Laporan SGM1-Overcoming Low weight

Semalam telah selamat berlangsungnya aktiviti support group meeting (SGM) susuibu.com yang diadakan di tasik Cempaka, Bangi. Jumlah ibu-ibu yang hadir dibahagikan kepada 3 kumpulan yang di facilitate oleh kak kamariah, kak rita, saya & yus handle satu kumpulan, maklumlah kami budak baru belajar.

Gambar-gambar sepanjang diskusi dalam kumpulan kami yang di facillate oleh saya dan yus…

Kusyuk kunun saya mendengar, sebenar tengah dalam keadaan yang tak beberapa sihat sebab demam, namun saya gagahkan juga untuk datang.

Ibu-ibu yang sedang berkongsi cerita dan persoalan masing-masing.

Setelah selesai meeting, kami bergambar. Sebenarnya ramai lagi yang hadir, tapi semua duduk & bergambar ikut kumpulan masing-masing. Kebetulan ada pihak media yang buat liputan yang saya pun tak sure dari mana, PA&MA ke mana tah..

Saya sangat seronok, tak sabar pula untuk SGM yang keduanya pada bulan hadapan, nantikan yer…

Sedikit info yang saya kongsikan sepanjang diskusi kami mengenai topic ‘Overcoming Low weight Gain’. Walaupun kita ada spesifik topic namun bila tiba time diskusi pasti kita akan bercerita juga mengenai hal-hal mengenai breastfeeding yang lain. Kerana itulah keunikan SGM. Time tu lah kita semua dapat duduk bersama dan meluahkan apa yang kita nak bagitahu. Jadi tak semestinya kita perlu fokus untuk diskus pada satu topik sahaja
Berbalik kepada topic SGM ‘Overcoming Low weight Gain ini’ sedikit solution dan tips dari pemahaman saya. Mengikut fakta, bayi akan mula menunjukkan peningkatan berat badannya bermula dari hari ke 10 sehinga ke 2 minggu selepas kelahiran. Jika hal ini tidak berlaku, ibu-ibu perlu mula memberi perhatian Basic Breastfeeding Management seperti posisi bayi, pelekapan (latch-on/lacthing).

Selain daripada itu, ada juga faktor-faktor lain yang menyumbang kepada slow weight gain ini seperti:

  • Penggunaan pacifier. Bayi lebih kerap menggunakan pacifier menyebabkannya kurangnya tempoh bayi untuk menyusu dibreast.
  • Posisi bayi dan perlekapan bayi tidak selesa dan betul. Bayi atau ibu yang tidak selesa semasa penyusuan secara tidak langsung akan memendekan jangka masa menyusu setiap penyusuan. Gaya perlekapan bayi yang tidak sempurna akan menurunkan kadar rangsangan dan menyebabkan ibu juga mengeluarkan susu yang sedikit dan menghalang ‘let-down’ dari berlaku akibat daripada ketidakselesaan yang dialami oleh ibu tadi. Gaya pelekapan yang tidak betul tadi boleh menyebabkan masalah puting melecet/merekah dan menyebabkan kurangnya kekerapan dan tempoh penyusuan itu.
  • Bayi yang mempunyai masalah dari segi lemah daya penghisapannya. Ada juga bayi yang dilahirkan bukan premature juga mengalami masalah ini. Bayi yang mempunyai masalah ini harus dirujuk kepada health care provider untuk penelitian yang lebih lanjut.
  • Bayi yang selalu terlena sejurus sahaja menyusu atau bayi yang menyusu dalam keadaan yang mamai. Sleepy babies selalunya tidak menyusu bersungguh dan selalunya tidak akan menyusu dalam tempoh yang lama. Secara tak langsung tidak membantu untuk stimulate breast untuk menghasilkan kuantiti yang diperlukan.
  • Bayi yang fussy atau cepat distract semasa menyusu. Menyebabkan penyusuan itu menjadi tidak lancar dan juga menyebabkan kerapan dan jangka masa penyusuan itu menjadi lebih pendek.
*Waktu penyusuan yang singkat, boleh menyebabkan bayi hanya mendapat susu awal (foremilk) yang kandungan airnya lebih banyak berbanding susu akhir (hindmilk) yang kaya dengan lemak.

Itu lah basically sedikit sebanya info-info yang dikongsikan oleh semua dalam kumpulan saya. So untuk next SGM2 pula, topiknya adalah ‘Managing Myths in Breastfeeding

7 thoughts on “Laporan SGM1-Overcoming Low weight

  1. salam..kak yatie..semlm sy dlm group kak yati..hazimah..so izinkan sy copy paste gambar ek..semlm x amik gambar byk pun..bleh ek..

  2. Azaidris says:

    Salam,1. Dh lama follow blog yati-inspirasi :)2. Br je dapat menikmati keseronokan BF ni3. Nk sg join SGM smlm..mmg dh ada kt tasik cempaka bwk ank2 main kat playground. Tapi kebetulan ada hal berbangkit,so tak dpt nk join :(Nxt time klu ada SGM area2 bangi ni, cadang nk ikut…Any information pass2 la kat saya ek? TQ🙂

  3. qasehadam says:

    huh bile lg ade togede2 ni..ku mcm nk nangis xdpt join smlm

  4. ibudhani says:

    salam..walaupun x kenal member2 sgm ni…tp mcm best je tgk uol berdiskusi…next time nk join la… aritu ingt nk join tp x familiar area bangi…salam perkenalan….

  5. Ely Hasrul says:

    hi Tha, next time ajak aku lagik tau. aku suka. aku agak bz lagik2 line internet xdpt dua ari nih. aku nk buat entry psl sgm nanti.. cuma xdek gambo ces…(bagus gak sbb muka aku sungguh berkilat panas hahahah)

  6. salam…dh lame dh saya bc info kt blog kak yatie ni..mmg aktif gler akak ni…saya paste blog akak kt blog list saya ye..tq..

  7. Hayatie says:

    zimah: sila2 :)Azaidris: Terima kasih yer! Nanti next SGM jom la join, sy mmg selalu war2 kat blog klu ada sgm2 ni.qasehadam: next month ada lagi SGM, insyallah. Kali ni WAJIB pergi tau ;)Ibudhani: takpa, next SGM nnt join yer :)Ely: klu aku nak order lagi nnt harus la ko dtgkan sgm tu, huhunur KASIH: sila2..terima kasih😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: