Penjajahan telah berlaku

Haha, akhirnya setelah hampir 2 tahun 4 bulan saya tidak ‘dijajah’, hari ni secara rasminya saya telah dijajah dan bendera merah mula berkibar hehe! Hilang saspen nak tunggu kembalinya period pertama, huhu! Dalam hati bercampur-baur sebenarnya. Ada masa seronok, adakala sedih plak. Seronok sebab ianya menunjukkan saya sudah kembali subur (subur kah….hmm mudah-mudahan). Sedih pula sebab susu pun macam ala-ala nak kaput kadang-kadang dapat sikit kadang-kadang banyak. Tapi saya positif jer, saya kurang risau sebab anak saya suka makan tolak batu dengan kayu je, huhu.

Dan saya tertanya-tanya adakah kembalinya period pertama saya ini disebabkan jadual mengepam saya yang mula lari-lari sejak kebelakangan ini sebab bz dengan aktiviti-aktiviti diluar. Atau mungkin kerana saya sudah mulai mengepam hanya 7x berbanding 8x sebelum kah. Mungkinlah faktor-faktor itu menyumbang sedikit sebanyak. Sendiri tanya sendiri jawab!

Patutlah kelmarin saya sudah tidak sedap badan, saya pening, muntah, mual, loya sume ada (haipp…takda apa-apa yer) kemudian saya terus demam. Dan kepala masing lagi dalam mode kadang-kala berputar. Dan patutlah juga hasil perahan saya juga sedikit. Saya menyangkakan ianya disebabkan saya yang tengah demam ketika itu, rupa-rupanya ditambah lagi, nak datang period rupanya, haha! Macam ala-ala ‘kemeriahan berganda’ la ni. Nak datang bulan disambut dengan pening,muntah, demam segala bagai..huhu!

Hasil perahan saya sekarang, sekali perah adalah dalam 1-2 oz, ada time-time lebih skit. Kadang-kadang kena tunggu 2x perah baru leh cukupkan amount untuk azri sekali minum.

Frozen yang tinggal, bersalut salji, nampak sangat tak berusik lama. Lebih banyak buang dari yang diminum sebab dah expired. Yang balance ni pun menunggu hari je sebab dah nak expired juga. Azri pun taknak minum yang frozen. Kalau minum pun 1-2 oz je, lebih takmau dah. Saya pun tak kuasa dah nak paksa dia habiskan. Dia lagi rela minum air masak sebotol dari habiskan frozen ebm yang diminum tu, haihh!

11 thoughts on “Penjajahan telah berlaku

  1. ina says:

    akhirnya..bendera merah dah datang….:)…so, insyaAllah..cepat la azri dapat adik nanti…

  2. MOMMY NADIA says:

    sayangnye akak kena buang..sblm expired,hntr kat saya lah,bby saya tolong habis kan..hehehe:Pneway,bila I nk dtg bulan pun susu selalu akan berkurangan..sungguh risau bila waktu itu tiba..:(

  3. Mrs. Masykur says:

    akak nk tanya…akak ada mkn ubat perancang ke?

  4. Hayatie says:

    ina: insyallah, mudah2mudahan, Amin!Mommy Nadia: Takpa, yang penting kita jangan terlampau memikirkan yg susu kita akan merudum jika period, rileks & redha je berapa yg dpt time tu..mrs masykur: Tak ambil pun pape perancang…

  5. asmaa says:

    akhirnya….tiba jua…susu saya pun dpt skit aje bila tiba 'musim' nak period…semoga penuh dgn 'perancangan' lah lepas nie yerk…hehehe

  6. ummiluqman says:

    meriah meriah.. boleh la rancang yang ke 2 pula lepas ni

  7. Hayatie says:

    asmaa: Mudah2han perancangan menjadi la..hehe!ummiluqman: memang meriah ni, huhu!

  8. hmm period sudah kembali..ada la adik si azri nnt?haaa jawab pantun ku jawab…

  9. Hayatie says:

    mama-miya: tungguuuu…haha!

  10. m@Ri@ says:

    wow byknya..maria dah merudum ni..kasi pagi minum pagi kais tghari minum tengahari..huhu..takpe2..teruskan usaha…kan2..

  11. amni says:

    saya pam sekali pon dpt 1-2 oz je.. dr dulu sampai 6 bln ni…😦 tp hrp2 dpt ckupkn 2 thn

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: