My Azzuri

Dah lama rasanya tak menepek gambar buah hati saya ini. Anak saya ini sudah semakin tinggi tau. Ini lah hasil campuran 170cm-mak dengan 184cm-ayah, haha! Azri sekarang sangat becok dengan bahasa ‘alien’. Tapi belum ada patah perkataan yang dikeluarkan. Alhamdulilah sekarang musim tolak batu-kayu. Semua dia makan. Namun sebelum-sebelum tu pernah juga dia taknak satu apa pun. Nasi, bubur,biskut hatta nestum pun tak mau. Memang haru juga. Tapi yang pelik bila musim tu, bila makan kat luar nasi putih dengan tom yam pun licin. Waduh! Ke sebab dia dah boring dengan suasana makan di rumah. Amboi, kecik-kecik dah pandai nak makan kat luar je, huhu!

Kalau breakfast, kadang-kadang dia makan mee hun, nasi lemak atau pun roti canai.

Sekarang sudah pandai makan sendiri-sendiri sambil tengok tv kecuali makan nasi lah. Bila petang dia suka makan keropok ke, sosej ke, semua makan sendiri-sendiri. Pendek kata segala makanan orang dewasa lah. Kalau makan nasi tu, lauk kari, lauk lemak pun sapu. Betulah, kata orang, anak minum susu ibu tak cerewet makan, ye kah!

Yo mommas! wassup-berasap..Hehe!

Waktu siang, azri cuma minum 10 oz sahaja sebanyak 3 kali. Kadang-kadang 2x pun ada. Sebabnya, sekarang saya tak offer dia EBM ikut time dah, saya tunggu dia minta. Kalau dia merengek-rengek serba tak kena tu maknanya dia nak susu lah tu, hihi! Kalau time berjalan lagi la syiok, langsung dia tak ingat pun nak minum susu. Heavennya saya tak perlu bawa cooler,termos, mug bagai. Saya pump and feed on the spot sahaja. Tapi sesi pumping harus berjalan macam biasa.

Hehe, EBM saya kali ini berwarna kehijau-hijauan pula. Disebabkan satu herbal supplement yang saya ambil selain fenugreek. Hasil perahan untuk 7x kali pemerahan kembali seperti biasa selepas agak-agak merudum semasa kembali period saya yang pertama tempohari. Kini, jika sesi perahan pagi, boleh dapat hingga ke 5 oz, masuk ke tenghari sampai petang agak-agak selow je dari 2-3 oz je. Masuk malam sampai ke tengah malam boleh la dapat dari 3-3.5 oz je. Alhamdulillah dalam satu hari leh kumpul 20-25 oz. Rindunya zaman-zaman 35 oz dulu, whooaaaaa! Okla tu, dah setahun 5 bulan masih boleh dapat banyak tu (ayat positip a.k.a masuk bakul pun buleh, haha)

Bagi saya, kekerapan mengosongkan breast adalah sangat penting, tak kiralah sama ada anda menyusukan atau melalui pemerahan. Untuk memastikan produksi susu senstiasa optimum, breast jangan di biarkan kosong melebih dari 3 jam sama ada waktu siang atau malamnya. Dan pastikan anda konsisten dengan jadual pemerahan. Lakukan pemerahan setiap kali pada waktu yang sama setiap hari.

3 thoughts on “My Azzuri

  1. izzahazfar says:

    "Bagi saya, kekerapan mengosongkan breast adalah sangat penting, tak kiralah sama ada anda menyusukan atau melalui pemerahan. Untuk memastikan produksi susu senstiasa optimum, breast jangan di biarkan kosong melebih dari 3 jam sama ada waktu siang atau malamnya. Dan pastikan anda konsisten dengan jadual pemerahan. Lakukan pemerahan setiap kali pada waktu yang sama setiap hari."Setuju dgn cara akak….hehehhe…zah pun cam tu la lebih kurang…sehari dapat 25-30 sajer..tu sebab zah buat power pumping…ada la hasil jugak..tp baru buat 2 hari…tengah gigih nak kumpul ebm ni…maklumlah nak posa dah…akak takpela…ebm banyak…akan makan alfafa yek…alfafa makan ngan fenugreek takpe ke..?zah pun buat cam akak jugak,kalau hujung minggu zah hy offer susu bila akmal nak bukan ikut jam lagi…kekadang sehari kat umah minum sebotol pagi, tengahari dan mlm…tp zah bg dia makan byk..cuma kat umah pengasuh jerk..zah masih bekalkan akmal dgn 20 oz…tp tak habispun sehari…

  2. Hayatie says:

    zah: mana banyaknya..boleh bertahan ni.hehe. Herbal supplemen tu bukan alfafa, mmg tak pernah dengar..masih dlm kajian samada ianya terbukti boleh meningkatkan milk production in lactating moms atau tidak..akak volunteer utk mencuba je..hihi Mujur azri byk makan sekarang, tu yang dia tak kisah dgn susu, lega skit. Kalau tidak mau gak haru..

  3. tasha says:

    kak yatie..nk tny la..baby saya nk dah 12 bulan setengah..biler sbnrnyer leh start kasi dia mkn mende yg ada rasa sket? i mean mcm tomyam tu ke? kari ke? n kebnykn mknn2 kita? start umur dia 1 tahun, saya dh buh garam sket dlm mknn dia..sbb dia ada problem krg selera mkn sbb anemia, so, terpaksa intro garam awal sbb nk bagi jgk dia mkn..huhu..mknn lain2 tu bila leh start kasi ye?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: