Klinik & aktiviti KSPSI

Hari ini, aku mengagahkan diri ke klinik jua akhirnya, setelah seminggu berlarutan batuk-selsema tak pulih, malah makin teruk. Aku risaukan takut akhirnya berjangkit kat azri pula. Terachun pula dengan kata orang tua2, bila dah jangkit kat orang lain nanti, baru diri sendiri baik, yekah…ngeee!. Bukan takmahu ke klinik, kemut dan sebagainya, tapi rasa cam malas nak peruntukkan waktu untuk berjumpa doktor semata-mata batuk/selsema, dengan harapan, kalau beli ubat farmasi je setel lah, buleh kah!

Masuk ni, ubat batuk dan ubat selsema yang kedua aku makan, setelah ubat farmasi yang tak jalan tu. Aku selalu kata antibodi encik husby tak kuat, skit-skit nak demam, kena hujan skit, nak demam, bla bla..haha! Kali ni aku kena pula, setelah sekian lamanya. Hokehla tu, dua tahun 1x je, sambil mencari-cari bakul kot2 ada yang boleh dimasuk . Orang kata (orang kata lagi daaa) kalau orang-orang jarang sakit (demam, batuk bagai) ni, bila dia sakit, lambat betul nak baik, compare tu orang yang selalu sakit, tapi dia cepat baik, ye kah!

Pas check-up2, Dr Aziani tanya, aku ada belog kah, yang citer pasal pap-smear-CIN bla bla bla! Sebab dia ada terbaca satu belog yang citer pasal tu masa mengugel-gugel pasal ‘klinik Aziani’, hehe!. Ya ya, rupanya aku ler orang ituw, huhu! Tahun lepas, aku buat pap smear untuk kali kedua kat Klinik Aziani tu lah. First time gi klinik ituw and now kalau ada pape sanggup gi klinik tu walaupun aku kat kajang dan klinik tu kat Bdr. Tun Hussein Onn. Service and layanan best dan dr. nya sangat ler lemah lembut! Okay dr. if you happen to read this again, thumbs up for you!

Pas balik dari klinik, hari ni lak aku ada meeting KSPSI Hospital Serdang lagi pukul 3pm, rasa cam nak pergi ke tak. Macam tak larat, sekejap larat pulak!. Nasib yus call nak konfem kedatangan, terus aku cam ‘okeh..saya tengah on the way ni’..huhu, padahal jam dah pukul 3pm pun!. Rasa kalau dia tak call, aku dah berat nak pergi seberat kepala dan mata yang takleh nak bukak, sebab baru je makan ubat. Terus aku zaasss pedal minyak, sampai hospital kol 3.30pm.

Eh, dulu aku nampak banner ni ada kat belakang-belakang skit dari pintu masuk utama hospital ni, kalau tak salah kat blakang kaunter pertanyaan tu. Kali ni dah kedepan betul. Baguss! Baru ler semangat! Sampai aku cam ala-ala ‘assessors’ cam hape je, kunun nak snap banner ni. Sebab banner ni betul-betul kat tengah-tengah2 laluan orang laktu, kiri-kanan orang tengah duduk. Dah ler camera hp aku ni takleh zoom dah, button dah rosak (gara-gara lontaran azri). Terpaksalah aku mengadap betul-betul bawah banner ni, sorri acikk eksaited satt mengalahkan kakitangan hospital..haha!

Menyelit sat pasal debaran menanti hadiah itu, kelakar la plak, ramai plak yang sama-sama saspen menanti, hihi!. Takda apa pun, sekadar hadiah yang telah dijanjikan oleh encik husby buat isterinya yang terchenta! Bila tiba masanya pasti aku kan tepek dibelog jua, jangan kalian muntah plakss yer, ahakss!

One thought on “Klinik & aktiviti KSPSI

  1. asmaa says:

    assalamualaikumdalam tak sihat, busy rupanya…hehehe, xcaited rajin2 makan ubat yer…selain tu, madulia hpa pun boleh cuba dimakan utk batuk/selsema/resdung

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: