SGM di MPSJ & PTS

Wahh, nampak sangat acikk kaki SGM je, hihi! Jumaat lepas saya ke Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menghadiri jemputan SGM yang dianjurkan oleh salah seorang PC MBfPC dari West Coast iaitu wannorashi. Syabas wannorashi kerana telah memulakan inisiatif untuk mengadakan SGM di pejabatnya. Alhamdulillah, semakin lama semakin ramai PC yang telah memulakan usaha untuk mengadakan SGM tidak kiralah samada secara kecil-kecilan atau besar-besaran. Ini adalah SGM (at workplace) yang ketiga saya facilitate selepas SGM di PTS dan Uniten dahulu.

Pertama kali menjejakkan kaki ke MPSJ ini. Mujur senang nak cari, hihi!


Walaupun tiada sfesifik topik yang ditetapkan pada SGM mereka yang pertama ini. Topik yang dibincangkan pada kali ini lebih menjurus kepada mitos-mitos dalam penyusuan dan juga perkongsian pengalaman penyusuan dari semua yang hadir.

SGM ini diadakan dikawasan Cafe MPSJ semasa waktu rehat tengahari jumaat. Jumlah yang datang begitu menggalakkan, yang datang sedikit demi sedikit dan akhirnya hampir 19 orang kesemuanya dalam kumpulan itu. Keadaan agak jadi kurang tumpuan kerana jumlah yang besar dan ditambah lagi dengan suasana di Cafe yang sedikit bising.
Saya dan wan yang turut sama-sama menjadi co-moderator pada hari itu. Dan ada ketika perbincangan seolah-olah terbahagi dua, saya berbincang di sebelah saya dan wan disebelahnya pula.

Permasalahan yang menjadi tanda tanya.keraguan dan pelbagai isu dalam setiap yang hadir, alhamdulillah dapat diungkai dengan perkongsian pengalaman dari yang lain. Itulah konsep SGM yang sebenarnya. Ianya lebih kepada perkongsian daripada semua yang hadir.



Perkara wajib sebelum bersurai dalam setiap SGM, hihi. Cuma ada beberapa orang yang telah minta diri terlebih dahulu sebelum majlis SGM selesai. (Kenapa daku yang paling besarr sekali, huwarrgh!)

Nak tepek gak nih. Ini pula gambar SGM ke-2 di PTS pada jumaat sebelumnya. SGM khas yang dianjurkan oleh herni untuk teman sepejabatnya yang bakal bersalin dalam waktu terdekat ini. Topik diskusi pada waktu itu adalah ‘Cabaran Penyusuan ketika diawal Kelahiran‘.

Sekadar selingan, kepada warga shah alam dan sekitarnya jangan lupa datang ke SGM ke-4 susuibu.com yang akan diadakan di Taman Tasik Shah Alam (bersebelahan library) pada 30 Mei ini. Dengan topik pada kali ini adalah ‘Managing 24 Hours While Breastfeeding’. Jumpa anda disanaaa!🙂

One thought on “SGM di MPSJ & PTS

  1. Terima kasih kepada Hayatie kerana dapat menghadirkan diri dan menjadi moderator semasa SGM yang Pertama ni. Insyallah wan akan pilih tempat yang lebih sesuai untuk SGM akan datang. Cadangnya hendak buat 23 Julai untuk SGM yang kedua.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: