Kelas Menjahit

Jeng-jeng jeng, acik telah secara rasminya enroll ke kelas menjahit dekat kedai jahit makcik kat depan rumah tu, hihi. Sempat lagi tu. Dalam sebulan ada 12 kali kelas selama 2 jam, tapi saya berjaya kaw-tim makcik tu untuk beri saya extra satu jam lagi, hihi! Bertambah-tambah bizi lah acik sekarang ni, kui kui!

Ala, bukannya belajar ala-ala macam kat institut fesyen ke hape, flexible je waktu belajarnya, makcik tun pun ajar ikut ‘sedap’ dia je. Maksudnya tak se-sistematik kalau kita gi belajar kat tempat2 belajar menjahit tu. Mujur le anak murid dia sorang ni cepat tangkap kalau bab2 jahitan ni, heh heh! Pastu pulak leh pilih-pilih nak belajar buat apa, hihi!

Kusyuk saya sedang menyiapkan dasar untuk baju kurung moden(kalau ikut orang dulu-dulu belajar kata dasar, atau yang modennya pola ). First time belajar terus buat baju kurung moden lak tu, sebabnya baju kurung saya dah tahu buat, hihi!.

Ni pola ukuran badan saya. Yang dah siap digunting dan diletak kat kain dan dah selamat gunting pun kainnya.

Ni nak buat kolar untuk leher depan pastu nak dicantumkan ke bahagian badan tadi. Ada lagi bahagian untuk belakang leher tapi tak snap lah. Kang dah macam tutorial menjahir baju kurung moden plak, wakaka!


Hah, ni sorang lagi anak murid makcik ni. Makcik juga, acik normah namanya Yang tudung coklat, tali tip di tengkuk tu pula cikgu saya hihi!. Acik ni jururawat pencen, gigih nak belajar jahit-menjahit ni, tapi dia dah advanced. Baju melayu bagai semua dah lepas, ni tengah nak belajar buat ‘baju kurung pesak gantung’ pula. Atau orang kata baju kurung pahang.

Sebenarnya semasa entry ini ditaip, bahagian baju kurung moden itu sudah siap tinggal kainnya sahaja yang belum tapi tak sempat nak snap gambar. Pasni nak belajar jahit baju melayu, baju kurung pesak gantung dan baju kurung yang jenis berlining. Huh, sempat ke nak habis semua ni sebelum bulan puasa ni, huhu!

7 thoughts on “Kelas Menjahit

  1. waah lame tak dengor yatie cite ttg keje jahit menjahit ni..best la dah dekat nak posa ni belajar jahit

  2. Normaliza says:

    dah belajar menjahit ye..raya nanti boleh buat baju ber'pesen2' ye..🙂

  3. ayu says:

    wehhh..boleh la ambik tempahan time bulan pose nnt ye..

  4. kakyong says:

    amboi, dah jadi taylor pulak..selamat maju jaya.. suka ibu2 yg camni..daku ni ntah bila nak masuk kelas menjahit nih..

  5. salam…sy juga menjahit pelbagai jenis fashion muslimah yg bertempat di ipoh.semoga makcik terus berjaya dalam bidang jahitan ni…

  6. Che Sakinah says:

    wah! terernya dah pandai buat kurung moden. saya baru je belajar buat kurung biasa… hehesalam kenal dari UIA. Saya baru berjinak2 dgn menjahit :))

  7. Unknown says:

    kelas ni berapa rm dan dimana

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: