Bye Bye Cooler Beg

Salam tahun baru kalians. Dalam tak sedar sudah setahun jagung aku berbelog. Dalam perancangan menjadi beloger tegar selepas pengepam tegar *wink*! Selepas setahun aku rasakan semuanya menjadi lebih mudah untuk aku. Walaupun fresh EBM hanya 2-3 kais,tapi aku langsung tidak panik. Mungkin kerana demand azri pada waktu siang hanya lebih kurang 10 oz sahaja dan malam sekitar 15 oz. Jumlah EBM feeding azri telah semakin menurun semenjak dia mula kuat makan , dari minimum 30 oz sehari kini cuma maksimum 25 oz sehari. Kadang-kadang tak sampai 25 oz pun.

Azri sekarang takmau sangat dah tido dalam buai. Tapi acik selalu paksa dia tido dalam buai gak demi kesejahteraan sejagat, hihi! Sebabnya kalau dia tak tido dalam buai (kecuali malam), dia akan tido tersangatlah sekejap, kadang-kadang setengah jam jerk, tak sempat nak buat kerja rumah dah. Kalau berbuai tu, boleh la sampai 1-2 jam.

Aku selalu lari daripada tajuk asal n3, hihi! Kerana aku selalu mengarang dahulu baru pikir tajuknya, apekah!

Ni cooler beg medela yang aku selalu angkut kalau aku gi memana. Now, dah jarang aku bawak cooler beg ni. Sebabnya, azri dah tak se-demand macam dulu lagi-lagi kalau time keluar. Cukup sekadar aku bawa ebm yang telah siap-siap diperah, air masak dan biskut. Yang penting pam harus dibawa. Azri kalau berjalan boleh gap tak minum susu sehingga 4-5 jam lamanya, kira sempat la aku perah sementara dia tengah chill tu. Dah macam pump-on-demand la ni, kui kui! Sila jangan tiru aksi ini jika anak kalians dibawah 7 bulan dan anda EP, haha! Jadi kurang beg yang perlu dibawa, hooray! Even kalau aku plan untuk next2 holiday pun, aku tak bawa dah ebm spare, aku hanya pump and terus feed sahaja. Dengan syarat, anda harus pam on time la ketika itu, no-ngelat yer! Ianya lebih mudah jika anda seorang yang sangat strict when it comes to pumping macam acik!

Sedikit tips pemilihan cooler beg, mengikut pengalaman dan pendapat peribadi acik ni, hehe! Kalau EP, cooler beg, icepacks selain pam memang tak boleh dipisahkan. Untuk pemilihan cooler beg (yang aku suka), pilih insulated layer dia yang dalam dia ada foam. Lagi tebal foam dalam tu, lagi bagus. Dan lining luarnya (tah hapa panggil tu) selalunya berwarna grey, ada juga kadang2 warna selain daripada warne grey, cam medela tu warne kuning, yang penting ianya tebal dan tak mudah koyak. Pastu sila tekan foam di sekeliling beg tu untuk mengenalpasti ketebalannya. Contoh cam cooler beg acik dibawah ni hah.

Dulu, kalau yang cooler beg kecik, aku guna cooler beg simple baby (ade yang corak dam biru atau now dah hitam) sampai lunyai sebelum ada cooler beg medela. Yang itu pun boleh tahan kualitinya, boleh sumbat ebm 2-3 botol dan corong2 sekali, tapi memag pack, tu yang koyak zipnya kui kui! Tiba cooler beg medela dah takleh letak corong dah!

Hindari dari membeli cooler beg yang dalam dia ala-ala macam dibawah ini. Yang insulated layer dia macam silver foil tu skit. Selalunya dia ada foam, tapi foamnya teramat la nipis, even yang ada foam yang tebal pun, tapi dek kerana insulated layer jenis ini amat nipis dah mudah koyak, jika terkenal bucu-bucu ice packs beku yang tajam itu. Lagi satu, insulated layer jenis ini selalu cepat basah dibahagian fabrik luarnya, mungkin ada bocor2 halus ke dan kesejukan terserap keluar.

Now, aku dah tak guna sangat cooler beg, memang tak bawak spare ebm masa gi jenjalan except kalau yang jauh2 la. Sebabnya kalau bawak mesti tak guna pun ebm yang dibawa tu, buat berat je, dengan termos & mug lagi. Sebab yang pump-on-demand tu pun tak habis2 diminum, eksaited berjalan ler katakan.

9 thoughts on “Bye Bye Cooler Beg

  1. noraherni says:

    Ku suka entri ini! Syabas bette~! Ngeh3… =))

  2. asmaa says:

    byk ye cooler beg tie…saya ada satu…masih blh guna wlpn cover nyer dah tak lawa…gonyoh ngah sabun dah x hilang…ku bwk utk bawa susu syifa' ke taska je…sbb dekat je🙂

  3. Afne says:

    sifu, sgt2 kagum dgn kegigihanmu menjadi EP tegar. cooler bag yg insulated kaler grey tu avent punya ke? lbh kurg sama mcm afne punya. rasanya microfiber insulated tu.

  4. Hayatie says:

    herni: suka yer..tang mana tu..hahah!asmaa: ye lah asmaa..kata coolerbeg&pam bagai irama dan lagu utk ep..heheafne: cooler beg yg layer grey tu alfio raldo..avent pun ku ada, bagus juga…tapi tak gune sbb nak letak botol..dia tonggeng tebalik..hihi

  5. Afne says:

    a'ah btl avent punya cooler bag tonggeng terbalik cuma bestnya beg tu tak bulky. tali zap putih dlm tu pn ku tak guna. kena make sure liner diikat btl2 & cap bottle dipusing kemas.

  6. izzahazfar says:

    Kak…alhamdulillah….percutian saya berjalan lancar…susu sangat byk samapi jenuh suruh akmal habiskan susu…kira susu mmg cukup dan melebih…jenuh suruh akmal habiskan susu sebab kat bandung hotel takde fridge dan ais batu mmg tak leh cari…susah nak dapat…syukur sgt..kerisauan susu tak cukup tak ada dalam kamus percutian kami….thanks utk tips akak dan kekuatan akak…wish me luck utk setahun as EP mom..lagi 47 hari ni kak…syukur….

  7. Hayatie says:

    afne: yup betul..cooler beg avent cantik, kemas je dari luar kan, tak nampak mcm cooler beg pun..hihizah: gembira juga utk zah sebab dapat bercuti dgn tenang, tak perlu risaukan ebm sgt kan…nnti bila akmal dah setahun, lagi senang keje EP zah….😉

  8. MAKCIK REHAN says:

    Awww…. keta baruuu… syiok!!

  9. Hayatie says:

    makcik rehan ni mesti silap post komen kat entri..hehe…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: