BF Class- ‘A to Z in Expressing: Ideas to Make Work’

Alhamdulillah, selesai sudah kelas penyusuan saya yang pertama di The Momy and Baby Place, Kuantan. Kelas pada kali ini bukanlah kelas persediaan penyusuan. Ianya lebih fokus penyusuan susu ibu setelah kembali berkerja, dimana saya lebih menyentuh tentang strategi-strategi pemerahan, kaedah, penyimpanan & pengendalian susu perahan, alatan, dan juga tips-tips yang memudahkan pemerahan dan ada lagi topik-topik kecil dibawah tajuk pemerahan susu ibu yang saya cover juga.

Sebenarnya saya sangat nerves walaupun saya sudah biasa dengan perjumpaan diantara ibu-ibu ini namun kelas dan SGM adalah sesuatu yang tidak sama. Jika SGM saya lebih rilek kerana konsep yang lebih santai dan tugas moderator SGM bukan lah untuk memberi ceramah, hanya sekadar mem-facilitate kumpulan itu sahaja.

Untuk percubaan pertama ini seramai 18 orang kesemuanya, ada yang solo dan juga yang datang bersama pasangan masing-masing dan anak-anak. Dan untuk kelas ini, saya lebih prefer konsep ‘throw-pillows’ yang lebih santai (untuk menghilang nerves saya juga, hihi).

Sepanjang kelas berlangsung…

Kelas belum bermula, masih lagi menunggu kedatangan seorang dua lagi.


Demonstrasi kaedah perahan menggunakan tangan iaitu teknik Marmet. (Beria la pulak saya, sekali pandang macam nak tenyeh apa je tu, haha!)

Masing-masing sedang mencuba juga memerah dengan menggunakan belon yang diberikan seorang satu.

Dengan menggunakan belon itu juga, saya menerangkan cara-cara pengurutan payudara (breast massage) untuk meransangkan pengeluaran susu (Let-down reflex atau Milk-Ejection reflex). Kerana kedua-dua elemen itu (LDR/MER) sangat penting dalam pemerahan.




Bergambar dengan salah seorang perserta kelas iaitu Puan Fidza dan juga penganjur kelas, Puan Maryaaa. Kelas yang bermula lebih kurang pukul 11.45am berakhir pada pukul 3.00pm. Semasa sesi soal jawab anak saya sudah mula meragam sehingga terlupa untuk bergambar beramai-ramai sebelum mereka pulang.

Terima kasih pada yang sudi hadir pada kelas tempohari. Mohon maaf sekiranya ada yang terkurang. Jika ada rezeki kita berjumpa lagi!

9 thoughts on “BF Class- ‘A to Z in Expressing: Ideas to Make Work’

  1. izzahazfar says:

    kak yatie,zah tengah buat paper utk seminar kat ofz..tengok topik ni menarik gak…teringin tak nak buat talk kat penang..?huhuhu…akak cas berapa yek?

  2. maryaaa says:

    haha, sempat jugak ko posing masa last tu aku ingat ko sibuk bercakap (mengkonsult kehkeh) tak sempat senyum…pepehal, i love ur tripod screen

  3. Hayatie says:

    zah: pape nanti e-mail yer :)Ely: Mekasih!maryaaa: ek?

  4. nikhazifah says:

    congrates!! wah, mmg hebat la mu ni..vangga!!

  5. maryaaa says:

    eh..hari tu lupa nak videotapekan lak..lenkali remind ek

  6. Yatie says:

    wah dh 12 tapak kehadapan……. bagus pasni join ku kat antenatal class ek…. ada slot special utk org yg sgt komited mcm mu nii…

  7. Hayatie says:

    maryaaa: hahh.harus tu..yatie: insyallah akan ku join mu di antenatal class itu nnti. Konpem malatopss.haha!zainab: terima kasih yer🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: