Pumping at 17 months

Huh, dalam tak diam sudah 17 bulan saya memerah yer. Dahulu dimasa awal-awal pemerahan saya hanya berangan-angan yang saya akan berjaya sehingga ke 2 tahun memberi anak hanya susuibu walaupun anak saya tidak direct feeding. Diam tak diam lagi 7 bulan sahaja nak sampai ke angka 2 itu.
Ramai juga yang konpius setelah membaca blog saya, adakah mereka juga harus memerah 7-8x satu hari kah. Mungkin mereka tidak tahu alkisahnya saya🙂 Saya harus memerah sekurang-kurang 8x sehari adalah kerana saya tidak menyusukan anak saya. Ok, bukan tak pernah cuma saya hanya sempat untuk merasai pengalaman menyusukan anak hanya dalam bulan-bulan pertama kerana anak saya telah mengalami kekeliruan puting ( kelakar pulak ayat dalam bahasa ni).

Oleh kerana perasaan inginkan anak hanya minum susu ibunya itu menebal, membuatkan saya bangkit untuk menidakkan kata-kata yang seringkali saya dengar bahawa saya takkan berjaya jika anak tidak menyusu. Dalam bahasa pasarnya, ‘kalau anak tak hisap, nanti susu kering’. Berbekalkan dengan sedikit bantuan daripada teknologi (breastpump) dan minda yang sangat positif, disiplin yang tinggi, nahhh saya sudah pun ke 17 bulan.

Malah kekurangan yang ada membuat diri ingin lebih mendalami dan menjadikan saya devoted dalam dunia breastfeeding dan menjadikan apa yang saya dapati sekarang. Siapa kata EP moms tak boleh jadi ‘breastfeeding advocacy’.. *wink*. Pengalaman diri menjadi satu panduan & nasihat terutama bagi ibu-ibu yang baru agar tidak melalui seperti apa yang saya lalui.

Tidak ada yang mustahil jika kita betul-betul ingin melakukan, inginkan EBM penuh sefridge? Tidak mustahil, apetah lagi bagi yang boleh menyusukan anak secara direct. Yang penting mesti ada kemahuan dan berusaha kearahnya. Saya juga bukan yang meriah susu pada awal-awalnya. Kurang susu kerana kurangnya pengetahuan pada masa itu. Banyak yang saya coretkan mengenai perjalanan saya sebagai pemerah tegar atau exclusive pumping mom di belog ini. Malah blog ini tercipta kerana saya nak menceritakan kisah EP saya agar saya lebih bermotivasi.

Kalau kalian klik di link ‘Stories’ atas tu sebenarnya ada lagi entri yang lama, cuma tak appear. Kena klik kat ‘older post’ atau ‘newer post’ kat bawah sekali di belah kiri dan kanan untuk tengok entri-entri merapu, masuk bakul, geli-geli dan tah pape lagi lah.

Sekarang, oleh kerana masa saya lebih banyak diluar saya sudah mula down to 7 pumps sahaja. Cuma kadang-kala saya dapat buat 8. Dan oleh sebab itu juga saya kuat merasakan pengurangan sesi pump saya serta jadual pump yang lari-lari kebelakangan ini menyebabkan kembalinya period pertama saya selama 16 bulan period-free. Dan pada waktu 17 bulan ini, saya masih membuat 20-25 oz sehari. Alhamdulilah cukuplah dengan keperluan azri ketika ini. Azri pun dah kurang susu belah siangnya sebab banyak makan dan main. Zaman-zaman 30++oz sudah berlalu. Rindunya waktu.

Saya tidak tahu bila buku EP saya akan ditutup, mungkin kan apabila mencecah ke angka 2 kelak, atau mungkin selagi masih ada? Kerana EP tidak seperti menyusukan anak. Anda yang memutuskan bilakah anda perlu ‘wean off’ dari pump anda. Namun sehingga ke setakat ini, saya hanya memikirkan yang saya akan meneruskannya selagi ada dan sehingga yang termampu. Moga-moga saya sampai ke angka 2 itu.

Keep on Pumping Ladies!

*Setiap kali saya menulis ayat ‘Keep on Pumping’ ini, perkara pertama yang sentiasa bermain di fikiran saya adalah lagu Rollin’ by Limp Bizkit ‘…keep on rollin bebeh’

10 thoughts on “Pumping at 17 months

  1. Assalamualaikum..hai..salam kenal lagi la..rase nye kite da kenal kot..akak pernah komen kat blog saya..http://farisarrayyan.blogspot.com/2009/10/anytimeanywhere.htmlkeadaan kite sama..berhasrat nak kasi anak minum susuibu walaupun anak kite tak direct feeding..alhamdulillah sudah 14 bulan anak saya minum susuibu nya..berkat saya mengepam mengepam dan mengepam. Blog akak la yang menjadi sumber rujukan saya..hari hari sebelum wat keje opis mesti saya tgk blog akak dulu pastu baru wat keje..semua ilmu & info yang ada dalam blog akak saya apply kan..saya teringin nak bergather gather ngan akak..nak join support group meeting..tapi masa selalu mencemburui kita..insyaallah..masa juga akan menemukan kita..oleh itu blog akak sentiasa dihati saya..hehehe..malu la nak cerita panjang panjang..ape pun blog akak memang best..boleh kate semua yang saya persoalkan..semua nye terjawab dalam blog akak nih..terima kasih..

  2. az says:

    Congrats Yatie!!!Moga berjaya EP hingga azri 2 tahun!!harap2 kalau ada rezeki azri dapat adik, blh la adiknya direct BF pula..dapat pengalaman baru & blh share dgn kawan2..apepun, susu ibu adalah yg terbaik untuk anak2.

  3. Ely Hasrul says:

    congrats tha! aku mmg bangga lah ngan ko! xyah la explain napa tapi kalu aku jadik ko kemungkinan beso xberjaya lah.. skang nih sami xdek pon menunjukkn ciri2 nk benti.. mlm tadik dia nk susu aku ckp.. 'susu dlm botol ya' terus muka kerut nk nangis patu ckp 'nak susu iniii!!' siap tunjuk2 kat tetek hahahaha marah dia kena susu botol.. botol pon xdek hahahaha

  4. salam kenaloooo..begitu upenyebaru terjumpe ur blog mlm tdso tak tahu la plak kene pum 8 kali sbb anak tak direct feed. ehhehe. sbb memula cam confuse gak, nape blogger ni kene pam sampai 8 kali..ahahaharus selongkar ur blog dulu baru tahu cite kan kan kan..:-)mcm2 ye rupanya ..semua ngan kisah masing2 ape2 pon…teruskan pumping..nak masuk 2 tahun dah eh anak u.:-)

  5. MOMMY NADIA says:

    Salam,I used to call u akak..td I tgk ur profile,seems like we are at the same age..n my baby pun 17months this coming 17th..glad to hv ur blog ..beri semangat nak keep pumping..my fren pun dia fully pump sb baby dia tak direct feeding (pre-mature bb)..but she only managed to pump till bb dia 1 year..so I tot bb yg tak fully direct feeding,milk prod tak sustain..so I silap rupanya..semoga Allah memudahkan segala urusan kita utk feeding our precious with the most precious milk on earth..Amin..!!Wish for all mommies here too..:)

  6. Hayatie says:

    Rose Khadijah: I'm so glad you make it to 1 year🙂 ..Hopefully you akan sustain ye dear. Dont give up. Walaupun 'give-up' is the most we will think kalau kita down kan.. Keep pumping!az: insyallah..doa2kan lah yer :)Ely: alala..siannya sami..dia windu tetek mak dia tu.huhu!rose: hehe..ramai dah cam u juga..tp later they will find out why juga.hehemommy nadia: even yg akak pun still pakai ku akak juga, hoho!takpa, maybe sbb ku besaq kot dlm gambar, haha! Wish everybody will success juga on their breastfeeding journey😉

  7. Afne says:

    sifu, entry ni btl2 menyuntik semangat. mcmn afne rasa ssh nk collect ebm. lg ssh jd ep kan?! tp yatie dh buktikan.

  8. ibu aina says:

    kak yatie,ku pun salute ngan mu…sanggup ngepam demi anak tercinta. period dh dtg…yahooo…ade can azri dpt adik nie. hehheehe. ku dah lama usha blog kak yatie cuma tak berkesempatan nak bg komen. apa2 pun tahniah. ku pun still ngepam tp masalah besar lak anak skrg byk main2 dari direct feed. dia baru 10bln. ku pun penin…tp time nak tido dia pasti nak kan "tek" ibu gak. hehehhehe.

  9. dbalkis says:

    salam..saya baru je sampai ke sini..Kagum dengan pengalaman EP you..I pumping for nearly about 2 weeks pun dah keletihan dan kekurangan susu..sebabnya tak consistent..BTW congrats to you..

  10. Intan Suhana says:

    salam..wowww!baru tau rupenye aktiviti ngepam tegar ni dei panggil exclusive pumping..saya pun mcm akak..anak bru 4 bln..msh jauh perjalanan..tp sy gagahkan jg..stkt ni production ok..1session pumpdpt 8-10oz..smpai tpksa skipkdg2 sbb tlalubyk n pnuh freezer.yg fresh tu jgn katala..msti ada 20btol..tkde tmpt ny psaldlm freezer..nak rotate pn tk smpt lgi..insyaallah..akan cube mulakan rotation frozen..mmg agak sinis jg sindiran org2 yg berjaya direct bf tu kdg2..mcmla kite ni gagal..trasa sakit gk hati tp sabar je la..yg penting anak saya still mnm susu ibu..end.saya akan trus baca dan baca..moga kite diberi kudrat untuk penuhi impian yg bkn angan2 ni..salam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: