13m.o + O&G check-ups

Its 23rd entry again, means azri dah setahun sebulan, hehe! Best..best! Misi EP fasa kedua tinggal lagi 5 months to go. Azri now dah berjalan dengan lebih konfiden. Kurang merangkak dah. Kelakar lak bila tengok dia berjalan, cam orang tua pun ada..hehe! Alhamdulilah, azri membesar dengan sihat sepanjang tahun ni, cuma sekali je dia demam tuhari, hopefully jangan la demam lagi, huhu! Sekarang dah tak makan bubur kentang blended dah, dah leh buat bubur nasi tanpa diblend tapi mesti ada lauk-pauk cam orang tua, contoh sup ker, lauk kicap ke, kurma ke. Apa-apa lah yang tak pedas, kompem laju je dia makan bubur dia. Now dia makan 2-3x sehari. Alhamdulillah nampaknya tak cerewet makanan lagi, sume amik tolak batu kayu je. Berat last masa cucuk setahun bulan lepas dah 11 kg. Hilang segala penat-lelah mengepam!🙂

Owh, hari tu aku tepek video langkah pertama dengan konfiden azri kan, masa tu masih lagi jalan senget2 skit. Kali ni dah lebih konfiden, memanjang jer dia merayau-rayau satu rumah dengan berjalan kaki. Kira dah dapat kaki la ni. Cuma aku lom berani kasi dia berjalan kat luar-luar lagi, sebab takut dia ‘landing’ pada bila-bila masa tak kira dimana, lagi haru. Cam biasalah, abaikan la ‘hiasan ala-ala casa impian’ rumah ku iteww..huhu

Hari ini juga, aku ada check ups dekat klinik Gynae-onco & Colpo, HUKM. Hmm..regular check up every 3 months tak tahu la sampai bila, sepanjang hayat kot. Kalau ada yang baca back-dated post aku, aku ada story skit yang aku kena cervical intraepithelial neoplasia atau CIN kategori ke-3. Iaitu pre-cancerous cell sebelum menjadi kanser serviks. Syukur sebab aku buat pap-smear awal-awal. Tak sangka, setelah 3 year in a row buat pap smear and the result was normal before, this year punya pap result was abnormal pula, ada lesion di kawasan cervical.

Cam biasa, segala bagai alatan mengepam dah sumbat dalam beg feveret ni. Tapi tiba-tiba dah separuh jalan cari softfitnya takda..arggghh! Tensi betul. Lately ni acik asyik pelupa je apa2. Bukan the whole breastshield tu..kan FS dia punya corong i.e softfitnya leh bukak-bukak kan. Hancus program nak merewang pas habis checkup tu, terus kene balik je sebab nak memerah. Baru je berangan-angan nak gi tengok wayang dengan encik husby. Dia pun now cam nak demam la plak. Waduh!

3 thoughts on “13m.o + O&G check-ups

  1. Ely Hasrul says:

    dh laju dahh jap lagik kalu main bola ngan sami la nehhhh… gulp.. aku xtau psl abnormal ko tuh. kena baca blk entry ko neh.. bese buat pap smear pong leh dtg tetiba ek? hishh mintak2 xdek ape la ek.. aminnn

  2. suraiya said says:

    apa dr ckp pasal lesion tu?

  3. Hayatie says:

    ely: tu la..lebih baik cegah daripada melarat kan…Su: yang ada lesion tu kena buang..tu yang kena buat LEEP (loop electro excision procedures) cam minor surgery..under full G.A

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: