Korean BBQ Chicken

Ini lah aktiviti-aktiviti kekeluargaan kami sementara encik husby masih ada disini (sebab petang nanti dah nak balik bp semula). Begini lah, jika bekerja sendiri, aktiviti-aktiviti kekeluargaan tak kira masa, yang kebanyakkan pada waktu-waktu weekdays. Kadang-kadang seronok keluar bershopping atau makan-makan time orang bekerja, tapi kadang-kadang boring, sebab bila takda orang sangat, sales girlp/waiter2 sume asyik bertumpu kat kita je, macam nak makan orang pun ada…ngeee!

Harini kami decide nak makan besar, haha! Namanya ‘besar’ tapi bukan makanannya yang banyak…makanannya sedikit tapi duitnya yang besar. Ye lah, bukan selalu dapat makan besar sebab selalu seleranya yang besar tapi almaklumlah, poketnya plak tak besar, camni lah bila berkerja sendiri, segala benda kena berkira2. Kalau satu meal pun dah lebih rm10++ pun dah kira mahal woo. Bukan berkira tapi lebih kepada beringat. Keutamaan hanya pada modal/bisnes..apo kekdah aku cerita bisnes plak ni! Ehem2, acik takdo bisnes kui kui, maksud ku lebih pada bisnes encik husby lah!

Sebab encik husby masih tengah demam korea lagi, sebab baru lepas pulang dari korea. Sebagai mengubat rindunya pada korea, kami plan ler nak makan kat BBQ Chicken Restaurant dengan tagline (macam kat atas tu) kununnya ‘Korea No.1 Chicken Restaurant’..ye kah! Bedal je la labu, janji korea kah kah!.

Encik Husby pun dengan bersemangat nak makan kat situ siap pakai t-shirt korean dia tu, ceh! Aku memang cukup menyampah kalau dia pakai t-shirt tu, sebab t-shirt tu kecik! Dan yang sadisnya t-shirt lah yang paling besar sizenya, size L tau! Dan t-shirt tu la yang paling banyak diborong eiiiii! ape kah!

Ni menu pilihan aku (tu pun da rasa sebab member aku blanja dulu, nak kasi encik husby plak rasa). Menunya ‘Jerk BBQ’-High quality chicken whole leg cooked over charcoal fire with no additional oil used then spread with authentic Korean style barbeque sauce made of more than 20 flavorful natural seasonings and red pepper grain giving it a little tinge of spiciness. Ni aku copy paste kat website dia je. Tapi series sedap! Ikut aku la. Tak tahu camana nak esplen! Rege RM15.90, oklah, macam ala-ala rege Kenny Rogers punya meal je.

Pastu lak aku order yang ni, tapi gambo ku cilok website dia, tak sempat nak snap. Namanya ‘Teri-Q Wings’ marinated dengan sos teriyaki soybean. Nampak cam biasa je, macam chicken wing ayamas je! Tapi perghh!… (Jakun sungguh aku,haha! Sorilaa..) Ada banyak lagi menu2 dia, tapi yang sempat try ni la, tu pun dah almost RM70 dah!

Lagi tu, disamping nak celebrate in advance la konon harijadi azri yang pertama, yeay! Nanti bila 23hb, encik husby takda kat sini. Tapi macam mak bapaknya plak yang lelebih makan. Takda kek-kek pun! Ala, kalau beli kek bukan azri nak makan pun, lelebih mak dia yang makan.

Hah,ni ada sedikit selingan pengumuman ler kira. Gambar diatas tu adalah sample milk booster, longan red dates dengan sample Joy Angel Nursing tea yang ada dalam goodie bag yang dapat masa BF talk kat kuantan tuhari. Mati-mati aku ingat halba campur kat kedai mamak tu, kah kah! Nasib maryaa bagitahu, dia pun lupa nak announce pasal tu tempohari. Aku memang dah tahu halba (fenugreek) tu untuk milk booster, tapi tetiba apesal aku nampak macam ada jintan manis, ketumbar bagai sume tu, rupa-rupanya tu la dia fennel seed, anise seed dan blessed thistle, cuma dalam bahasa melayunya rupa-rupanya jintan, ketumbar lah bagai! Tapi tak tahu la nama tu yang mana satunya..siapa tahu? leh tolong esplen yer! So pada yang dapat sample milk booster dalam goodie bag tu, jangan ler ingat macam halba campur yang tuk buat masak kari cam yang kita selalu beli kat kedai mamak tu yer! (Series sampai mak aku pun ingat halba campur kedai mamak mana tah tadi, kah kah!)

Ni lah rupa Bekas Joy Angel nursing Tea tu, sebab yang gambo diatas tu sample kecik yang telah di repack untuk tetamu2 yang hadir masa BF talk tu.

3 thoughts on “Korean BBQ Chicken

  1. Mama-Miya a.k.a Jedi Hopeful says:

    wah..nampak sedap nyeee…dah le mmg susah nak jumpa makanan ala2 korean yg halal..

  2. maryaaa says:

    yey..tshirt laki ko sama laa, aku pon belikan tuk adik aku masa gi dulu wahahha

  3. Hayatie says:

    mama-miya: memang sedap..tapi sebab ayamkan..kimci2 tu sume takda la..kiki

    maryaaa: ye kah, t-shirt standard ler gaknya tu..kikiki

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: