Langkawi & Batu Ferringhi Trip

Lama betul aku nak menyudah entri holiday kali ni, sebabnya banyak gambar di kamera member, tapi tak upload2 lagi. So aku proceed je la gambar-gambar yang mana ada dalam hp. Dengan nak buat karangan lagi, huhu! Mode holiday aku belum hilang lagi. Sekarang dah berada di rumah, tapi hatiku tertinggal disana. Seronok sangat-sangat sebab lama dah aku tak pergi bercuti, walaupun mode aku ala-ala suku dah spoil sebab hotel tempat kami menginap tu takda fridge, tapi nak buat cemana kan, sebab dah di booking, kenalah pasrah. Lagipun, agak kelam-kabut untuk menukar tempat menginap disaat-saat akhir kerana, kebanyakan hotel-hotel yang bajet-bajet pada ketika itu semuanya penuh-penuh belaka (yang banyak kosong, hotel-hotel yg mahal-mahal belaka).

Kami bertolak pukul 11 malam dari KL, baru lah aku faham kenapa kebanyakan orang bertolak malam bila nak ke Langkawi, eheh! Kami bertolak ke langkawi dari jeti Kuala Perlis, kami tiba pukul 8 pagi. Bayangkan dari pukul 11 malam, sampai dijeti ini pukul 8 pagi. Sepanjang perjalanan dari KL lebih banyak berhenti-henti. Kerana konvoi 4 buah kereta, selang beberapa jam, ada yang mengantuk pula, minta berhenti untuk tidur seketika, begitu lah seterusnya lepas seorang-seorang.

Memang sesak sungguh keadaan dijeti kuala Perlis tu. Menurut abang ipar ku, ni ok lagi! Waktu dia sampai kesini dahulu keadaannya lagi sesak sehingga terpaksa beratur dari luar bangunan jeti ini lagi.

Kami yang masing-masing belum mandi pagi lagi, hanya sempat cuci muka dan gosok gigi sahaja sewaktu solat subuh dikawasan rehat sebelumnya. Kemudian tepek la bedak skit-skit kasi nampak segar..huhu!

Leganya bila dah dapat duduk dalam feri, selepas bersesak-sesak kat terminal tu tadi. Dengan beg-beg lagi, dengan nak dukung azri lagi, disaat-saat ini memang berbaloi jika bawa sekali kaum kerabat ramai sama-sama menolong itu-ini..hehe!

Rupanya, lagi mencabar bercuti bersama anak yang dah ‘dapat-kaki’ berbanding dengan bayi dibawah 3-4 bulan yang asyik tidur je. Fuh, memang acik tak sempat control-cun sepanjang perjalanan ni. ‘Tayat’ betul azri dapat duduk dalam feri tu. Maybe dia ingat cam duduk dalam kereta agaknya..haha!

(Mil, Kak ruby, mak aku & me)

Sampai-sampai di Langkawi, kami menginap dekat Citin Hotel. Oklah, walaupun takda mini bar (grrrrrr) tapi selesa sebabnya kelengkapan dia semuanya masih baru, baru buat agaknya. Room rates dia rm120 tak salah semalam. Akak ipar aku tempah hotel ni sebab dekat dengan pekan dia, senang nak shopping katanya. Memang betul pun! Sebab dulu first time dia pergi sini, dia tinggal kat area pantai chenang, cam jauh la skit nak ke pekan dia.

Untuk aktiviti-aktiviti mencukur-poket di pekan kuah, aku tak sempat la nak bergambar bagai. Buzy wooo, kena konsentrate skit bila sesi cukur poket ni, eheh! Sempat makcik aku tepon dari KL nak kirim beli sudu. Mula-mula aku heran betul, apesal la ramai orang nak kirim susu-garfu bagai kat Langkawi. Dia kata beli kat ‘Idaman Suri’. Aku pulak dengar kat phone ‘Ida-Mahsuri’, haha! Ye ye aku kata kat kawan en. husby jangan lupa singgah dekat ‘Ida-mahsuri’. Nasib kawan en.husby ingat aku sebut ‘idaman suri’..huhu! Rupa-rupanya memang murah sudu-garfu. Tebal-tebal, 1/2-dozen rm6. Masa makcik aku sebut dalam phone tuhari, sedozen rm10, hoho..dah naik rm2 pulak. Aku banyak borong sudu-garfu je. Pinggan-mangkuk adalah sekotak-dua, niat dihati nak borong banyak-banyak, tapi mengenangkan nak mengangkut naik feri tu yang tak tahan, sebab beg-baju je dah besar.

Kemudian kami ke Nusantara Maju, tempat ‘semuanya-gamat-sahaja’. Ubat gigi gamat lah, krim gamat, pencuci muka gamat, pendek semuanya gamat ajelah. Siap tunjuk tempat mereka memasak gamat lagi. Jadi tak sah lah ke Langkawi tak beli gamat. Walaupun kat rumah berbotol-botol minyak gamat yang tak habis lagi. Yang beli lain, yang orang bagi lain..hehe!


Lepas tu kami ke Beras terbakar pula. Kat sini selain daripada kawasan beras terbakar ni ada tempat cukur poket gak. Ada kedai-kedai yang menjual baju, t-shirt. Sempat gak lak merembat sehelai dua. Masa sampai kat beras terbakar ni, hari dah nak hujan, takdapat la nak menye-nap gambar bebanyak.

Inilah kawasan yang dinamakan beras terbakar itu. Aku ingatkan kot-kot la ada kesan-kesan terbakar ke..hahah, apekah! Kawasan ini adalah asalnya tempat simpanan beras, semasa Langkawi di serang oleh orang-orang Siam pada ketika, dan rakyat diarahkan untuk menyimpan beras simpan dengan menanamnya supaya bekalan beras itu tidak jatuh ke tangan orang-orang siam. Walaubagaimanapun kawasan tempat mereka menanam/menyimpan beras itu terbakar dan dipercaya berkait-rapat dengan sumpahan Mahsuri itu. Cerita selanjutnya disini.

Di makam Mahsuri. Kat sini juga ada muzium mahsuri tu. Tapi tak dibenarkan ambil gambar dalam muzium tu. Siap ada tayangan video pasal kisah Mahsuri lagi. Masa kat sini tak sempat nak berposing, sebab azri dah tido keletihan. Azri memang takmau sangat dengan en. husby bila time berdukung, so hampir sepanjang jalan aku je la mengendong. Mujur aku ber-pouch. Yang challenging bila tiba masa aku nak mengepam. Mujur aku bawa mak aku skali..hehe! Sebab azri lebih nak kat nenek dia berbanding en. husby.

Masa group kitorang sebok makan tengahari, aku terpaksa curi-curi masa untuk mengepam sat dalam van pas makan cepat-cepat, panas woo dahlah van sewa ni aircondnya somput, acik tahan je. Kalau dah start berjalan nanti memang tak dan lah nak mengepam. Memang mencabar betul la. Nasib aku ni jenis dah set ‘Pump-Priority’ (dalam kepala ‘pump-pump-pump”, dapat la mengepam juga selang 3 jam.

Seterusnya kami ke Underwaterworld. Oleh kerana kamera phone aku ni agak2 kurang berkesan ketika dalam keadaan yang gelap, maka tak banyakla gambar kat sini. Cuma kat tempat-tempat yang ‘asal-boleh’ bergambar je lah..hehe!

Hari terakhir di Langkawi, sedihnya! Sob sob! Sedang menunggu ketibaan ferri dari Jetty Point Langkawi. Insyallah kalau ada rezeki, pasti aku akan kembali lagi dengan beg yang sedikit sudah pasti!
Kemudian, dengan perancangan ad-hoc, kami mengambil keputusan untuk singgah ke Batu Feringhi, Penang, mungkin bermalam. Kata sil, di Penang kalau tak booking hotel, memang susah nak ada kosong time-time weekend camni. Tapi kami ala-ala gamble je. Setibanya di Batu Ferringhi memang kebanyakan hotel memang penuh semuanya, dari takda star hinggalah berstar-star, semuanya penuh-penuh belaka, huh!

Yang ada ketika itu hanya Park Royal dan Holiday Inn sahaja. Oleh kerana kami agak2 mengigil dengan room rates park royal pada malam itu (rm800++ per night), kami terpaksa decide untuk stay di Holiday Inn sahaja yang berharga rm500 per night..huhu! 3 bilik untuk 3 family. Kalau ler murah, memang nak book extra sebilik lagi untuk mak aku dan adik-adik perempuan kawan en. husby. Tapi terpaksa la kongsi juga bilik, sebab nak save budjet, huhu! Hokeh la tu, kalau tak, sampai mati pun tak merasa duk Holiday Inn kot…haha!

Pulang dari Penang, acik sungguh jakun kerana bawa kereta menaiki ferri, hehe! Tak pernah rasa, dulu orang je yang naik ferri, ni dengan kereta-kereta skali. Ingatkan kereta-kereta kena ikut jambatan Pulau Pinang je..huhu!

Hingga ke hari ini, aku masih lagi terkenang-kenang saat-saat bercuti, walaupun dalam serba kepayahan (mana nak mengepam lagi) dengan azri yang tak mahu berenggang, mencabar & meletihkan betul. Apa-apa pun seronok sangat-sangat. Terima kasih pada encik husby! Selamat bercuti juga kepada rakan-rakan yang akan bercuti-cuti dalam musim cuti ini! Happy Holiday and have a safe journey!😉

8 thoughts on “Langkawi & Batu Ferringhi Trip

  1. Ely Hasrul says:

    beshnyeeee.. siap singgah penang lagik.. bleh tahan gak rega holiday inn ek? lebeh kurang hardrock. aku suka langkawi aku suka penang. bila la nk holiday .. (eh esok aku nk g bangkok hahahha lalalalala)

  2. Hayatie says:

    ely: hard rock pun aku call, tp dah penuh hari tu..ciss! wah2 ko nak gi bangkok yer…jelessssss! aku tgh gian nak berholiday ni..huhu!

  3. nikhazifah says:

    panjang sungguh karanan mu ini..ku bagi A++

  4. Hayatie says:

    Saya dapat A++ yer, yahoo! Mekasih cikgu Nik! Tapi spelling cikgu Nik salah ler 'karangan' jadi 'karanan'..oleh sebab itu sy potong gaji cikgu nik…ekekeke!

  5. wah..giler mencabar..klu ku pn xtau la mmpu ke x nk wat cm mu buat..ngn jalan lg ngn ank2 lg ngn pumping lg..huhh..mati kejung ku kt tgh2 laut tu nnt…hahaha…ape2 pn ku tabik spring toing2 kt mu,..bila la turn ku nk g lngkawi lg ni..rindu lak..mane tau ada plan tergempak abg jep dlm masa terdekat dia nk blk ni..kuang2x…

  6. ibu dania says:

    wow… nice trip… ehm, ku plak nak ke KL next week ni.. so tips la… kalau saya nk jalan2 jauh cam ni, kena bawa pam & storage botol gk ker?? ehm, fyi, biasa kalau waktu pagi dalm B selalu penuh.. so kalau kat umah mmg best pam time tu… tapi bila gi jalan cam ni, cam ne erk. juz nk minta pendapat kak yatie..

  7. Hayatie says:

    Qis: Kalau ku ngelat2 pam kang, takda susu la plak si azri ku..sabor2…ku tahu mu dah rindu dendam sama abg jep mu ituw….eheh!ibu dania: kalau baby direct, biasanya tak perlu. Breastfeed je. Tapi kalau biasa mengepam, kena la bawa, takut2 baby taknak direct sgt sbb eksaited berjalan kan!

  8. mirah says:

    yatie, best kan g batu feringgi. Kami pergi juga, stay semalam di edenview kondo. TM punya, so dapatlah hrga rm150 semalm. Tapi very selesa lah. Kami tak puas duk di sana, tak puas round pasar malamnya tuh. Hihi..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: