Portable, Cordless Bottle Warmer

Dah lama aku mencari portable warmer means yang cordless. Bukan travel warmer yang cucuk kat cigarette plug dalam kete tu, Kalau untuk travel, warmer snow bear aku ni pun leh guna kalau dalam kereta. Ni yang boleh aku letak dalam beg dan guna dimana2 tanpa perlu cucuk kat plug. Yang jenis totally portable contoh macam kalau ada yang boleh guna battery ker. Tapi aku rasa memang tak akan jumpa kot warmer yang battery operated ni, sebabnya elemen-elemen yang memanaskan ni selalu memerlukan kuasa yang banyak, kalau guna standard battery AA tu, memang habislah jawabnya. Jika berEP, warmer adalah item kedua yang aku rasa amat berbaloi selepas breastpump. Boleh je kalau nak rendam air panas, tapi ianya sungguh tak praktikal bagi yang EP, jawabnya asyik kena jerang air je la.

Aku pernah jumpa satu warmer ni masa gugel2 kat internet, namanya second nature portable (gambar diatas). Warmer ni cordless, dia guna thermacell catridge (nampak tak yang mcm mentol lampu sebelah kanan tu). Catrigde ni lak boleh guna 20-30 kali warming. Kalau beli satu set mula-mula ada lah sekali dengan catridgenya. Lepas tu leh beli catridgenya sahaja. Dimensinya 5 x 4 x 2 inches, dan beratnya 1 pound. Okla kot, dari kena bawa termos, mug bagai kalau keluar. Aku tengok ni dah lama, masa awal2 tahun dulu, masa tu product ni ada lagi kat Amazon, kat Target tapi now ‘currently unavailable’. Cuma tinggal product descriptionnya sahaja. Kalau ada pun kat satu kedai online ni je, tapi tak accept international orders plak.

Kenapa yer tiba-tiba takda stok. Lepas tu ada satu bad review pasal produk ni dekat amazon dari 4 review, yang lain-lain kata bagus, yang mamat ni kata k.o, maybe product dia defect kot! Nasib gak tak beli awal-awal dulu. Sampai laa ni aku tak jumpa lagi warmer yang cordless. Aku masih lagi kena angkut termos&mug untuk rendam EBM kalau kat luar. Tu pun kdg2 aku tak guna, just buat spare. Sebab selalunya aku mengepam sebelum keluar, dan gune je ebm tu terus kalau azri nak susu, since leh tahan sehingga 4 jam kan dan aku akan pam lagi untuk seterusnya. Ebm dalam cooler bag tu cuma buat spare je, guna kalau-kalau yang azri minum tu tak cukup. So adakah so-called portable cordless warmer yang lain ni?

3 thoughts on “Portable, Cordless Bottle Warmer

  1. wah, ni cukup berguna utk moms EP.

  2. luvhaziq says:

    moga mu berjaya 'sambar' benda alah nie

  3. Ieda says:

    yatie…mana nak dapat yer ice tu…ieda pun nak cari gak…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: