I have a better point of view now

Tak tahu kenapa lately ni aku macam boring nak layan blogging boring-boring kuar juga entri, ngeh! Maksudnya tak se-excited as before. Even YM/FB pun aku maleh nak update tapi kebun tetap maintain,ngeh lagi! Macam kena post partum blues plak. For the first time aku rasa aku boring mengadap laptop. Tapi masih takleh tinggalkan perkara-perkara rutin bila online seperti berbalas e-mail, check forum kat SI kot2 ada yang boleh dijawab, cuma takda mood nak berYM, so orang pun takleh nak ping2 aku dari Pingbox aku dekat blog sebab aku tak online YM.

Sekarang ni tetiba angin nak beri lebih perhatian pada kerja-kerja rumah yang sebelum-sebelum ni aku buat 50-50 je dek kerana nak cepat2 duk depan laptop semula, buleh kah!. Yang kadang-kadang aku rasa sebenarnya kebahagian tu bermula dari rumah, aku perlu isi kebahagian dalam rumah itu semula dengan cara memberi lebih perhatian semula kepada rumah aku, hehe. Bila aku mula rasa unhappy, aku mula sedar yang aku dah lama ‘mengabaikan’ rumah aku ni. Apekah kaitannya!haha, tak tahu ler. I just type whatever came across my mind right now.

Pagi ni aku basuh dan sidai semua cd2 yang aku perap (kes perap 2 hari basuh sekali, hehe!) Perasaan aku menyidai baju kali ni lebih bermakna taktahu lah mengapa, mungkin sebab aku memberi sepenuh hati semasa melakukan kerja itu tanpa sedikit pun aku hati aku teringatkan apalah al-kesahnya YM yang aku tinggal kan sekejap tu, yang tengah diBuzz oleh peminat-peminat,ekeke kawan-kawan atau visitor2 dari pingbox di blog aku.

Sempat aku berkira-kira duit yang telah aku jimatkan semenjak telah berfully Cd’ing nih. Dah lama aku tak beli disposable diapers lagi since aku mula fully bercd dari bulan march-april tuhari. Terus rasa kembang hidung sat betapa beruntungnya encik husby mendapat isteri yang pandai berjimat-cermat ni tanpa mengira penat lelah setiap hari mencuci cd, ngeee!. Tu belum campur penat lelah mengepam siang & malam untuk sentiasa membekalkan susu pada anak walaupun anak tidak mahu direct lagi. Memang encik husby beruntung betul mendapat isteri yang begitu positif & komited dengan apa yang dia lakukan! Masuk bakul sat!. Eh, tiba-tiba terasa diri ini mahukan pengiktirafan atau award diatas segala pengorbanan yang dibuat, buleh kah, hehe!

Aku terus berkira-kira lagi, sudah hampir 9 bulan aku tidak membeli disposable diaper. Jika setiap bulan aku peruntukkan rm150 (aku guna dispo yang murah2 je,hehe! Masa newborn tu je guna ala-ala mahal sket, hehe) jadi aku telah berjaya menjimatkan rm1350 sepanjang 9 bulan ini. Aku ada 24 keping cd yang aku beli berjumlah rm792. Jadi penjimatan yang sebenarnya setelah ditolak modal adalah rm558 untuk sepanjang 9 bulan ini. Hah, tu belum masuk bulan2 yang seterusnya. Dan juga sebanyak rm2400 duit FM sepanjang 12 bulan juga telah berjaya aku jimatkan. Oleh kerana aku EP sejati, kos untuk alatan mengepam dan sewaktu dengannya berjumlah rm2500. Eheh, terhover la plakk kan! Tapi benefits yang didapati dari susuibu itu adalah lebih dari duit yang di-spend untuk memaintainkan susu badan itu sepanjang 12 bulan ini supaya sentiasa ada. Priceless!

Tengah-tengah sidai baju tu lagi, abang posmen terus datang bawa bungkusan. Dalam hati, rasa macam takda apa yang aku beli. Nak kata menang contest apa ke, jauh skali laa, hihi! Rupa-rupa gift dari kak yus untuk apa pun aku tak pasti. Terus rasa happy lak dalam tengah mandom-mandom blues tu, dah rezeki, terima kasih yer kak yus!

Lepas tu sambung layan azri main, dia tengah cuba amik mangkuk penutup mainan dia nak buat jadi topi kot. Pun rasa macam dah lama tak layan azri betul-betul, nasib ada nenek dia melayan selama ni. Alhamdulilah Azri pun membesar dengan sihat, dah 11 kg, tapi tak nampak chubby dah, cuma panjang je lebih! Baru belajar-belajar nak bertatih, jalan 2-3 langkah, lepas-lepas tangan! Rasa macam dah lama pula nak citer pasal perkembangan dia, hmmmm. From now on, aku rasa aku perlu berubah, change my perspectives and point of view about life!

6 thoughts on “I have a better point of view now

  1. maryaaa says:

    Yati, aku pun sama laa..sejak aku benti keje asik kejap2 online..kata nak jaga anak sepenuh hati, ini tidak FB sepenuh hati, heheh. Ku mmg bkn kaki bloging (bis only), so takder la gila berblog. tp ntah hapa2 aku buat online, dl lagula, video la, tgk baju la, ntah hapa2 kan. ku pon nak balik ke pangkal jalan hahah

  2. Ely Hasrul says:

    aku pon nk kire la bape dh papi spend.. ahhah bukan nk kire ape yg telah dijimatkan.. xdek kot.. hahahahhahahaha susu je la kot..

  3. Hayatie says:

    maryaaa: moh2 kita kembali ke pangkal jalan..hehe!Ely: takpala..anggapler itu sebagai bonus kerana menyusukan anak…buleh kah gitu…heheh! Jimat-cermat beb…

  4. diLa says:

    nk tny, CD shinies tu best x? (sori, pertanyaan xdek kaitan ngn tajuk huhu…)

  5. Hayatie says:

    dila: lom try lagi…baru pre-wash2 dulu..tapi mcm best..sbb cam lain dari yang slalu guna tu..sbb part adjustable size dia tu, dia guna zip instead of button….yang lain2 inner & outer part tu, cam sama je dgn cd coola

  6. yus says:

    Ish…ku bg,kamu terima aje laa..kan aku tgh weeng masa tuh.tu ialah cara utk membasuh jiwa yg lara!!sudah pakai kasi review.Azri mesti pakai saiz L punya, jadi tak perlu nak zip2 kan lagi..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: