Techni Ice

Dulu aku tak sempat nak buat entri pasal techni ice (masa beli techni ice dulu takda belog lagi, hihi). Maklumlah, acikk kan jaki segala benda nak letak masuk dalam blog. Hari ini aku beli lagi techni ice yang baru (harga rm30 kat SI bangi) setelah techni ice yang lama tu kebanyakannya dah koyak2, dah setahun. Dari 24 ketul tu tinggal lah tak sampai 10 ketul yang masih elok lagi. Untuk pengetahuan kalian, aku hanya suka 2 jenis ice pack sahaja iaitu Coleman Brite Ice dan juga Techni ice sheet ni. Sebab yang ni je yang aku rasa tahan lama sejuknya dalam cooler bag. Lagi satu techni ice ni boleh dipotong2 ikut brapa besar yang acik suko!

Mungkin ramai yang tak tahu techni ice ni camana. Kenapa dia ada 24 ketul pulak ek. Techni ice ni kalau kita beli mula2, memang ianya berbentuk seperti sehelai kertas sahaja macam gambar dibawah ni.

Lepas tu kita kena sediakan air dalan besen yang besar dan kemudian kita masuk kan techni ice sheet tu kedalam besen tadi cam gambar dibawah ni (skema nya aku).

Pastu kita renyuh (gonyoh) cam ni kat dalam air tu
Sampai kita mula terasa yang air tu dah menyerap masuk ke dalam sheet dan semakin mengelembung
Selepas kita dah gonyoh-gonyoh sheet tu sampai gelembung tu jadi tegang (means air dah terserap sepenuhnya kat dalam tu), lepas tu barulah kita masuk dalam fridge bekukan. Ingat tak aku kata dia ada 24 ketul? hah, selepas dah mengelembung tu barulah dia nampak berketul-ketulkan yang jumlah kesemuanya ada 24 ketul. Selepas ia keras, kita boleh potong ikut berapa ketul yang kita nak masukkan dalam cooler bag (bergantung pada size cooler bag kalian lah). Cooler bag aku besar, so aku selalu bahagi dua je sheet tu means 12 ketul each, dan 12 ketul tu aku bahagi 2 lagi, 6 ketul each (kalau time bawa cooler bag kecik plak).


Untuk pengetahuan kalian lagi, aku selalu kombine kan icepack coleman brite ice dengan techni ice sekali dalam cooler bag (acik suka extra sejuk, hihi). Keburukannya, cooler bag aku jadi lagi berat ler. Sebab brite tu berat (bergantung pada size la). Aku ada 2 ketul brite ice yang besar tapak tangan tu dan satu yang kecil (hampir separuh dari size yang tu).

Selain tu aku ada ice pack medela yang lekuk2 tu, dapat sekali masa beli FS. Ice pack ni ok juga, aku hanya guna kalau gi jalan dekat2 yang tak lebih dari 3-4 jam sebab ianya cepat cair dah! Kalau balik batu pahat (3 jam perjalanan) aku letak 2 ketul brite ice besar, 1 kecik dengan techni ice selepuk tu masuk cooler beg besar Alfio Raldo, lepas tu cover dengan napkin, atasnya aku buat letak botol2 kosong untuk mengepam dan corong-corong pam skali dalam. So memang super dooper extra beratlah cooler beg aku tu. (i tak kisah, janji EBM2 i sejuk dalam tu,ngeeee!). Sekian lah entry acik pada petang ni.

13 thoughts on “Techni Ice

  1. Ely Hasrul says:

    whoaaa cmne ko amik gambo time gonyoh2 tuh? hehehehe.. aku nye ice pack mlo. dpt free. aku baru guna skang sbb opis xdek fridge. cis cikai tul opis tuh. buat masa nih mmg sedap aje sejuknye smpai keptg.. tapi almaklumle beg aku kecik aje… :p

  2. Lady Qay says:

    sy guna juga..best sb bole ptg2..tapi yang tak sukanya sb dia suka pecah..abis kuar jel2 tuh..geli wehhh

  3. Hayatie says:

    ely: haha, tu rahsia jurukamera pro kah kah!Lady Qay: aha.techi ice saya bertahan sehingga setahun..oklah setahun skali,,hihi!

  4. izzahazfar says:

    zah pun ada beli techi ice ni..hehehe..baru ajer beli sebab konon2 nak guna masa nak transfer susu dari kluang johonr ke penang…ok la..tapi actually zah guna ise batu yang byk…huhuhu..alhamdulillah..susu dapat ditransferkan dgn mudah..

  5. izzahazfar says:

    kak nak tambah..masa mula2 beli..jakun gak..camner nak guna..hehhee..tapi klu skrg dah terror dah…hehehe

  6. diLa says:

    giler kentang!!!smbil gonyoh leh snap gmbor…hahaha!!! tp kn, biase nye ku potong dlu sblm gonyoh..so, hny gonyoh yg mne perlu jer..almklum la..ku bkn gune byk mne pn..sbb ku msih dlm proses membyk kn susu, huahuahua!!!

  7. suraiya said says:

    rasa macam nak beli jer!nampak bestskarang guna MLO ice pack…tak best la!

  8. Hayatie says:

    zah: akak pun dulu jakun juge..hihi. tp techni ice mmg feveret ice pack akak ler…dila: chaiyok2!..rajin2 mengepam yer!..insyallah pasti boleh jika ada kemahuan dan keyakinan!su: Hah, boleh je klu nak try..hihi!tak kenal maka tak cinta…lain orang lain citarasanya..hihi!

  9. izzahazfar says:

    kak yatie..dengan izin zah cilok gambar ni boleh..?sebab camera zah cable nyer rosak…maaf ya…!zah akan link kan nama akak dalam entry itu..tq!

  10. Marina says:

    salam…saya pun guna techni ice ni jg. mmg tatau nk buat camne mula2 tu. tp kat techni ice tu dah tulis cara2nya. oleh sbb tak berapa nak pandai, ada la beberapa part ketulannya yg tak berketul betul2. sbbnya… saya tak betul2 bagi air meresap msk dlm tu. so, pas ni kalo beli baru kena pastikan air dah meresap kat semua ketulan tuu. sbb bila kite dah start masuk dlm peti ais nak wat balik proses mula2 tuu mmg dah tak menjadi dah… saya la tu mencuba tuk kali kedua :)))

  11. Afne says:

    kena beli ni.. utk training next tuesday. dh pesan hubby soh singgah kt mybbstore.combtw, thanx yatie utk entry ni.

  12. nuriman says:

    sori..nak tnya..SI bangi tu kt mana / apa ye ?tq

  13. Hayatie says:

    Nuriman: SI tu kedai susuibu.com di bangi berdekatan dengan az-zahra

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: