Blog Award

Dah lama rasanya tak buat entri blog award nih. Dulu masa awal-awal buat blog, jenuh asyik buat entri TAG, Award la sampai nak tag kawan-kawan pun tak tahu siapa dah, sebab semua pun kena tag yang sama, haha! Sampai satu tahap, saya tak larat dah nak buat tag lagi, pastu kawan-kawan pun dah malas nak tag saya agaknya la, huhu!

Disebabkan saya kebuntuan entri sejak kebelakangan ini, saya dengar berbesar hatilah menerima lah Anugerah ini dari kawan-kawan yang sudi men-awardkan kepada diri saya ini iaitu asmaa, laili, arelong dan ely, mekasih banyak-banyak, muah-muah!

Saya juga kena cerita 7 perkara tentang diri saya iaitu..

1. Off course, dengan vangganya saya adalah salah seorang ‘exclusive pumping mother’ selama hampir setahun 6 bulan, 23 haribulan ini genaplah setahun setengah saya hanya memerah. Lagi 6 bulan tamat misi sehingga 2 tahun. Mudah-mudahan!

2. Saya berketinggian 170 cm (relevan kah..haha!)

3. Dulu masa belajar, saya selalu berangan yang saya akan bekerja disektor perbankkan, kemudian menjadi manager bank dan kemudian gabenor bank negara, ahaks! tak pun berangan nak jadi remiser ke. Selama 4 tahun bersengkang mata untuk mendapatkan ‘ijajah’ dalam bidang kewangan, segala selok-belok kewangan dan pelaburan dipelajari dan tah hape-hape lagi lah tentang duit ni, huhu.

(Giler posing betul, haha!)

Akhirnya saya menjadi salah seorang ‘proud’ stay at home mom. (Kena tambah ayat proud sebagai motivasi diri,hehe!). Semuanya diatas permintaan suami supaya saya tidak bekerja. Dahulu saya memberontak, tapi kini saya pula berterima kasih padanya. Dan kini saya berubah bidang, dari ‘manager-remiser wannabe’ (hihi) saya menjadi seorang lactivist!

4. Saya suka menyanyi,..lalala! Tahukah anda (haha, macam mode TVIQ la plak) Saya pernah ditawarkan untuk menyertaikan AF1, setelah lulus pada sesi uji bakat program itu pada tahun 2003. Tetapi saya menolak kerana tidak sanggup nak extend semester akhir saya pada masa itu. Masa zaman itu, orang tak tahu lagi konsep progam AF bagaimana, yang datang ujibakat hanyalah lebih kurang 400 ke 700 begitu bunyinya.

Orang-orang sama-sama batch dengan saya semasa uji bakat tu adalah burn, atie, yang lain-lain macam vince tu tak nampak la sebab ujibakat dipecah-pecahkan pada banyak-banyak bilik dan juri bertugas semasa ujibakat saya dulu adalah siti hajar, korie dan ajai. Masa tu takda kad-kad hijau ke merah ke. Peserta ujibakat yang berjaya akan terus dibawa ke stage yang kedua yang iaitu ke sebuah bilik lagi untuk sesi ujibakat personaliti plak, ala-ala cam nak interview artis la depa buat, nak tengok bagaimana kita handle soalan-soalan yang ditanya. Nasib masa tu takda kena menari bagai.

Bila berjaya, saya terus diberi borang berhelai-helai untuk diisikan, macam-macam ditanya antaranya, pilihan lagu feveret lah, nama-nama kawan karib lah etc. Selepas 2-minggu saya dapat call dari astro bertanyakan sama ada saya boleh commit untuk berada di ‘akademi’ selamat 3 bulan tidak boleh ada perhubungan dengan dunia luar (masa tu takda idea ‘akademi’ yang dimaksudkan, hihi). Memang tak sanggup, tapi bila pikir balik, i’m happy dengan apa yang saya ada sekarang ni. Sekian.. hihi!

( Zaman muda-mudi,huhu..tak dapat gi AF, terus gi Genting. First time tau nih! Orang lain dah 2-3 kali turun naik dah! Warghhh, bezanya acikk sikalang, sob, sob!)

5. Bagus juga saya tak gi AF, at least saya jadi lebih passionate dalam apa sahaja yang berkaitan breastfeeding. ^-^ apekah kaitannya…

6. Saya pernah 2 kali diet sepanjang umur saya ini tau. Tak percaya? Lihat gambar dibawah ini, ekeke. Dari 80++kg selepas SPM, hingga berat saya hanya 60kg semasa gambar diatas dan dibawah ini, huhu! Kemudian saya naik semula semasa konvo dan selepas-selepasnya. Dan saya diet kali kedua semasa sebelum wedding saya, mujur masa sebelum tu berat saya tak naik sehingga 80kg lagi. Kemudian berat saya terus naik dan naik hingga lah ke laaa ni.

7. Akhirnya, jenuh nak pikir sampai 7 ni. Saya bercadang untuk diet semula buat kali yang ketiga setelah tamat misi EP saya pada 23 oktober tahun ini. Kalau belum ‘sangkut’ la..hihi! Berat saya ketika ini sudah mencecah 80++kg semula.

Nota saya: Hanya mahu mengimbau kembali zaman-zaman muda-mudi, tiada maksud yang lain.

3 thoughts on “Blog Award

  1. Mrs Wanie says:

    waahh kak yati. ada bakat dalam bidang nyanyian rupanya..lepas ni bolehla kita berduet hikhik..

  2. Hayatie says:

    wanie, tu bakat 'terendam' je…huhu

  3. izzahazfar says:

    hahaha…kak yatie tak tahan tul….kalau tak mesti zah dagh vote yatie!tahniah!1 tahun 6 bulan semua boleh jadi!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: