Laporan SGM4 – Managing 24-hour While Breastfeeding

Alhamdulillah telah selesai SGM yang ke-4 pada pagi tadi yang diadakan di Taman Tasik Shah Alam. Walaupun kehadiran tidak semeriah seperti SGM yang lepas, namun terasa SGM kali ini lebih puas kerana dapat beramah-mesra dengan semua yang hadir. Hanya 15 orang sahaja yang hadir, Sekaligus mencatat sejarah kedatangan yang paling sedikit untuk SGM kali ini. Takpalah, maybe sebab cuti panjang dari Wesak day hari tu kot.

Topik yang dibincangkan kali ini adalah ‘Managing 24-hour while Breastfeeding’. Sekali lagi semua berkongsi pengalaman masing-masing bagaimana mereka menguruskan waktu seharian ketika menyusukan anak termasuklah saya!. Banyak juga tip-tip yang menarik dikongsikan bersama.


Dan gambar-gambar sepanjang SGM berlangsung..

Oleh kerana tidak ramai, hanya satu kumpulan ibu-ibu sahaja yang dibentuk. Kumpulan kali ini dikendalikan oleh saya dan juga bersama Puan Hanidah sebagai co-moderator. Yang hadir dalam kumpulan ini adalah Puan Hanidah, Puan Ruqayya, Puan Nur Shadila, Puan Nur Afizah, Puan Akma, Puan Cik Rafidah, Puan Zatul, Puan Nur Liyana, Puan Shafinaz, Puan Juliana, Puan Zaliha, Puan Nurul Akmal, Puan Nur Shazura dan Puan Shaza.



Puan Nur liyana juga berkongsi tips seperti, ayam yang sudah dibeli dan dipotong-potong terlebih dahulu kemudianya direbus dan disimpan beku. Air rebusan ayam pun boleh disimpan beku dengan cara memasukkan dalam plastik untuk dijadikan stok ayam. Oleh sebab ayam-ayam sudah direbus terlebih dahulu, ianya akan memudahkan proses memasaknya nanti.

Antara tips yang saya kira agak membantu yang dikongsi dari Puan Cik Rafidah adalah memasak sambal siap-siap dan kemudian dibekukan. Lepas tu cuma panaskan sahaja dan tambahlah apa-apa yang hendak ditambah seperti ayam, udang, sotong dan sebagainya. Jadi kerja-kerja untuk menyediakan lauk dirumah adalah lebih mudah.





Walaupun jumlah kehadiran yang sedikit. Kumpulan bapa-bapa berjaya juga dibuat pada hari itu. Kumpulan bapa-bapa dikendalikan oleh Puan Zatul. Di antara bapa-bapa yang sporting yang men-joinkan diri dalam kumpulan ini adalah encik Nazri, encik Zarif, encik Wan Syazili, encik Fadzly, Encik Affendi, Encik Fazri dan juga encik Harith.


Perkara ‘wajib’ sebelum selesai SGM, acara bergambar-gambar beramai-ramai..
Kumpulan bapa juga tidak ketinggalan bergambar beramai-ramai sebagai tanda penglibatan mereka dalam aktiviti SGM kali ini🙂 (Semua kena pegang anak sebab wife masing-masing pegang kamera pula, hihi)

Oh ya, saya sangat beterima kasih kepada bapa-bapa ini yang sama-sama tolong melipatkan kanvas-kanvas yang digunakan. Saya tak perasan (asyik sibuk berbual-bual) sekali tengok semuanya sudah habis dikemas dan dilipat, hihi!

5 thoughts on “Laporan SGM4 – Managing 24-hour While Breastfeeding

  1. zhafris says:

    yati…bestnye..nak g tapi last minute baru teringat tak register pun…:(

  2. ayu says:

    yatie, sorry ayu tak dapat join kali ni..bukan sbb tukar tempat tau..tapi, sbb ada kenduri sabtu tu kat muar..balik kl dah lewat..penat sgt2..btw, topik ni mmg best..n bagusnya tips2 yg diberi tu..^_^

  3. heh, dah la tau last minute, pehtu sampai situ pun yang paling last, sesat larat tak jumpa yang mana satu tasiknya.. hahahahha.. almost give up tau tha.. seb baik hubby layankan jugak walau pun hubby ku baru pulang kerja shift malam. sporting kan hubby ku? thanks semua, rasa ringan apa yang terbuku di dada bila dapat ckp yang dok umah jaga anak sgt stress lain macam.. skang perspektif dah lain. hati kena terima, semua kena pandang positif. thanks all!

  4. Hayatie says:

    zhafri: ala, tak sempat register pun leh je datang..takpa next month ada lagi :)ayu: takpa, ramai yang byk kenduri nak attend time tu maklumlah tengah cuti panjang kan..shaza: lega kan bila boleh berkongsi n tahu rupanya orang lain pun sama je kadang-kadang tak terurus macam kita juga..kikiki! sedap lah aiskrim mesia tu..huhu..next time SGM buat lagi tau..hihi!

  5. Mellissa says:

    salam..sy bdk baru..br nk berjinak2..skang dh berjaya fully bf my baby..8 bln…cemane nk mangaktifkan diri mcm u all..n how to be a peer counselor?sgt2 berminat and excited bile dpt tau ade bende2 ni..:)tq

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: