Majlis Pra-Pelancaran Karnival Sihat 1 Malaysia

Sebelum bertolak ke Kuantan, saya ke majlis pra-pelancaran Karnival Sihat 1 Malaysia yang diadakan di bilik media, Kementerian Kesihatan, Putrajaya. Karnival yang akan disertai oleh MBfPC (West Coast) yang berhempas pulas bersama-sama untuk mempromotekan MBfPC kepada umum. Sekalung tahniah kepada PC-PC yang terlibat!. Saya ke majlis itu bersama sha sebagai wakil MBfPC kerana kak kamariah sudah pun berangkat untuk persiapan latihan MBfPC East Coast.

So, kedatangan saya adalah ala-ala ad-hoc, sudah lah ad-hoc, lambat pulak tu. Waktu majlis bermula sekitar pukul 2.45pm tapi kami sampai pukul 3.30pm. Menteri pun dah sampai dulu, wakaka! Gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang majlis tersebut berlangsung.

Saya dah tahap sangapp la plak waktu ni, aduh! Buat-buat fokus, sebab reporter dengan kamera panjang-panjang kat belakang kami (Perasan macam lah acik masuk paper…gegege!) Mujur duduk belakang-belakang sekali. Tapi mamat yang pakai topi/cap biru tu ‘macam pernah ku lihat, tapi dimana yaa?’ Siap pakai uniform trafik, macam pelakon pun ada..haha!

Sempat amik gambar syiok-syiok sendiri sebab dah boring tahap gaban..haha! Padahal orang tengah berucap tu..haihh!

Ucapan perasmian oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid dan seterusnya merasmikan majlis pra-pelancaran tersebut.


Tengah potong riben la ni, tapi acik tak kuasa plak nak menyelit-nyelit celah reporter tu..ekeke.! Snap dari kejauhan aje! Takda la jauh pun, meeting room jer!

Apalagi, sesi bergambar ler. Nak juga bergambar dengan Timbalan Menteri kesihatan merangkap juga Ketua Puteri Umno, hihi! Sambil chit-chat mengenai booth MBfPC yang turut disertai dalam Karnival Sihat 1 Malaysia itu.

________________________________________________________

Disini juga, saya nak mewar-warkan Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC) akan berada di booth Karnival Sihat 1 Malaysia di:

KARNIVAL SIHAT 1MALAYSIA
Tarikh: 9 MEI 2010 (AHAD)
Waktu: 8.00 PAGI – 6 PETANG
Tempat: DATARAN SETIAWANGSA (BERDEKATAN DGN CARREFOUR WANGSA MAJU)

Ini adalah penglibatan julung-julung kalinya daripada kumpulan MBfPC (West Coast) dalam karnival seperti ini. Di jemput semua PC-PC, rakan-rakan susuibu dan lain-lain untuk bersama-sama hadir bagi memeriahkan, memberi sokongan kepada MBfPC dalam usaha untuk mempromosikan Penyusuan Susu ibu.

Jumpa anda disana!🙂






3 thoughts on “Majlis Pra-Pelancaran Karnival Sihat 1 Malaysia

  1. kakyong says:

    amboi.. glam gitu… sempat lagi berposing dgn ketua puteri umno

  2. Hayatie says:

    Ina: Jumpa disanaaa..Kak yong: Jom??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: