Playroom/Studyroom in progress

Penat, bz, macam-macam kerja kena buat. Tu belum masuk kalau saya bekerja lagi. Tak dapat nak dibayangkan, huh! Banyak kerja rumah tertangguh sebenarnya kerana saya lebih banyak membuat kerja luar yang kadang-kadang buat ibu saya membebel juga memikirkan apalah kerja yang penting sangat saya buat tu. Nak dikatakan mendapat gaji tidak juga, lagi keluar duit dari poket sendiri adalah. Tetapi yang penting saya membuat kerja yang saya minat. Saya sanggup kehulur-kehilir tentang apa sahaja yang berkenaan dengan aktiviti penyusuan susu ibu. Tetapi itu semua mungkin tidak difahami oleh ibu saya malah sesiapa juga yang tidak mengalami & cuba memahaminya.

Sementara sibuk kesana-kemari, saya nak juga siapkan playroom untuk azri di bilik stor yang saya telah kemaskan. Saya berangan-angan untuk menjadikan bilik itu sebagai tempat bermain, belajar dan sebagainya nanti kelak. Ala-ala kunun macam nak buat ‘homeschool sendiri’ la ni.

Tapi saya rasa pemilihan cat sudah ada sedikit kesilapan teknikal lah, aiyo! Saya suka warna biru itu tetapi cat merah itu tidak ‘matching’ seperti apa yang saya imejin kan, huhu! Whoaaa, kalian jangan menambahkan ke-terkilaan-an saya lagi sob sob!Takpa saya akan cuba meng-covernya dengan hiasan-hiasan atau poster2 ABC ke yang menarik nanti,hehe!.

Untuk menyudahkan cat itu semua, hampir seminggu juga (tu pun belum sudah lagi) kerana saya merasakan cat merah itu seperti seakan tidak rata. Tidak seperti cat biru itu, adakah kerana teknik mengecat saya yang salah atau warna cat itu sendiri. Tetapi mengapa cat biru tidak kelihatan seperti itu, arghhh kuciwannya saya. Saya mms en. husby bertanyakan pendapat beliau, katanya perlu dibilas (dicat) semula. Huh??

Selang-seli dengan kerja-kerja mengecat saya menjahit langsir pula. Memang kerja ‘one-man-show’ lah ni. Sedang-sedang menjahit, mesin jahit pula rasa macam buat hal dan saya rasa ianya perlu diservis terlebih dahulu kerana jahitannya yang tidak kemas lagi. Tergendala lagi projek langsir saya pula. Tak sabar nak tunggu hasil apa akan jadi pada bilik ini kan. Nantikannnnnn, hahah!

Saya cepat boring bila mengadap sesuatu kerja tu dengan agak lama (terutamanya kerja-kerja mengecat) mungkin sebab saya tak minat agaknya, haha! Series sangat buhsan, bila sedang2 mengecat tu terasa lama betul nak siapkanya.

Kemudian saya bawa azri keluar pergi makan (Sila jangan tiru aksi ini, hehe). Disebabkan saya tiada car seat dan saya tak rasa azri nak duduk dalam car seat (belum try lagi, hehe) jadi saya menggunakan SSC yang saya beli dulu untuk letak dia dlm tu. Azri diam-diam buat kerja sendiri bila duduk camtu. Cuma bila nak bawa dia dalam keadaan begini, perjalanan yang hendak dituju itu haruslah berdekatan sahaja, huhu! Takleh lama-lama dalam ni, nanti dia rimas nak bangkitlah, berdiri lah, hehe!

3 thoughts on “Playroom/Studyroom in progress

  1. Lady Qay says:

    i thnk u need to get a car seat la..bhya utk u n azri..hihi..better safe then never..kan..

  2. Hayatie says:

    Lady Qay: tu la, mcm rasa nak kena beli pun. Tak tahan dia lama2 pun dlm tu.

  3. asmaa says:

    tie…lebih selamat beli lah car seat utk azri…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: