Lokasi tempat Latihan MBFPC-West Coast

Wekeend ni baru saya berkesempatan untuk survey jalan nak ke tempat latihan MBFPC bagi kawasan West Coast yang bertempat di Klang. Saya bertolak dari rumah (Kajang) dalam pukul 10.30 dan saya tiba di tempat lokasi lebih kurang pukul 12pm, haha! Itu dah campur tawaf 2 kali, sesat 3-4 kali, peta kemana, GPS kemana, yang pasti saya yang haru biru dalam kereta. Mujur hari ini bukan hari kursus sebenar. Namun selepas 2-3 kali berpusing-pusing, saya mula faham (mudah-mudahan) jalan yang sebenarnya memang mudah, ikut je peta yang telah dilampirkan.
Saya tangkap gambar Rumah Darunna yang dimaksudkan, untuk lebih memudah pencarian oleh para peserta. So kalian boleh cari spesifik terus Rumah Darunna tu bagaimana rupa bentuknya. Kerana, pada awalnya pun saya bayangkan Rumah Darunna ni seperti bangunan 2 tingkat ala-ala macam institut ke pape, rupa-rupanya dia memang sebuah rumah betul, terletak dikawasan perumahan banglo disitu, cuma banglo Darunna tu sahaja yang bukan didiami oleh family.

Selepas melalui jambatan Sungai Kelang, kita akan melalui kawasan ‘shop-lot’ di little India, terus lagi, perhatikan Mydin Emporium disebelah kiri, terus sedikit, kita akan nampak Klinik Kesihatan ibu dan anak disebalik kiri, masuk ke simpang kiri (sebelah Klinik Ibu dan Anak) dan terus ikut jalan itu, anda akan mula nampak banglo-banglo disebelah kiri anda. Banglo Darunna adalah yang bernombor 16, berhadapan dengan banglo itu adalah Klinik Anika (seperti dalam gambar dibawah).

Ini lah klinik Anika seperti yang dimaksud kan dalam peta diatas. Ianya bukan sebuah klinik swasta yang bernama ‘Anika’ tetapi ianya adalah sebuah klinik kesihatan kerajaan yang besar. Rumah Darunna itu betul-betul berhadapan dengan Klinik Anika ini.

Saya pun tak berapa pandai dalam nak memberikan direction ni, harap2 faham je lah yer, hihi. Di harap gambaran-gambaran ini lebih memudahkan pencarian ke lokasi kursus itu nanti. Jumpa kalian disana yer ^-^

2 thoughts on “Lokasi tempat Latihan MBFPC-West Coast

  1. mamanoa says:

    THA..Ada sesape x yg gerak dr kota damansara,or pinggiran subang..Ku nk tmpg:( kalu bwk keta takt sesat,xtau jln nk g sana..

  2. Hayatie says:

    mamanoa: kena tanya kat thread susuibu..ku rasa ada juga yang dari area sana, tak salah..nnt pape ku tlong check sapa yg dari sana ke

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: