Lawatan ke Wad2 Hospital Serdang

Tahun ini bermulanya aktiviti lawatan ke wad-wad bersalin hospital Serdang pada setiap minggu untuk kumpulan sokongan penyusuan susu ibu hospital serdang. Minggu ini adalah turn untuk kumpulan saya yang terdiri dari daripada saya, Puan Halijahton dan Puan Nor Haslina. Setelah janji temu dibuat di wad2, kelmarin kami bertiga memulakan lawatan ke wad-wad bersalin hospital Serdang.

Sebelum itu, kami perlu memaklumkan kedatangan kami kepada sister yang bertugas pada waktu. Kebetulan sister yang yang bertugas pada waktu kedatangan kami adalah sister Kamariah Hashim yang juga kaunselor laktasi. Selepas itu, kami bebas untuk membantu mana-mana ibu2 diwad. Owhh, saya sangat nerbes tak tahu nak cakap apa nanti walaupun segala bagai latihan-latihan sebagai kaunselor laktasi telah pun dibuat..huhu!

Namun, setelah bertentang mata dengan ibu-ibu diwad, saya mula rasa konfiden sampai terlebih cakap la plak..haha! Acik eksaited tunjuk posisi penyusuan yang betul pada salah seorang ibu yang sempat dilawati iaitu puan Norhelwanie yang mengadu rasa tidak selesa semasa proses penyusuan beliau.

Sempat bergambar dengan puan Dzuliza, seorang ibu yang baru sahaja melahirkan bayi pada pagi itu yang sangat risau kerana bayinya G6PD defisiensi (Glucose-6-phosphate dehydrogenase).

Saya amat gembira kerana dapat melawat, membantu, memberikan info serba sedikit serta sokongan semangat kepada ibu2 yang baru melahirkan bayi mereka. Saya dapati kebanyakan ibu-ibu ini terutamanya yang baru-baru pertama kalinya, rata-rata banyak yang mempunyai seribu satu persoalan namun amat segan untuk bertanya apetah lagi dengan staf-nurse2 bertugas.

Walaupun dalam tempoh waktu yang singkat dan tidak dapat melawati kesemua wad, namun saya berharap dengan sokongan yang sedikit sebanyak itu dapat memberikan serba sedikit kesedaran & manfaat tentang kebaikan penyusuan susu ibu itu yang tidak saya dapati semasa pengalaman kelahiran bayi saya dahulu.

5 thoughts on “Lawatan ke Wad2 Hospital Serdang

  1. Azrina says:

    Yati, ingat next baby aku nak bersalin kat Serdang ler…aku nak ko dtg ajar aku taw hehehe

  2. Hayatie says:

    ina: kalau gitu hang kena la bersalin tahun ni juga…wakak!Konpem ku ada disana sepanjang tahun, Insyallah! Kalau tahun2 lain bergantung lah pada jemaah pengurusan penyusuan susu ibu hospital serdang tu..huhu!

  3. asmaa says:

    semakin sibuk ye tie skrg nie,pas kursus buat lawatan plak…hehehe…jika kat jengka ia buat aktiviti mcm nie kan bagus…keahlian yg ku masuk itu…senyap dan hanya buat rombongan…plak tu utamakan nurse2 je…

  4. izzahazfar says:

    kalau kat penang ade….kan best..hehehe..tp zah masih neves bersalin kat hospital gomen ni…tang jahit hidup2 tu yg takut…camner kak…?*kak yatie…nak ty sesuatu..ade saluran yg lebih mudah..?email misalnyer…

  5. Hayatie says:

    asmaa: tu ler masalahnya bila kump sokongan sumenya staff shj..zah: waduh jahit hidup2..ngeri. Ini email akak, hayatiehashim@yahoo.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: