang menunggu) untuk membantu anda untuk mengangkat bayi dan diberikan kepada anda untuk disusukan.
  • Cari posisi penyusuan yang lebih selesa buat anda. Yang dicadangkan adalah lying-down, football-hold atau jika ingin menyusukan secara duduk (craddle-hold) pastikan anda dan bayi selesa, gunakan cushion-support dengan banyak seperti bantal, tilam dan sebagainya.
  • Sediakan bantal-bantal yang lebih (bawa dari rumah jika perlu)
Untuk pembacaan selanjutnya boleh baca disini ‘Breastfeeding after a Cesarean’

Selamat datang Syabil Eusoff

Tahniah buat nonnie dan keluarga dengan kelahiran cahayamata baru.

Saya teringat waktu-waktu bersalin di HUKM dulu, huhu! Teringat pula dengan aktiviti lawatan wad saya di Hospital Serdang yang belum saya laksanakan lagi untuk bulan ini. Kalau boleh setiap hari saya mahu ke wad-wad postnatal untuk memberi bimbingan dan sokongan kepada ibu-ibu baru terutamanya untuk menyusukan anak mereka, namun dengan kekangan tugas-tugas yang ada ini, inilah yang termampu saya lakukan🙂

Saya: sedang mengimpikan suatu projek yang bakal dilaksanakan, tetapi tidak tahulah bila pula akan menjadi realitinya. Mungkin saya perlu lebih banyak tip-tip dalam Managing 24-hour while breast’pumping’ ,hihi!🙂





5 thoughts on “Melawat rakan di HUKM

  1. bagus tips ini..tingat time ku banak dulu c-section gak..hope pasni dapat susukan bby sebaik shj dilahirkan bukannye 3 hari lepas itu seksa nunggu bile nurse nak hantar bby kat kite.

  2. nieda says:

    salam ziarah..suka baca tentang BF moms..thank for the info

  3. Hayatie says:

    nurul: betul tu!nieda: Terima kasih🙂

  4. Ely Hasrul says:

    congrats nonie..

  5. kakyong says:

    nonnie dah bersalin ya…tahniah.. akhirnya dpt juga putera impian..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: