Mode Happy

(Sesi pump 8.30 mlm smlm)

Tweet..tweet, nak tepek gak! Aku sangat gumbira hampir kesemua sesi perahan aku berbeza berbanding hari-hari biasa. Adakah disebabkan aku sangat happy? Yang atas tu sesi pump 8.30 malam, macam tak caya je terus dapat 6 oz pada waktu ini. Sebab selalunya bila dah petang ke malam, selalu dapat 3 oz kalau maksimum pun 4 oz. Acik sukoo!

Ni ‘kronologi’ sesi pumping aku untuk seharian semalam:

6 a.m : 7 oz
9.30 a.m : 4 oz
12 p.m : 3.5 oz
2.30 p.m : 3.5 oz
5 p.m : 3 oz
8.30 p.m : 6 oz <—–Dah lama tak dapat camni, adalah dulu sekali time2 ni sbb makan tauhu bakar
12.30 a.m: 4 0z
4.00 a.m : 4 oz
——————-
Total = 34 oz
——————-

Alhamdulillah! Selalu 28-30 oz je sehari-hari! Kesimpulannya aku rasa sebab aku ‘extra’ happy kot dari biasa. Dengan kata-kata semangat dari kawan2 yang drop by, terima kasih banyak2! i heart uols! Lepas tu aku jalan-jalan ke blog2, terdetik nak singgah ke blog kak yus yang dah lama aku tak singgah, tup tup terbaca entri sedih beliau. Aku sayu betul tengok gambar kerdil itu. Terus aku terbayang kehidupan yang bakal si kecil itu lalui jika dia hidup membesar, terbayang wajah yang sempurna yang akan diwarisi dari kedua ibu bapanya..uwarggg sedihnya tengok. Inilah first time aku tengok fetus yang real. Memang sayu je hati aku.

Teringat masa aku keguguran kali pertama dulu pada usia kandungan 14 minggu yang disebabkan molar. Aku tak sedar pun dah gugur sehinggalah aku terdetik kunun2 nak scan tapi doc terkejut sebab takda heartbeat! Doktor buat suction & curretage untuk keluarkannya. Aku totally tak sedar sebab memang kena under full G.A. Apa-apa pun., buat kak yus sekeluarga semoga tabah menghadapi ujian dari Allah S.W.T ini. Sesungguh Dia maha mengetahui apa yang terbaik untuk umatnya.

3 thoughts on “Mode Happy

  1. luvhaziq says:

    ku tumpang gembira

  2. Mama-Miya a.k.a Jedi Hopeful says:

    bravo bravo…hmm hati gumbira kot, sebab tu tetibe byk..ke ada makan makanan sedap sebelum tu?

  3. Hayatie says:

    luv: ku pun..hihi

    mama-miya: makan cam biasa je, tapi yg pasti hati 'extra' gumbira..hihi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: