Prolactin Receptor Theory

Lama sudah tidak berkongsi artikel yang berbentuk ilmiah,kerana semakin lama aku merasakan semakin kurang masa yang dapat dispendkan dihadapan laptop berjam-jam lamanya macam dolu-dolu,ahaks! Aku selalu berfikir, rangsangan penyusuan pada awal-awal kelahiran terutama pada minggu-minggu pertama kelahiran akan menentukan pengeluaran susu yang lebih lancar pada kemudian nanti. Lebih kurang la ayat tu berbunyi. Ada satu term yang digunakan untuk menerangkan apa yang aku cuba sampaikan diatas tu. Surf punya surf barulah terjumpa. Term yang aku maksudkan adalah ‘Prolactin Receptor Theory‘.

Menurut prolactin receptor theory ini, kekerapan menyusu pada awal-awal peringkat laktasi akan menambahkan pengeluaran susu kerana bertambahnya ruang-ruang reseptor kepada prolaktin didalam kelenjar mamari. Menurut kaedah ini, kadar reseptor setiap sel meningkat pada awal-awal peringkat laktasi dan akan tidak berubah selepas itu, sepanjang proses laktasi berlaku. [Hynds & Tyndale-Biscoe, 1982; Sernia & Tyndale-Biscoe, 1979].

Pakar-pakar laktasi selalu menekan kekerapan menyusu pada minggu-minggu yang pertama kerana rangsangan hisapan dari bayi akan meningkatkan ruang-ruang reseptor. Lebih ruang reseptor yang terhasil, lebih banyak prolaktin boleh dialirkan ke lactocytes seterusnya akan meningkatkan kadar pengeluaran susu pada breast itu.

Jika kita perasan, kerap dikalangan kita yang tidak seimbang pengeluaran susu untuk kedua-dua belah breast. Kebanyakkannya mesti salah satu lebih banyak dari yang sebelahnya. Pada pendapat saya, ini berlaku kerana pada minggu-minggu pertama penyusuan (waktu dalam pantang) kita lebih selesa menyusu pada belah yang kita selesa. Walaupun kita kata kita sering menukar belah semasa menyusuan, namun secara kita tidak sedari kita sentiasa memulakan pada belah yang kita lebih selesa, apabila selasai sebelah, apabila menawarkan sebelah lagi, sering belah itu tidak disusui dalam tempoh yang lebih lama, mungkin bayi telah kenyang dan sebagainya. Menyebabkan bahagian itu kurang mendapat rangsangan. Jadi lebih kurang ruang reseptor yang terhasil pada belah itu berbanding pada belah yang kita lebih selesa.

Menjadi lumrah bayi yang menyusu pada waktu yang singkat tapi kerap pada awal-awal kelahiran, ini akan meningkatkan prolaktin receptors dengan semula jadinya. Jadi ibu-ibu harus harus menyusukan bayi mereka secara on-demand terutamanya sewaktu dalam pantang. Tolak tepi dahulu kesakitan dan ketidakselesaan yang dialami🙂

Mengikut teori reseptor prolaktin lagi, bila kita tidak kerap menyusu bayi pada mingu-minggu pertama (yang lebih efisyen adalah ketika waktu dalam pantang) akan menyebabkan kurangnya receptor sites (ruang-ruang reseptor) didalam breast dan akan mengurangkan keupayaan pengeluaran susu. Mungkin pada yang tidak kerap menyusukan bayi ketika dalam pantang atau bayi yang telah disupplemen dengan formula, apabila ingin memulakan penyusuan semula setelah 1-2 bulan usia bayi, kadar pengeluaran susu itu agak tidak banyak dan agak lambat untuk melihat kenaikan pengeluaran susu (ketika dalam usaha pemerahan), mungkin ianya berbalik semula kepada teori reseptor prolaktin. Kerana reseptor prolaktin yang terhasil pada awal-awal penyusuan akan tidak berubah/bertambah selepas jangka masa tertentu.

Begitu juga pada ibu-ibu yang menggunakan breastpump untuk mencetuskan pengeluaran susu, terutama bagi ibu-ibu yang mengalami kelahiran pramatang, atau bayi yang mengalami situasi-situasi khas seperti sumbing, tongue-tie dan sebagainya. Konsep yang sama cuma berlainan mekanisma iaitu pemerahan secarap kerap sekurang-kurangnya 10 hingga ke 12x sehari pada awal-awal peringkat laktasi.

__________________________________________________

Secara jujurnya, saya juga mengalami masalah kurang reseptor prolaktin pada sebelah breast🙂 Bila mengimbau kembali zaman-zaman stail saya menyusukan bayi sewaktu dalam pantang setelah mengetahui tentang teori reseptor prolaktin ini, saya yang cenderung menawarkan lebih banyak belah yang saya lebih selesa menyebabkan ketidakseimbangan ini berlaku dan menepatkan lagi anggapan saya pada teori reseptor prolactin ini. Mujur saya mendapat lebih banyak maklumat (tidak sebanyak sekarang🙂 mengenai pengepaman yang konsisten ketika itu dan saya tidak berhenti mengepam selepas itu.

Dari kesinambungan kegagalan untuk menyusukan kemudian diteruskan dengan pengepaman yang konsisten mungkin membantu mengalakkan penghasilan reseptor cell namun tidak se-power hisapan dari mulut bayi kerana walaupun dengan pengepaman masih tidak dapat mengimbangi pengeluaran susu untuk kedua-dua belah breast agar sama. Namun, pengepaman konsisten yang menghasilkan kestabilan susu sehingga kini, masih saya rasai! *wink*

4 thoughts on “Prolactin Receptor Theory

  1. izzahazfar says:

    betul la kak…tp zah ni jadi lain…masa dlm pantang..akmal lebih suka breast kiri…tp kanan jarang2….tp bila pump zah mmg guna double pumping..yang kanan nyer mmg melimpah ruah…yang kiri nyer ala2 ajer…kesan dia..b belah kanan saiz 36 b belah kiri saiz 34…camner tuh?…huhuhu…leh betulkan balik tak..?

  2. Hayatie says:

    zah: sama la kita..saiz lain2..tak tahu lah leh jadi balance ke tak dua2..kene tunggu menyusukan anak yang kedua nnti kot, try bagi belah yang kecit..hehe!

  3. m@Ri@ says:

    ooo mcm tu..patut susu maria belah kanan lebih sikit dr belah kiri..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: