Alkisah Trajedi Tercekik

Mesti saspen tengok title ini, ini bukan trajedi saya, mudah2han kita semua dia jauhkan daripada trajedi-trajedi sebegini, amin! Kita selalu mendengar kisah-kisah kanak-kanak tercekik didalam berita, surat khabar disana-sini. Hari ini saya sendiri menyaksikan sendiri depan mata seorang kanak-kanak yang tercekik. Sehingga ke saat ini saya masih terbayang-wajah kanak-kanak itu, whooaaa. Ianya sangat-sangat memberi iktibar pada saya.
Alkisahnya begini, selepas meeting diantara PCPA untuk training MBFPC pagi ini di MLO, Seri Kembangan saya terus ke The Mines dengan Azri dan mak saya. Plannya saje nak bawa Azri pergi main-main kat pusat hiburan keluarga disana, tetapi disebabkan ramai budak-budak yang bermain dalam play area tu so takjadi la nak bagi azri main kat situ. So kami pun plan nak makan KFC sahaja.

Oleh kerana Azri pulak taknak berengang dengan saya, kena lah saya bawa azri sekali untuk order makanan. Sedang saya beratur, ada sorang ibu yang berbangsa cina dengan dua orang anaknya dibelakang saya. Si abang sudah agak dewasa mungkin berumur dalam 4-5 tahun dan adik perempuannya mungkin dalam 2-3 tahun. Semasa beratur, kelihatan si ibu ini sahaja bersama anak perempuannya, si abang tidak kelihatan mungkin sedang merayau ke tempat lain barangkali.

Tiba-tiba si abang ni cemas datang mendapatkan ibunya ni. Saya toleh belakang tetapi tidak ambil kisah pada mulanya kerana menyangka yang si abang tu nak muntah sebab nampak seperti terbatuk-batuk. Namun semakin lama, semakin kecoh bila suara ibu ini mula cemas & panik (dalam bahasa cina). Saya toleh lagi sebab orang-orang dihadapan saya sudah mula memandang ke ibu ini.

(Gambar Hiasan)

Ibu ini masih struggle menelangkupkan anaknya sambil menepuk belakang anaknya sambil memekik-mekik pada anaknya ini (mungkin bertanya apa yang telah terjadi) namun anaknya itu masih kelihatan seperti tercekik dan tidak mampu untuk berkata-kata. Si anak itu mukanya sudah kelihatan merah. Oh, saya sungguh helpless masa itu, saya tidak bagaimana untuk membantu ibu itu, dan orang-orang lain di sekeliling pun hanya terkelu memandang si ibu ini tadi. Mungkin tiada siapa tahu apa yang patut dilakukan.

Setelah beberapa kali cubaan menepuk-nepuk belakang anaknya ini tidak berjaya, dia terus mengangkat anaknya itu dan berlari beredar meninggalkan tempat, tidak pasti lah saya kemana arahnya itu, mungkin kah mencari suaminya atau terus keluar dari The Mines untuk pergi ke klinik yang berdekatan. Sungguh cemas situasi itu kerana saya terus terkelu tak mampu untuk berbuat apa-apa ditambah pula saya tengah mendukung azri. Ini pertama kali saya melihat satu situasi cemas di hadapan mata saya. Saya masih berfikir-fikir entah apa lah nasib si anak itu tadi. Sempatkah si ibu itu mendapatkan pertolongan.

Selepas si ibu itu tadi beredar barulah kedengaran, orang-orang yang sedang beratur memberi reaksi sesama sendiri, tercekik la etc. Masa tu baru lah tersedar alangkah bagusnya jika saya tahu step-step first aid untuk kanak-kanak yang tercekik. Saya pernah terbaca jika seseorang itu tercekik, kita perlu buat ‘abominal thrust’ iaitu lebih kurang kita peluk mangsa dikawasan perutnya dan kemudian ala-ala macam nak mengangkat, tapi saya ingat-ingat lupa teknik itu, huh! Selepas daripada menyaksikan peristiwa tersebut, iktibar yang saya pelajari adalah jangan sesekali biarkan anak tanpa pengawasan walaupun anak itu sudah dewasa.

Sekembalinya saya dirumah saya terus mengugel mengenai chocking hazard ini. Dan abdominal thrust yang dimaksudkan adalah seperti dalam gambar-gambar ini.

Dan dalam banyak-banyak video yang saya search di you tube, video dibawah ini yang saya rasakan paling simple dan mudah difahami (bagi orang-orang yang malas nak tengok video yang panjang-panjang macam saya, huhu)

Sedikit tips yang mungkin biasa kita dengar untuk mengelakkan tercekik dikalangan kalangan kanak-kanak:

  • Elakkan dari memberi benda-benda atau makanan yang kecil.
  • Latih anak-anak untuk duduk ketika makan. Jangan biarkan mereka berlari-lari, bermain-main dengan makanan yang ada dalam mulut mereka.
  • Potong makanan dalam bentuk yang kecil dan latih mereka untuk mengunyah makanan dengan betul
Bila dah tengok depan mata, barulah kita nak terasa alert dengan perkara-perkara begini. Sehingga sekarang saya masih tergiang-ngiang wajah kanak-kanak itu. Moga-moga dia selamat!.

2 thoughts on “Alkisah Trajedi Tercekik

  1. mrs adam says:

    bagus2 yati ni bila ade sesuatu kejadian terus je google cari info.yela mana tahu kejadian tercekik macam ni kalau terjadi pas ni dah ade sedikit preparation.

  2. qasehadam says:

    sy pn tkt bile tgk bdk tercekik..nasebla aritu ade tgk kt mhi cemane nk handle bdk tercekik..kalo sy ade ms tu mgkin sy nk gak try tlg sian plak bile semua org just pndang tp xde yg cb tuk mnlong mgkin memasing tergamam xpn pikir 'ala bkn ank aku..blabla..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: