Laporan Program Latihan MBFPC pertama

Alhamdulillah, selamat sudah program latihan pertama bagi Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBFPC) untuk kawasan utara. Saya sangat teruja dengan pelancaran program latihan sulung MBFPC ini setelah segala persiapan dari segi pengurusan, ilmiah sehinggalah ke promosi mengenai program ini telah dirangka demi untuk menjayakan program latihan yang sulung ini. Syabas kepada Peer Counselor Program Administrator (PCPA) yang terlibat dan tidak mengira penat lelah untuk menjayakan program latihan yang pertama ini.

PCPA yang bertugas bagi sesi latihan untuk kawasan Utara iaitu terdiri daripada Project Manager (PM) MBFPC, Puan Nor Kamariah, PCPA yang lain iaitu Puan Yusrinahata, Puan Norashida, dan Dr. Faridah.

Sepanjang sesi latihan yang dijalankan.. (Gambar adalah ihsan dari FB Puan Norhana)

Para peserta semasa perbincangan dalam kumpulan masing-masing.
Demonstrasi posisi penyusuan kepada peserta- lying down position.

Aktiviti-aktiviti ‘Role play’ oleh para peserta.

Kesemua perserta yang menghadiri program latihan MBFPC bagi kawasan utara (Northern Region) dan telah selamat bergelar ‘Peer Counselor’ atau pembimbing ibu-ke-ibu. Semoga ilmu yang didapati daripada latihan ini sedikit sebanyak dapat menjadi pemangkin bagi para Peer Counselor ini dalam usaha mereka untuk membantu lebih ramai lagi ibu-ibu dan mewujudkan satu komuniti penyusuan susu ibu di tempat, pejabat, perumahan dan sebagainya disana. Syabas!

Untuk program latihan yang seterusnya untuk kawasan West Coast Region (bagi kawasan Kuala Lumpur dan Selangor) pada 2-4 April 2010 di Klang. Bagi yang telah menghantar permohonan dan jika terpilih, saya akan bertemu kalian sewaktu program latihan disana nanti sebagai PCPA bertugas untuk kawasan tengah ini🙂

Di sini saya juga ingin mewar-warkan, pendaftaran untuk ‘Peer Counselor’ juga telah dibuka bagi kawasan Pantai Timur [(East Coast) Pahang, Terengganu dan Kelantan], Selatan [(Southern region) Negeri Sembilan, Melaka dan Johor ] dan juga Sabah & Sarawak. Pada sesiapa yang dari kawasan-kawasan tersebut boleh menghantar maklumat diri ke alamat e-mail MBFPC di admin@malaysianbfpc.org

2 thoughts on “Laporan Program Latihan MBFPC pertama

  1. asmaa says:

    tie,seronoknya menjalani latihan mcm tuh. jika wanita yg belum ada anak boleh tak sertai latihan nie…saya tanya bagi pihak adik ipar…

  2. Mrs Wanie says:

    kak yatie boleh terangkan asal usul MBFPC dan objektif utama ditubuhkan?? hehe..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: