Lagi cerita PP

Ramai yang bertanya aku tentang Power Pumping atau Hyperstimulation atau kalau dekat mat salleh tu depa panggil ‘Power Pumping Boot Camp’ (ni kang orang kata aku dok asyik agung2kan barat je plakk…bukan le gitu, ilmu ni kan luas dan kata ‘tuntutlah ilmu sampai ke negeri China’ kan). Aku dah buat entri pasal power pumping ni. So aku cuba clarifykan lagi mengenai power pumping ni. Sebab ada yang tanya kalau single pump cemana, berapa hari nak kena buat tu, kalau dah buat pastu stop susu drop semula kah dan macam-macam lagi.

Aku takleh la nak esplen lelebih. Lebih2 pun adalah berdasarkan pengalaman acik yang tak seberhapa ni Ok, kenapa kita buat power pumping ini? seperti yang aku tulis dalam entri sebelumnya ni, idea disebalik PP ini adalah untuk mimic dengan kekerapan bayi yang menyusu (terutamanya pattern bayi yang menyusu ketika Growth Spurt). Atau dengan lebih saintifik lagi, PP memberikan stimulasi kepada stimulus di breast dengan lebih kerap, sedutan/hisapan yang lebih lama untuk mencetuskan dan menaikan kadar prolaktin yang akan dilepaskan dari kelenjar pituitary jadi secara logiknya, akan ada extra susu yang terhasil daripada biasa lah.

Berbalik kepada pam pula, pam bagaimanakah yang harus digunakan? Secara amnya, segala jenis pam pun boleh digunakan. Tetapi yang sangat-sangat dicadangkan jika mahu membuat PP ini, guna lah yang jenis double pumping. Boleh aje kalau nak guna single ke manual ke apa. Tapi terpulang juga pada mood kita. Nak buat PP ni amik masa yang lama (lama tak lama la, sejam je). Dalam masa tu kita kena relax. Kalau guna selain double pumping, dikhuatiri, kita jadi letih, ilang mood, so takda makna la juga buat PP tu kan. Unless la kalau kita ada mind control yang kuat ke, tu lain la cerita, guna pam apa pun takpa..hehe!

Aku terfikir plak, klu kita guna single pam, then kita pam sebelah 10 min, rest 10 min, pastu sambung pam sebelahnya lagi lak 10 min, bila rest 10 min kat, continue plak sebelah yang tadi tu semula…ulang alih-alih side sehingga sejam. Well, kalau diikut secara logiknya macam lebih kurang sama je. Tapi proven ke tak, aku tak sure lah yer!.

Secara faktanya, PP ni dibuat jika kita merasakan penurunan dalam milk supply kita. Mungkin ada sesetengah yang perlu buat PP ini 2-3 kali through out the period (kes milk production turun naik). Berdasarkan pada pengalaman aku pula, aku hanya PP one time sahaja. Masa awal-awal dulu. Masa tu total perahan aku sekitar 10-15 oz je sehari. Lebih extreme lagi aku buat PP ni waktu tgh malam in between pukul 1 am-5 am tu. Sebab pada waktu ini kadar prolaktin adalah lebih tinggi kan. Dan pada waktu ini lah sebenarnya yang dicadangkan. Walaupun agak sukar (dengan mata yang ngantuk lagi) tu lah namanya pengorbanan. Setiap kali 10 min yang rehat tu, aku set jam untuk tido sat. Camtu setiap hari, sehingga aku rasa ada peningkatan dalam susu lebih kurang seminggu lebih hampir 2 minggu juga la. Then aku stop, dan kembali kepada normal pumping routine day and night hingga kini kerana milk supply masih stabil, alhamdulillah!

Ok, kenapa pula, ada sesetengah yang merasakan penurunan semula setelah stop PP? Ini berdasarkan anggapan aku sahaja lah, bila stop PP, kebanyakan ibu-ibu kembali kepada routine pumping/nursing yang tidak konsisten semula. Dan juga faktor-faktor lain seperti period, stress, letih dan sebagainya semuanya boleh menjejaskan pengeluaran susu. Selain itu waktu kita nak ber-PP itu pun harus dalam keadaan yang tenang dan relax, tidak tergesa-gesa atau dalam keletihan ke. Sebab tu mat2 salleh ada yang kata ‘Power Pumping Boot Camp’. Kerana ada yang fokus pada hari2 tertentu untuk buat PP, contoh nya pada hujung minggu kah, atau waktu2 yang kita dijangka lebih free. Means dalam sehari tu hanya fokus untuk buat PP sahaja. By all means, dalam apa-apa jua usaha pun kita kena yakin, jangan 50-50, insyallah baru akan menampakkan hasil!

2 thoughts on “Lagi cerita PP

  1. asmaa says:

    assalamualaikumape kabar tie,lama tak ber ym yer…skrg byk 'free' lah yer…heheheinfo kat atas tu 'sesuai' skrg sy wat tak…hahahadolu-dolu ada buat tp salah cara, saya wat bila susu semua dah keluar…mana2 yg baki susu tu saya gilir2 pam…itu ikut logik saya jerk…hehhe…rupanya ada cara nak buat…insyaallah rujukan utk anak seterusnya🙂

  2. Hayatie says:

    Asmaa: wslm….ahah, skang ni tengah rehat dari YM sat..boleh je asmaa..takda masalah, in fact lagi bagus sebenarnya..kalau asmaa ada masa la…hihi!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: