Batuk & Ujian saringan Tibi

Setelah 3 hari berlalu setelah aku pergi ke klinik tempohari, batuk masih juga tidak pulih2, malah ubat batuk yang diberikan klinik tu sudahpun habis dan juga setelah berbakul-bakul leteran mak menyuruhku pergi ke klinik kesihatan kerajaan sahaja, cepat baik kata, huhu! Harini aku mengagahkan diri untuk pergi ke klinik kesihatan, Jalan Semenyih. Aku amat bercinta untuk ke klinik kerajaan kerana tak tahan untuk menunggu giliran yang terlalu ramai. Seperti yang dijangkakan, aku sampai tepat pukul 9am dan nombor giliran aku adalah yang ke-90 dan nombor yang sedang dipanggil adalah 52.

Dengan keadaan tekak yang gatal terbatuk-batuk, aku menunggu dengan penuh sabar. Encik husby pesan suruh aku pakai mask dan dalam keadaan klinik yang ramai mencecah ratusan orang itu boleh dikira berapa sahaja yang pakai mask, adalah dalam 4-5 orang termasuk aku. Dalam keadaan antibodi yang tidak kuat ini, aku tak berani nak ambil pape risiko. Sebelum masuk ke pintu klinik ada tertulis ‘Pesakit yang mengalami demam, batuk & selsama sila ke kaunter saringan terlebih dahulu’ dan aku pun terus menunju ke tempat tu yang tiada orang pun cuma sesorang jururawat yang memakai mask sahaja, dan aku cuma katakan aku cuma batuk & selsema berpanjangan dan suhu badan yang diambil juga normal.

Masuk harini sudah hampir 10 hari batuk ku tidak baik, lagi 4 hari genap 2 minggu. Setelah penerangan panjang lebar ke doktor, pelbagai ujian aku kena buat, ujian chest x-ray, ujian darah, Mantoux test (ujian saringan TiBi). Result x-ray menunjukkan lung normal.

Sempat acik google sat pasal prosedur-prosedur ni. Yang atas ni pula adalah gambar hiasan untuk mantoux test dan ianya bukan tangan aku, haha! Tak sempat la plak nak menye-nap gambar. Ini adalah ujian untuk mendiagnose TB jika chest x-ray tidak menunjuk apa-apa untuk mendapatkan lebih kepastian. Sejenis serum tuberculin akan disuntik ke lengan dan setelah 72 jam baru keputusannya boleh dibaca. Bagaimana untuk membacanya, jika seseorang itu positif dijangkiti bakteria TB (Tubercle Bacilli), kawasan lengan yang disuntik itu akan mengalami keradangan/bengkak/kemerahan seperti gambar dibawah ni.

Dan aku perlu kembali ke klinik selepas 72 jam iaitu pada 12 hb ini untuk doktor mengetahui resultnya. Selain itu, dua bekas dibekalkan untuk aku kerana aku perlu menghantar sample kahak 2x iaitu pada keesokkannya dan juga pada 14hb dan temujanji yang seterusnya pada 15hb…waduh! 17hb dah nak berangkat ke Langkawi, harap-harap sumenya pulih before that day. Kalau tak, terkubur lagi la hasrat nak pergi bercuti-cuti Malaysia kali ni, sob sob!.

Dan ini baru rupa lengan aku selepas 7 jam selepas suntikan Mantoux test (yang aku bulatkan wane merah yang tak berapa nak nampak tu, huhu!). Tidak menunjukkan apa-apa lagi. Hopefully ianya bukanlah TiBi, amin!. Harap-harap ianya cuma batuk biasa yang mengambil masa yang agak panjang untuk baik dan ini adalah pertama kali aku batuk dan mengambil masa yang agak lama untuk baik, selalu 4 ke 5 hari je dah pulih, tu pun takyah gi klinik pun.

_________________________________________________

Dan ini sedikit info mengenai penyakit TiBi:

Bagaimana TIBI Merebak ?

Bakteria TIBI disebarkan melalui udara. Pesakit TIBI yang menderita akan mengeluarkan berjuta-juta bacteria TIBI terawang-awang di udara seketika apabila bersin atau batuk. Individu yang menyedut udara tercemar ini mempunyai peluang dijangkiti bacteria TIBI. Biasanya pesakit TIBI boleh menyebarkan bacteria TIBI kepada individu yang berhubung rapat dengannya.

Tanda-Tanda TIBI

  • Batuk yang berterusan lebih dari 2 minggu
  • Kahak yang mungkin mengandungi darah
  • Demam dan berpeluh di sebelah petang dan malam
  • Susut berat badan dan hlang selera makan
  • Mengalami sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang
  • Mudah menjadi letih

Cara Mengesan Penyakit TIBI

Jika anda mengalami batuk yang berterusan atau tanda-tanda yang disebutkan tadi hendaklah :-

  1. mendapatkan pemeriksaan doktor
  2. melakukan pemeriksaan kahak untuk mengenalpasti bakteria TIBI
  3. menjalani pemeriksaan x-ray dada


7 thoughts on “Batuk & Ujian saringan Tibi

  1. izzahazfar says:

    SEMOGA LEKAS SEMBUH KAK….SUSU CAMNER?ZAH PY HAMPIR MERUDUM NI…SEDANG POSITIF BALIK…SAMBIL2 GUNA 3 JENIS BP SEHARI..HAHHAA…FS PAKAI..SPECTRA PAKAI..AVENT PUN PAKAI…HUHUHU..POSITIF2…WALAU KEPALA PUSING SEBAB SELSEMA DAN DEMAM..

  2. Yokoyopoyo says:

    babe, aku penah kena suntikan tibi tuh dolu-dolu dah lama dah…. kalau ko berada dekat2 ngan org tibi pun tempat cucuk tu bleh membulat dengan jayanya. sebab ubat tu berinteraksi ngan kuman tibi.. nanti esok doc akan kasik ukur diameter bengkak tuh.. aku dulu fail sebab berdekatan ngan org tibi, bengkak jadi nak dkat 2 cm.. terus doc refer aku ke jabatan tibi negara nun dekat2 hospital tawakal sana.. perghhhhh ngerriiii sebab org sekeliling semua batuk kung kung kung.. takut beb, takut kita yg sihat x de pepe, tetibe gi situ sangkut plak tibi kan..so ko dok umah dendiam tau, jgn kuar rumah.. hehehehe..

  3. Salwa says:

    Syafakillah wa Afakillah Hayatieget well soon

  4. ezan says:

    semoga cepat sembuh. harap2 xde la penyakit tibi tu.. mintak dijauhkan.. amin

  5. Rozy says:

    moga cepat sembuh yaaa yatie

  6. Hayatie says:

    zah, shaza, salwa, ezan, rozy sekalians, terima kasih yer, alhamdulillah..rasa bukan sebab tibi, maybe batuk yg berpanjangan yg lmbt nak baik sbbnya lengan tu timbul bengkak ke pe cam shaza cakap tu..mudah2han laa…

  7. ibuaiman says:

    dari gmbr lengan tu, maknanya mantoux test negatif…ujian kahak macamana, ok?agaknya u batuk lame ni sbb asthma kot…kdg2 kita tak sedar, pesakit asthma usually their lungs are sensitive pada habuk, cuaca sejuk even to certain of food,then make them cough…like my mother in law, selalu batuk2 kdg2 lebih dua minggu sejak dari muda lagi, of course not due to TB but her lungs is so sensitive

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: