Potong rambut & Macaroni Goreng

Semenjak dua menjak ini saya semakin kekeringan idea untuk mengapdet belog saya, huhu! Selepas habis satu entry, amat bercinta untuk memikirkan entry yang seterusnya. Owh, saya belum sampai tahap ‘blogger tegar’ lagi. Tapi setiap hari jikalau boleh saya nak bercerita tentang pumping, motivasi diri, pumping blah blah sahaja, buleh kah! Memang itu pun sebahagian daripada rutin hidup saya kan.

Alhamdulillah saya telah berjaya memberikan anak saya susu ibu sahaja hanya dengan mengepam sepanjang setahun tiga bulan usia anak saya kini. Dan sepanjang itu, saya berpegang & amat yakin kata-kata ini;


“..I firmly believe that pumping is 10% physical and 90% psychological. If you try to view this as positively as possible, I think you will have a better outcome…”(Paula Yount)

Cerita pasal azri pula, anak bujang saya itu semakin pandai melaram..mueh3! Kalau dulu tak suka ada apa-apa diatas kepala atau mukanya. Sekarang, sendiri ambil, sendiri pakai, buleh kah!

Dan saya rasa rambutnya sudah agak panjang. Dari hari ke sehari saya merancang untuk bawanya ke kedai gunting rambut. Namun saya khuatir azri tidak boleh duduk diam sepanjang tu dan takut baru separuh gunting je dah kena balik. Mungkin kalau lebih senang, jika dipendekkan terus guna shaver tu, tapi saya tak mahu dia ala-ala botak. Saya mahu rambutnya ditepi2, hujung2 hanya di trim pendek sahaja.

(Azri dalam mode baru bangun tidur)

Semasa saya menjalani training tempohari, saya terliur dengan salah satu menu petangnya iaitu macaroni gorengnya itu. Saya bertambah-tambah makan pada waktu itu dengan alasan saya lactating mom, acik tak!haha!

Kemudian saya teringin nak buat tu dirumah, jadi inilah hasilnya macaroni goreng versi saya, lebih kuranglah macam yang saya makan semasa training haritu, huhu! Kemudian saya letak hotdog cheese & black pepper Ayamas dan hirisan ayam sedikit (bagi menggantikan penggunaan stok ayam). Bahan-bahan yang lain adalah carrot, broccoli, lada benggala (capsicum).

2 thoughts on “Potong rambut & Macaroni Goreng

  1. asmaa says:

    kena berani jk nak potong sendiri…terliur nampak makaroni tu…tp saya tiada bakat utk masak ala2 rupa mcm makaroni tu…

  2. Hayatie says:

    asmaaa: saya pun..bedal je masak time tuh..haha!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: