Kempen penyusuan Susu Ibu di Anjung Bestari

Caak! Akhirnya saya pergi juga kempen penyusuan susu ibu tu setelah 2-3 kali berkira-kira nak pergi ke tak. Plan nak pergi awal kerana kunun-kunun nak kan 50 hadiah istimewa tu, mueh2. Tapi pukul 9 am saya masih lagi ada atas katil sedang berkira-kira nak pergi ke tak sehingga lah rakan saya, hanidah call bertanyakan arah jalan ke situ. Ish-ish tak bley jadi ni dia pergi, hehe! Siap-siap pukul 10.30am barulah saya sampai ke tempat kejadian. Agak lewat, saya terlepas satu sesi demonstrasi penyusuan susu ibu dan latihan antenal oleh kaunselor laktasi dari HKL.

Sekitar acara-acara yang dijalankan sepanjang kempen tersebut…

Ucapan dan perasmian oleh ahli parlimen Setiawangsa.

Gerai-gerai jualan dari peniaga-peniaga yang mengambil bahagian.

Sesi dialog bersama kumpulan Mirwana tentang penyusuan susu ibu dari aspek kaum bapa penuh yang kadang-kala terselit unsur-unsur kelucuan. Gambar kedua-dua ni gelap la plak, haihh!
Kemudian diakhir majlis, sesi dialog bersama wardina safiyyah pula. Saya selalu membaca dan mendengar dari jauh tentang penglibatan wardina diaktiviti penyusuan susu ibu disana, pada hari itu barulah berkesempatan untuk melihat beliau dengan lebih dekat.



Sambil-sambil mendengar ceramah, saya dan hanidah berposing sat. Kalau nampak saya dengan ‘apron’ itu maknanya……haha!

Setelah selesai majlis, acara berebut-rebut mengambil gambar bersama wardina tidak acik lepaskan. Penat-penat datang dari jauh mana boleh kalau tak bergambar dengan celebriti plak *wink*

*Bila saya selalu pergi ke acara-acara atau aktiviti-aktiviti berkenaan dengan penyusuan susu ibu ini berkali-kali, serupa juga konsepnya dengan orang yang suka menonton perlawanan/permainan bola sepak, asal ada acara yang berkaitan sahaja mesti nak pergi, hehe!

2 thoughts on “Kempen penyusuan Susu Ibu di Anjung Bestari

  1. huda pun pg.. dok depan skali.. sampai pun awal..semangat giler..huhuh

  2. Mrs. Masykur says:

    i pun pegi…tp dok kt sebelah kiri…dtg lambat gak..😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: