14 bulan

Entri pasal holiday trip kena postpone dulu pasal gambar tak upload lagi, hehe!. Hari ini genapla h azri berusia 14 bulan sudah. Bermakna sudah lebih kurang 14 bulan juga aku ber-exclusive pumping. Alhamdulilahm aku masih gigih lagi berusaha dan FM masih lagi tidak berjaya menerobos masuk kedalam dapur aku, haha! Walaupun output aku agak merudum pada ketika waktu aku tidak sihat tempohari. Masih lagi bertahan. Nasiblah ketika ini azri tidak lagi minum ebm se-rigid dulu ketika siang hari, kecuali ketika malam sahaja. Maksudnya, ketika siangnya azri boleh gap tidak minum ebm dari 3 ke 4 jam lamanya berbanding waktu malam ketika dia tidur.

Jika menyusu semasa tidur, dia agak kerap merengek nak susu dalam masa 1.5 ke 2 jam sekali dan pada ketika dia sedang tidur, dia jadi lebih tidak sabar. Means, jika dia dah merengek skit2 tu, aku perlu cepat-cepat sumbatkan botol. Kalau tidak dia akan meraung/mengamuk dengan lebih sakan lagi. Sebab tu dikala malam, aku hanya men-standbykan yang baru diperah sahaja. Sebab tak sempat jika nak panaskan susu guna warmer walaupun 2-3 minit sahaja.

Berbalik kepada perkembangan kami (err..kami?) sepanjang 14 bulan ini,

Azri:

  • Dah fully berjalan, takda lagi nak merangkak-rangkak dah. Sanggup bangkit dan berjalan jika nak ke sesuatu tempat. Kalau pergi mana-mana, sekali kita lepaskan dia dibawah, sure dia susah nak didukung semula
  • Dah boleh makan nasi biasa sedikit-sedikit. Tapi kadang-kadang muntahkan semula.
  • Dah kenal fungsi handphone/telefon dan sikat. Jika dia dapat handphone, dia letak kat telinga dia sambil buat2 suara cam ala-ala bercakap la kunun… bunyinya bih kurang gini la ‘…hehh..hehhh..hehh’
  • Dah kenal kalau kami pakai baju macam nak jalan atau tudung ke, dah pandai merengek mintak didukung dulu, takut tinggalkan dia.
  • Sekarang tengah batuk & selsama pas balik dari bercuti. First time batuk berkahak-kahak ni. Tak tahu nak buat cemana, baru pas gi klinik and doktor beri ubat sirap selsema, and sirap batuk. Dan dia buat takmo telan ubat-ubat tu, kalau telan pun mesti selang beberapa minit dia muntahkan semua.

Aku?:

  • Masih lagi gigih mengepam, walaupun output mula mengalami kemerosota sedikit. Aku mulai tidak dapat mengumpulkan sebanyak 30 oz dalam satu hari lagi. Selepas setahun, rata-rata hasil perahan mulai menurun disekitar 25 oz sahaja walaupun 8x mengepam.
  • Aku tidak period lagi dari selepas bersalin hingga ke hari ini..berdebarnya menanti kedatangan bendera merah.
  • Masuk hari ini, genap 8 bulan aku masih lagi gagal untuk conceive setelah kami mengistiharkan bermulanya ‘projek ke-2’ selepas azri berusia 6 bulan dulu (haha, tak savar betul!). Part ni, banyak faktor-faktor yang ku rasa memainkan peranan menyumbang ke arah kegagalan ku untuk conceive lagi. Pertama, mungkin keadaan diri yang belum datang period mungkin, jadi tiada telur yang dihasilkan! Wallahualam. Yang kedua, mungkin juga kerana ketiadaan ‘quality-time’ yang betul-betul berkualiti oleh kerana kami yang sentiasa PJJ, kira macam ‘weekend-only-husband & wife’…huhu! Dan yang terakhir, mungkin belum lagi rezeki kami untuk menerima kehadiran orang baru dan semua ini adalah ketentuan ilahi. Kami hanya mampu merancang namun Allah juga yang lebih mengetahui dan menentukannya.

Lagi-lagi 2 gambar standard ini, haha! Sila jangan buring yer kalians! Honestly, inilah sahaja stock2 ebm yang ada sekarang. Memang tak mampu dah nak buat stok baru lagi. Dari puluh-puluh tinggal belas-belas sahaja. Risau? hmm, jauh disudut hati memang ya tapi dari positive side, aku lebih berbangga kerana mampu bertahan sehingga ke 14 bulan. Dan itu yang tinggal untuk memberi aku semangat untuk meneruskannya. Mampukah aku bertahan sehingga ke setahun 6 bulan lagi? Insyallah…
Beginilah keadaannya jika aku mengepam didalam kereta. Tak seksi pun, hehe! Itulah bestnya bila ber-FS, tiada masalah untuk mengepam dimana-mana jua. Jadi pam juga memainkan faktor mental juga. Bila pam memudahkan tugas kita, kita tidak akan rasa terbeban untuk mengepam sekaligus kita akan jadi lebih rajin untuk mengepam. Jika pam itu agak-agak menyukarkan kita sekaligus kita akan rasa berat/terbeban bila tiba waktu untuk mengepam. Apetah lagi bila kita dalam berada didalam suasana yang tidak selesa atau dalam keadaan yang rushing dan sebagai, seterusnya menbantutkan semangat untuk mengepam. Tetapi itu tidak bermakna anda perlu mendapat pam seperti itu juga. Itu adalah sekadar pendapat ku sahaja. Tak kisahlah apa jenis pam sekali pun, yang penting kita harus selesa dengannya dan lain orang lain preference-nya.

Secara jujur, untuk mengepam sejauh ini, ianya memerlukan satu kekuatan mental yang amat-amat tinggi. Hanya yang betul-betul cekal sahaja yang mampu untuk melakukannya. Setinggi-tinggi tahniah kepada yang sedang atau hampir dipenghujung perjalanan kerana hanya yang betul-betul melaluinya sahaja akan mengerti bertapa ianya menuntut kepada pengorbanan yang amat tinggi terutama dari segi emosi. Kepada yang baru-baru untuk memilih jalan ini, fikirkan la sedalam-dalamnya dan selagi masih berkesempatan, usahakan agar dapat untuk menyusu anak secara terus. Jika tidak mampu, tanamkanlah tekad dan kecekalan supaya kita tidak berada diseparuh atau disuku jalan, buktikan lah yang kita juga kuat dan mampu. Haihhh, acik meroyan berfalsampah la plak! Terpulanglah, pilihan ditangan anda…

13 thoughts on “14 bulan

  1. izzahazfar says:

    kak yatie…zah suker entry kali..membakar semangat zah…alhamdulillah..hari ni genap 10 bulan as EP mom..syukur…cuma mmg sedang gigih berusaha untuk cukup lagi 2 bulan..mohon sgt zah mampu…tp masalah nyer skrg kak..susu zah mg tak sebanyak dan semeriah dulu…akmal pulak..subhanallah..kekerapan menyusu dia diluar jangka…kadang-kadang utk siang hari saje akmal boleh habiskan 35-40 oz susu…walaupun akmal dah makan…tu belum kira waktu malam..malam akmal akan minum sehingga 20 oz sebelum tido kalau tido kurang-kurang 10 oz..akak boleh bayang mcmana takutnya zah biletengok susu yg merudum…stok ebm pulak yg sipi2…subhanallah..sgt tertekan waktu ni..maaf ye kak..byk pulak zah menulis..mungkin sdg mencari kekuatan…pastu zah nak ty..zah akan ke jakarta end of month..camne?nak kena bawa ebm yg byk jugak ke?sebab perjalanan jauh juga tu..penang jakarta mau 2 jam..jakarta bandung mau 4 jam…takut ebm cair jer..huhuhu..tak sanggup nak bayang akmal kena minum formula..sebab bila zah ajukan masalah ni kat hubby..dia pun tak suggest zah tambah fm kat akmal..cuma dia kata jgn risau..insyaallah cukup…

  2. Hayatie says:

    Zah: tahniah zah, akak yakin zah juga seorang ibu yang cekal. Kita takkan terlepas dari saat-saat tertekan..cuma kita perlu sentiasa dalam keadaan yang positif & membayangkan yang positif sahaja..Pasal trip zah tu..cam akak ke langkawi hari tu bawak spare ebm, pening asyik memikirkan icepack yang tak bertahan lama sebab setiba dihotel sudah lebih 10 jam pun, mujur icepack yang dibungkus rapi bersama ebm masih separa beku. Kemudian akak cepat-cepat habiskan semua ebm yang dibawa sebelum tiba hari nak pulang kerana risaukan icepack yang mungkin takkan bertahan spt haritu kerana bertolak pulang pada waktu siang dgn cuaca yang agak panas.Masuk hari ke-3 akak dah pump on demand sahaja. Maksudnya tiada lagi ebm cuma bergantung kepada ebm yg baru diperah sahaja. Alhamdulillah tak kelam kabut, dan akak manage utk perah (sediakan susu) sebelum masuk waktu azri nak susu. Sebab azri pun bila berjalan, dia tahan tak menyusu dlm jangka waktu yg agak lama berbanding dirumah, mungkin kerana eksaited berjalan kot, hehe!Next time akak dah plan, kalau gi holiday lagi, akak takmo dah bawa ebm,cooler beg bagai..akak just nak pump and feed terus. Tapi zah make sure zah kena betul-betul dpt curi masa utk mengepam la masa berjalan tu, kalau tidak memang parah, by the time akmal nak susu, kita tak sempat pam lagi..Apa kata zah, prektis dulu satu hari dirumah atau time2 kuar before trip zah tu. Buat satu hari tu tak yang gune ebm2 yang ada dlm frige, just pam and bagi terus..

  3. Ely Hasrul says:

    fuiyohhh aku mmg suka kat ko hahahah gigih! weh bila mau amik hadiah nih? email address ko, meh aku post kan aje.email kat aku elysuaili@yahoo.com – nk jumpak tahun nih mmg tak dapek la jumaat nih aku dh nak lagik g bangkok :p tapi hadiah ko tuh mmg ade, cuma ko suka tak aje lah hahahahhaa

  4. Ely Hasrul says:

    eh silap email tuh. elysuhaili@yahoo.comtakpon sms aje ko nye address. kan sonang gitu. apehal aku ckp ngan ko kat sini? kan lebeh senang aku kol aje ko ciss.. ntah ape2 la..

  5. Hayatie says:

    ely: ala ely…aku segan la, takda angin takda ribut nak kasi2 pressie lak…sampai nak berpos2 ..wat susah2 ko je…takpa..insyallah, next2 time kita jumpa lagi..hari tu nak juga dtg kat shop-warming party thu tu..eheh! tapi takda rejeki, aku masih lagi kat penang…insyallah kalau korang bergeder-geder lagi..klu free aku join la…

  6. NuRuL DhiA says:

    beb, entri kali ni betul2 wat aku semakin bersemangat waja. kemerosotan susu semakin terasa bila da masuk 1thn 7bln bf hafeez (mampu kah ku bertahan lg 5 bln?), stok beku ade 2 ketui jek, pam pun cukup2 tuk bekalan hafeez minum siang hari. rase down giler. bile bace entri ni terasa berkobar2 balik, thanx beb!

  7. Hayatie says:

    nurul: ku pun sedang mengumpul kekuatan diri, moga kudrat yang ada dan kekuatan yang tinggal ini masih mampu untuk menyuntik semangat meneruskan perjuangan..perjuangan kita sama sahaja🙂 moga kita sume dapat sampai ke akhir garisanya…chaiyok!

  8. Hanna says:

    Sy memang tabik spring kt akak..walaupun dgn hanya mengepam,akak dpt fully BF..artkel2 mcm ni lah buatkan sy lagi bersemangat..

  9. Hayatie says:

    Hanna: terima kasih yer, insyallah..moga kita lebih bersemangat utk beri yang terbaik buat anak kita🙂

  10. Ely Hasrul says:

    apehal nk segan plakkkk… xpe aku simpan aje smpai jumpa ko blk tahun depan.. aku kire2 paling cpt bln 2 sbb besday sami, aku buat partey azri kena datang hahahaha

  11. MatAhaRiKu says:

    Tahniah wak…dah 14bulan masih EP..bertuah azri..

  12. Hayatie says:

    terima kasih yer jun!🙂

  13. m@Ri@ says:

    semangat maria..maria br 4 bulan susukan aqil..hrp dpt terus susukan dia..;)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: