Karaoke, The Mines & MegaKidz

Aktiviti kekeluargaan pada hujung minggu. Oleh kerana kami (mak bapaknya) teringin nak berkaraoke, last-last dengan azri sekali kami angkut, ish ish apola bawa anak kecik pi karaoke! Tak plan pun nak berkaraoke. Kebetulan pergi The Mines. Layan je lahh!
‘…Abah, kasik lah mic tu, azri pun nak test karau ni, huhu…’

‘..Tak habis-habis lagi ker, azri dah tak sabar ni..’

‘..Testing-testing..’

‘…Arghh-arghhh…..arghhh-arghhh…..’ (Tu jer la bunyi yang keluar).

Dah boring pegang mic, nak kopis benda lain lah plak.

Dah penat saya jerit-jerit tadi, hauslah plak, nak shushu!

“…Kau kunci…cintaa ku, didalammm hatimuuuuu…”. Acik penuh perasaan menghayati & mengali (ayat kak ogy) tu tawww, haha! Kalian jangan gelak hokehh! Nasib baik balik tak hujan tadi, ke hujan ditempat lain plak, ahakks!

Hahh, sebenarnya ini tujuan utama, nak bawa azri pergi playarea. Kat The Mines pun ada, lebih murah RM3 per entry daripada Megakidz, Mid Valley. Tapi berbeza dari segi kebersihan, toys dia. Megakidz RM9.50 per entry (weekends, public holiday RM12.50), lebih bersih sebab masuk kena pakai stokin, tak kira budak ker mak bapak budak.

Sila bawa siap2 stokin anda, kalau tidak kena beli dekat situ, which is mahal giler rm10 untuk sepasang stokin sekolah wane putih, hokehh! Tapi puas hati sebab bersih and kalau ada toddler yang besar lagi syiok, sebab dia punya toys memang ala-ala endurance, stok gelongsor pusing-pusing tinggi rumah 2 tingkat, haha! Space pun besar. Thanks to e-car for the recommendation.

(Lokasi: MegaKidz, Midvalley)


Yang ni dekat The Mines, toys and space area limited, memang sesuai kalau untuk budak yang below 2 years. Kebersihan kureng la, sebab takda orang jaga, kadang-kadang ada budak-budak malah mak bapak masuk pakai selipar (walaupun dah tulis ‘please take off your shoes’), eeii rasa nak sound jer.

Lokasi: Tempat hiburan Family, The Mines (lupa pa nama dia)

Akhirnya azri berjaya buat satu pusingan kat tempat tu, mula2 dia takut sorang-sorang bila dah naik dalam terowong tu..huhu!

Justify FullApa ekk nama toys yang gelembung-gelembung ni? Azri pun mula-mula takut nak masuk lompat-lompat dalam ni, sampai kena en. husby pun masuk sekali, selamber jer..Kalau dekat Megakidz, banyak & besar-besar dan adult tak boleh naik atas belon ni, huhu!

Yang ni lagi best, naik dan eksyen je tak bergerak pun. Takleh nak masuk token, sebab bila benda tu bergerak/bergoyang terus dia nangis nak turun, wat rugi je last benda tu jalan sensorang, hehe! Jimatkan duit, haha!
Dah tiba masanya aku rasa aku perlu bawa azri gi bersosial, sebab selama ni dia asyik terperap kat rumah dengan aku. Tapi bila gi tempat public camni, buat aku risau sedikit, risau dengan penyakit berjangkit. Setiap kali habis main, kami sanitize betul-betul tangan, kaki azri semua dengan anti-bacteria sanitizer make sure dia tak masuk mulut dulu tangan dia tu, huhu!. Giler hygiene freak betul, haha! Takpela, at least we do our best for prevention ye dak.

One thought on “Karaoke, The Mines & MegaKidz

  1. asmaa says:

    test power tuh…seronok bila dpt bwk anak2 main playarea nie… saya dok usha nak beli catur bistari nih…rm 89.90 kat mana2 KFC, blh main sama ngan anak2…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: