MBFPC,SGM2,Pot pet

Lamanya saya tak mengemaskini entri diblog saya. Apabila hujung bulan semakin tiba, saya akan jadi lebih sibuk campur nerbes, hihi! Sebabnya program latihan Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBFPC) untuk kawasan Kuala Lumpur dan Selangor semakin hampir pada 2 hingga 4 April ini. Semoga ianya akan berjalan lancar seperti yang dirancang dan diharapkan.

Banyak kerja-kerja belakang tabir untuk program latihan MBFPC ini yang perlu dilakukan dengan hanya tinggal beberapa kerat sahaja tenaga kerja yang betul-betul dedikasi untuk menggerakkan program MBFPC ini. Kami lah orang-orang dibelakang team-team yang telah dibahagi-bahagikan (Admin, Education & PR), kami juga lah PCPA-PCPA yang akan kehadapan. Tiada imbuhan pun yang diharapkan. Hanya berbekalkan semangat cintakan penyusuan susu ibu ini sahaja untuk menggerakkanya.

Selain dengan MBFPC, SGM kedua pula akan tiba pada 28 Mac 2010 (ahad ini). Sekejap je dah dekat nak sebulan rupanya sejak dari SGM pertama bulan lepas, huhu. Topik kali ini adalah ‘Managing Myths in Breastfeeding‘. Kalau nak cerita pasal mitos ini macam-macam kan, sudah tentu masing-masing mengetahui mitos-mitos dalam penyusuan susu ibu ini. Tetapi kadang-kadang disebalik mitos itu ada juga maksud tersirat yang ada benarnya tentang penyusuan, wallahulam. Atau bukanlah nak dikatakan mitos sepenuhnya, mungkin ‘pesan orang-orang’ dulu kah.

Jika menurut pengalaman saya ketika menjadi fasilitator untuk SGM Ratuhati.com dahulu, tajuk yang dibincangkan juga adalah sama iaitu mengenai mitos juga. Apabila ditanya, masing-masing tidak ada idea mengenai mitos dalam penyusuan, atau mereka malu-malu kah, mungkin kerana mereka pertama kali berSGM barangkali. Owh, ahli kumpulan saya banyak yang sedang mengandung anak pertama, hihi!

Semasa SGM1 susuibu saya telah diberi kepercayaan untuk menjadi fasilitator, kali ini tidak pasti siapa pula fasiliatornya. Adakah saya lagi (acik on je) hahaha! Yang pasti jadi fasi ke tak, saya akan tetap pergi ke SGM. Sebabnya, saya seronok berjumpa dengan mak-mak yang kadang-kala kita jumpa diforum/blog sahaja. Dan juga geng-geng SGM yang lama-lama, masih juga turun ke SGM (walaupun dah terel-terel dah semua ni) ^_^

Pada yang teringin nak join SGM ni, marilah jangan malu-malu. Tiada bayaran yang dikenakan. Cuma kita mengamalkan konsep ‘potluck’ setiap kali perjumpaan. Dimana setiap yang datang membawa juadah masing-masing untuk dikongsi bersama. Tiada paksaan. Jika banyak kita bahagi dua, jika sedikit kita bahagi 14 belas, hihi! Saya pernah ke SGM dimana pada ketika itu, hanya sedikit sahaja makanan yang ada. Ada yang dapat, ada yang tak. Dan saya juga pernah SGM yang satu ketika itu penuh dengan pelbagai juadah makanan, sehingga tak habis, sempat ditapau-tapau pula.

Namun tujuan SGM bukanlah hendak pastikan yang semua orang dapat makan dengan kenyang. Yang penting semua orang dapat berkumpul dan berdiskusi sesama sendiri dan membawa pulang sedikit sebanyak ilmu yang diperolehi. Jumpa disanaaaaa yaa..!🙂

6 thoughts on “MBFPC,SGM2,Pot pet

  1. Ely Hasrul says:

    tempat bese kah? aku nk dtg..

  2. Hayatie says:

    Ely: tempat yang sama lagi…jom2 aku nak order makanan lagi kat ko.hehe!

  3. rafiza says:

    Salamyatieselalunya yang mmg betul2 nak susukan anak dgn SI ni, mereka ni dah tolak tepi dah segala jenis myths…sbb tulah malu2 kut..cuma bagi sy yang selalu jadi isu ialah menyusukan semasa mengandung n menyusu lebih 2 tahu kut..betul tak?

  4. izzahazfar says:

    kak yatie…rasa nyer tarikh MBPC tu silap…2-4 april..*zah baru lepas bangkitkan utk buat program penyusuan susu ibu kat pejabat dgn kelab kebajikan…lega sebab datuk terima…lepas ni zah perlukan sokongan dan bantuan daripada pihak PCDPA la pulak….tak mampu buat program ni seorang..

  5. Hayatie says:

    zah: ahahlah zah..sib nampak…sekarang jugak akak betulkan..haha!

  6. Hayatie says:

    zah: insyallah..kalau ada pape yang musykil boleh minta bantuan PCPA-PCPA yang ada..dalam Forum MBFPC. Kat akak pun boleh!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: