Celebrate Befday Mak di Serai Satay

Hujung minggu lepas, saya bawa mak saya ke Serai Satay Bar di Pavillion. Ni gara-gara tengok iklan tu dekat WHI la, tu yang terjebak hihi. Mak saya ni memang suka merasa satay orang lain walaupun dia sendiri buat satay juga. Saje je nak celebrate besday mak yang ke 58 tahun.

Mudahnya sekarang tempat untuk bakar satay, tidak perlu terkipas-kipas lagi. Dulu tak terbayang macam mana nak bakar satay dalam tempat yang bertutup, dengan asap berkepul-kepul lagi. Walaupun menggunakan gas, tetapi masih lagi menggunakan arang untuk menaikkan aroma satay itu. Arang-arang itu ditabur diatas api yang menyala itu.

Pakacging pun dah semakin canggih. Letak dalam bekas-bekas begini. Ha ri itu saya order Set 6 sticks (2 ayam, 2 lembu, 2 kambing) RM10 bersama dengan soto nasi ini. Not bad rasanya..

Ni Serai blended.


Eksyen je lebih ni, bukan habis pun dimakan. Hisap2 je pastu hampasnya dibuang. Konsep tempat makan macam di bar je, nama pun satay bar. Tapi takda baby chair. Kena la pangku azri masa makan tu.


Azri pun nak juga Serai blended ni. Tolak batu kayu je budak ni, hihi!

Besday mak saya dan Hari Ibu dekat-dekat je, dapat le double celebration, 2-in-1. Happy Birthday & Mother’s Day mak. Semoga panjang umur. Terima kasih kerana sering menjaga azri dikala daku selalu tiada,hihi. Azri yang sebok sangat nak ‘turun kaki’.


Bila dah masuk kereta terus zzzZZzzZZz. Penat agaknya tawaf satu Pavillion selepas pekena satay tu..huhu











3 thoughts on “Celebrate Befday Mak di Serai Satay

  1. ayu says:

    comeynya azri ketika tidurrrrrrrrr

  2. IbuAzroy says:

    Skang ni mmg bakar satay dah senang. Kt KL ni, ada satu kedai satay, kalau hantar stok satay, siap berbeg2 plastik besar. bile tgok time tu mmg xde selera, tp bila dah order nak membedal, ok jer. hahahahaha. dlm hati tertanya2, daging @ ayam ni dah berapa hari gamaknyer? hahahaha

  3. sirna says:

    wah, baru tahu juga ni ada satay bar kat pavilion ek..nampak sgt saya ni ketinggalan zaman

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: