Kemalangan Bas Sani Ekpress

Takziah buat semua keluarga-keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan bas Sani Ekspress pagi sabtu tadi. Ngeri aku dengar berita tv3, mengatakan 10 orang terbunuh dalam kemalangan itu, ada yang putus kepala kerana, besi pembahagi jalan yang menerobos masuk ke dalam bas setelah dilanggar oleh bas tersebut. Salah seorang penumpang yang terselamat dalam kemalangan tersebut mengatakan, pemandu yang baru mengambil giliran untuk memandu bas tersebut kelihatan mengantuk dan bas seakan terhoyong-hayang kiri ke kanan sebelum kemalangan tersebut.

Pada pendapat aku, penguatkuasaan yang lebih ketat terhadap pemandu-pemandu bas dari segi tata-etika memandu seperti larangan membawa melebih had laju, memandu dibawah pengaruh alkohol dan sebagainya setiapkali selepas berlaku selepas kemalangan. Tetapi bagaimana pula kita hendak mengawal kecuaian kerana mengantuk/terlelap seketika dan sebagainya?. Ini kerana bab-bab mengantuk/terlelap ni kadang-kadang kala diluar pengawalan kita. Aku cukup takut kalau menaiki kenderaan awam dengan pemandu-pemandu yang mudah mengantuk ni. Walaupun mereka adalah pemandu yang beretika, tidak memandu laju dan sebagainya tetapi bila dah penat & mengantuk, macam-macam boleh berlaku.

Aku tertarik dengan kiriman e-mail pembaca ke berita tv3 yang mengatakan tiada guna menekan faktor keselamatan kepada pemandu & keadaan bas yang dinaiki sahaja, pengirim itu menegaskan bahawa syarikat bas ekspress harus sentiasa menghubungi pemandu-pemandu mereka terutamanya yang sedang dalam trip yang jauh atau pada waktu malam untuk mengingatkan mereka supaya lebih berhati-hati. Selain daripada itu para penumpang juga harus memainkan peranan apabila melihat sesuatu yang tidak kena dengan pemandu bas tersebut. Penumpang harus membuang rasa malu, takut dan sebagainya untuk menegur kelakuan pemandu-pemandu bas yang di naiki jika merasakan mereka memandu dalam keadaan berbahaya, laju, mengantuk dan sebagainya.

Aku pernah sekali naik teksi yang pemandunya mengantuk, dan sekejap-sekejap terlelap. Cemas betul aku masa tu. Bila aku tengok macam tak boleh jadi je ni malah makin menjadi-jadi plak pakcik teksi tu asyik terlelap, last-last aku pun tegur pakcik tu..”..pakcik mengantuk ker?” Terus pakcik tu macam terkejut sebab aku cakap dengan dia, dan sebab tu lah, aku terpaksa mereka-reka cerita untuk berborak dengan pakcik tu supaya dia tak mengantuk…huhu!

Apa-apa pun takziah untuk semua keluarga-keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu. Untuk berita lanjut & gambar2 kemalangan tersebut, kalian leh klik kat bawah ni, ngeri aku nak tepek kat belog.

BERNAMA: 10 Maut, Dua Cedera Bas Terbabas Di KM272.8, PLUS

Berita Harian : 10 maut, 3 cedera bas dua tingkat langgar pembahagi jalan (Foto)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: