Aksi Azri & Mode Recovery

Wah, wah, semenjak dua menjak azri dapat kaki ni, laju dia nak berjalan. Yang tak tahan tu tak kasi pimpin tangan dia tu. Dia nak jalan sendiri. Mula-mula bila kami kasik lepas dia jalan kat luar (ie kat shopping Mall ke) dia taknak jalan, tapi dia taksub dengan lantai shoping complex yang berkilat tu, asyik dia nak sapu2 je dengan tangan. Jadi kami tak beri dia jalan, kene duduk dalam troli (stroller dia takmau naik dah, merengek mintak dukung) kalau dalam troli ok.

Sedikit-sedikit, azri sudah mulai kurang taksub dengan lantai yang berkilat bila kami beri dia turun. Dia dah lebih fokus pada keadaan sekeliling dia daripada lantai yang berkilat2 tu. Kebetulan aku ke maybank sungai Long, syiok betul jalan-jalan pusing dalam, kebetulan hari tu bank tu tak ramai orang pun.

Alhamdulillah, selepas 72 jam dari suntikan itu, lengan aku tidak menunjukkan apa-apa, bengkak, merah dan sebagainya. Menyebabkan aku mengelat untuk pergi klinik pada pagi ini, aci tak! Dengan alasan lengan aku takda bengkak ke pape dan aku aku rasa mulai semalam, batuk aku mulai reda sedikit, tekak mulai kurang gatalnya. Ujian-ujian tu betul-betul bikin aku cuak je, tapi bagus juga sekurang-kurangnya klinik kerajaan lebih prihatin walaupun hanya bayar rm1 sahaja.Buat pertama kalinya aku batuk yang tersangatlah lama, dan selepas 2-3 jenis ubat batuk baru ianya mulai reda. Mujur reda, jika tidak mau aku ketagih ubat batuk agaknya..huh!
Disaat aku mula dalam mode recovery, aku mula merasa kemuruduman susu aku buat pertama kalinya setelah tempoh setahun satu bulan. Walaupun aku masih dalam sesi 8x kadang-kadang 7x masa tak sihat tempohari. Adakah ini satu petanda untuk menandakan sesuatu, mungkin kembalinya period pertama kali aku barangkali? Aku menyaksikan kemerosoton seauns dua dalam setiap sesi pumping semenjak diakhir-akhir waktu sakit. Jika dikala pagi aku aku selalu dapat 5 oz, kali ni hanya 3.5 oz dan apabila menjelang petang ianya lebih sedih lagi, cuma mak 2 oz. Takpa, aku melihat secara positif, takkan selamanya susu aku will be at peak kan. Hopefully ianya hanya bersifat sementara sahaja. Aku masih gigih lagi mengepam.

Dan aku masih tidak dapat catch-up stock sebelum trip ke langkawi, dalam fridge cuma ada 2-3 botol fresh EBM sahaj, kadang-kadang ianya tiga dan kadang-kadang ianya jadi dua. Dan juga stok frozen buat penguat semangat. Takpala, buatla yang mana terdaya!

5 thoughts on “Aksi Azri & Mode Recovery

  1. luvhaziq says:

    salam…lama xmengomel dlm blog mu nie…ha..ha…nnti mu akan rasa plak le 'penat'nya kalau g bersopping dgn anakmu itu.rasa nk tggal je kt kaunter tau tak

  2. Hayatie says:

    haha tie, skang ni pun, ada skit-skit dah terasa..dulu masa asyik kene dukung, komplen letih, ni dah takyah dukung plak, lagi letih ek gamaknya..huhu!

  3. CatlinaFly says:

    wah azri dah dapat kaki!e-ein lak tgh nak belajar berdiri..btw,kuatkan semangat k, bykkan makan n minum mknn yg membykkan susu..chaiyok2

  4. puan punyer says:

    ku juga dah 2 bln batuk x baik2 nih. risau sangat.. nak makan ubat apa neh

  5. izzahazfar says:

    yes…yang penting positff…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: