MBfPC di Karnival Sihat 1 Malaysia & Expo Midvalley

Ahad lepas telah selamat berlansungnya pameran booth MBfPC di Karnival Sihat 1 Malaysia anjuran Kelab Belia Graduan dan Puteri UMNO di Setiawangsa. Penglibatan MBfPC di Karnival ini adalah hasil inisiatif PC2 west coast yang dikemudikan salah seorang PC iaitu puan Norhaslina bersama-sama AJK-AJK PC yang lain.

Sehari sebelumnya kami semua telah sama-sama datang untuk menyiapkan booth MBfPC di Setiawangsa. Poster-poster dan panel board ini semua adalah atas ihsan dari Hospital Putrajaya dan juga Hospital Serdang.

Booth MBfPC yang ceria pada hari awal pagi Ahad tersebut. Sume merah hokey.

Karnival itu dimulakan dengan acara senamrobik bersama Datuk Rosnah (berbaju hijau).

Kek Cokelat ini adalah untuk dirasmikan oleh Datuk Rosnah apabila beliau melawat dari booth ke booth nanti, sempena hari ibu pada hari tersebut.

Harus posing dulu beramai-ramai dengan kek, haha!

Gambar potong kek ini juga yang menjadi pilihan dalam Utusan Online. Walaupun tidak menyatakan booth MBfPC dalam keratan tersebut, huhu! Masa ini Datuk Rosnah tengah melawat booth MBfPC.




Ely datang membawa juadah yang sedap untuk kami semua, terima kasih yer!. Sekejap sahaja tray ini diserbu dan licin. Kebetulan memang tengah lapar.

Puan Kamariah, selaku pengurus projek Malaysian Breastfeeding Peer Counselor sedang mengiringi dan memberi penerangan kepada Datuk Rosnah dan juga Datuk Zulhasna Rafique semasa lawatan mereka dari booth ke booth.

Ini pula slot kuiz yang dikelolakan oleh Dr Nadrah (PC Northern) mengenai penyusuan Susu Ibu dari MBfPC untuk para pengunjung yang hadir. Soalannya senang aje hokey, diantara soalannya, berikan kebaikan-kebaikan penyusuan susu ibu kepada bayi, ibu dan masyarakat.

Sesi kaunseling daripada para PC yang volunteer pada hari tersebut kepada pengunjung-pengunjung yang datang ke booth MBfPC. Syabasss!

Hoho, gambar ni acik cilok dari FB kawan-kawan. Masa ni tengah pumping. Boleh pula lah ad-hoc nak intebiu bagai ni. Ada juga yang ingat salah slot masak ke hapa ni, haha!. Tak pasti la nak keluar berita mana ni (Harap tak kuar, huhu)

Terima kasih kepada semua Peer Counselor (PC2) yang turun padang ke Karnival ini untuk memberi sokongan kepada booth MBfPC. Semuanya sanggup turun walaupun tanpa sebarang imbuhan tetapi semuanya datang demi semangat Penyusuan Susu Ibu yang menebal dalam diri masing-masing. Chaiyok!

Tak habis lagi saya ni, haha! Selepas selesai di booth MBfPC di Setiawangsa, saya menjengah ke booth MBfPC di Mom & Baby Expo, Midvalley. Semangat betul. Kaunter MBfPC bersebelah aje dengan booth MLO yang dijaga oleh Puan Jasmin dan Puan Kamariah. Saya tiba lebih kurang kurang pukul 4 lebih. Tolong juga mana yang termampu disini.


Rasa macam dah berlengas-lengas je time ni,hihi. Maklumlah awal-awal subuh dah gerak dari rumah ke Karnival Setiawangsa dulu pastu terjah ke Midvalley pula petangnya, huhu!

Comel sungguh kaunter MBfPC ni. Terletak bersebelahan dengan Nursing room pulak tu, hihi!

Abaikan muka acik yang macam alignment lari itu, haha!

2 thoughts on “MBfPC di Karnival Sihat 1 Malaysia & Expo Midvalley

  1. Ely Hasrul says:

    mmg baek timing aku dtg tang org tgh lapo…next time ajak aku nyebok lagik ek.. tak sempat nk lepak lama sbb xsangka plak papi nk bwk aku lunch sempena hari ibu.. hehe

  2. Hayatie says:

    Takpe ely.. ko dengan baik hati menyediakan sandwish tu pun dah cukup baik dah…mekasih..sedap sgt..sgm ni aku order lagi tau..tapi nak suh ko pack sket siap2 khas utk aku ..kdg2 masa sgm aku tak sempat nak terjah makanan dulu..huhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: