Fasa Baru

Ish ish, awal berblog niat dihati nak buat entri satu hari satu, tapi makin lama makin selow…kikiki! Jom layan cerita boring aku pada hujung minggu tanpa hubby terchenta, uhuk! Eh ceh ceh, cam tak biasa lak! Sabtu semalam aku dengan mak pergi carefour yang baru bukak kat BTHO tu. Aku dah pegi dulu masa dengan hubby, saje nak teman mak. Tak beli apa pun, sebab baik aku belanja kat tesco sebab aku dapat kupon rebat rm10 untuk pembelian rm50 ke atas, aku dapat 3 kupon skali gus, acik sukoo!

Aku jarang pi hypermart time2 weekend ni sebab ramai orang. Tapi best juga, sebab time2 ni lah selalu promoter2 brand ni buat demo tu ini, so dapat ler rasa itu ini juga. Jalan2 kat tempat dairy products, aku dapat sample fresh milk with oat ni. Wahh, acik suko lagi! Sebab aku memang peminat susu, especially fresh milk. Every day mesti minum susu campur oat. Dulu susu je, tapi now sebab tengah lactating kena lah aku campur oat, sebab oat memang proven to increase breastmilk. Yang tak best aku bukan peminat oats! Tapi demi anak ku turutkan!

Berbalik kepada cerita fresh milk dengan oat ni. Rasanya memang sedap. Selalu fresh milk kan takda glucose kan, tapi ni dia added sucrose nak kasi manis skit, tapi tak manis sangat! Kalau tak silap aku, sucrose is combination of glucose dan fructose. So memang sedap. Ditambah dengan ada oats kot kot la boleh up kan susu aku..hihi! Tapi acik berani beli sekotak je dulu. Apesal? sebab harga dia rm5 lebih. Wah, botak encik husby kalau hari2 minum ini..kikiki! Sekali sekala buleh la yer! So, setelah mencoba sekotak susu ni ada pertambahan kah pada susu aku? hmm, biasa je, serupa macam kalau aku minum original oat campur dalam susu la. Bezanya aku terus minum je yang ni, hihi!

Habis cite pasal susu, nak cite pasal misi EP untuk fasa seterusnya. Selalu aku memang set misi setiap 6 bulan supaya dalam masa 6 bulan tu aku akan cuba giatkan usaha semaksimum yang mungkin untuk memastikan aku dapat sustain sehingga 6 bulan dan begitulah seterusnya. 6 bulan adalah jangka waktu yang boleh dicapai dek akal berbanding jika aku set untuk setahun terus, rasa macam berat dan lama je waktu itu! Dah habis fasa setahun, sekarang bermula fasa kedua, iaitu untuk 6 bulan seterusnya. Untuk itu, aku dapatkan buku hitam yang baru untuk mencatat sesi pumping aku selama 6 bulan berikutnya ini. Oleh kerana buku lama dah habis helaianya. Lihat tahunnya 1999. Aku korek-korek dalam lemari arwah abah, rupanya dia banyak dapat buku harian rasmi ni, tapi dia peruk je tak guna, ada banyak tahun lak tu! Okla, janji dia warna hitam macam buku lama ku..huhu, mentalnya! Ok semua dah set kan, on your mark, get set, go…..!

Now, cite pasal my triple A, Azri dah dapat skit kaki lagi. Bukan berjalan, tapi dah dapat kaki memanjat pulak. Aksi memanjat pertama yang dicubanya dengan bersungguh-sunggu caught on tape, hua hua! So sekarang kalau dia meniti kat meja tu atau sofa ke, dia akan angkat kaki dia untuk panjat naik ke atas tu, bahaya betul la dia skang! Layanss….

3 thoughts on “Fasa Baru

  1. Mama-Miya a.k.a Jedi Hopeful says:

    yay usaha tangga kejayaan..memanjat tu nak sabotaj lappy aa tu.

    jaga2 skit lantai rumah tu tiles..bedentum tu sakit.cuba2 alas karpet skit..

  2. zai says:

    TAHNIAH HAYATIE…dah hampir lengkap amanah dari Allah yang awak buat…. dapat bf baby sampai hampir 2tahun… saya tak berkesempatan lagi, minta diberi kelapangan kali ini pula….

  3. Hayatie says:

    mama-miya: ye..tepat skali..dia memang dendam lama dah dgn lappy tu

    zai: terima kasih zai, insyallah…mudah2 zai juga dapat kesempatan yang sama kali ini…🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: