Hyperstimulation & Power Pumping

Apa dia hyperstimulation & power pumping? Kalau mengikut pemahaman aku, kedua-duanya membawa maksud yg sama je. Ianya adalah satu kaedah atau teknik pengepaman yang itensif untuk mempercepatkan proses pengeluaran susu. Menurut yang disarankan dalam kaedah ini, pam selama 10 minit, rehat 10 minit, kemudian pam semula 10 minit dan begitulah lah pada seterusnya, diulang-ulang hingga genap 60 minit. Kaedah ini berbeza daripada rutin pumping seharian yang biasa iaitu 30 minit. Idea disebalik kaedah power pumping ini adalah untuk mimick nursing pattern bayi yang biasanya menyusu begitu.
“..Power pumping involves using regular pumping techniques and setup, but in a unique way. The idea is to mimic a baby who is nursing frequently to increase a mother’s supply, as is common in the nursing relationship during a growth spurt. To power pump, hook-up as you would for a normal pumping session, pump for 10-20 minutes, rest 10 minutes, then pump another 10 minutes, then rest for 10 minutes, then pump again for 10 minutes. The mother does this for about an hour, once per day, to increase supply. At other pumping times during the day, routine pumping is used. It can take about a week to see an increase, so don’t get discouraged…”
Pada yang mula-mula dalam usaha untuk membanyakkan lagi penghasilan susu adalah disarankan untuk melakukan teknik ini sekerap yang mungkin. Untuk melakukan power pumping tidak perlu sehingga 8x sehari (tapi jika boleh lagi bagus!) Sehari sekali pun sudah memadai atau jika berkemampuan dan mempunyai masa lebih, boleh dilakukan lebih dari satu kali dalam sehari. Namun tak ramai yang boleh tahan untuk melakukan kaedah ini kerana ianya adalah satu teknik yang sangat melecehkan, time-consuming dan sebagai lebih-lebih bagi yang sentiasa busy je namun disebaliknya, hasil yang memberangsangkan selepas melakukan ksaedah ini jika melakukannya dengan penuh kesungguhan dan kesabaran. Lebih-lebih lagi diawal-awal peringkat lactation period memang akan lebih cepat menampakkan kesan jika dilakukan dengan konsisten.
Pada awal2 zaman mengepam aku (eh ceh ceh, zaman mengepam mcm dah taiko plak..haha!)Aku memang buat teknik ni hari-hari. Sebab dulu memang susu aku tak meriah weh! Satu hari 10-15 oz je. Haha, ripleys believe it or not! Dalam 8x rutin pumping tu, satu kali mesti untuk buat power pumping. Tengoklah keadaan, kalau rajin lebih la dari satu kali dalam sehari. Yang paling bagusnya, aku buat ni time tengah malam. Hah, lagi mencabar! Aku ingat lagi, set jam pukul 3 a.m, bangkit pam 10 min, pastu set jam lagi 10 minit sebab nak tido sat 10 min tu. Pastu bunyi jam, bangkit lagi pam 10 min. Begitulah seterusnya sampai satu jam. Begitu lah rutin pumping bagai nak rak aku. Dan rutin power pumping ni berlarutan hampir kedua minggu juga lah.
Namun ianya satu usaha yang berbaloi sebab hasilnya ku nikmati hingga kini. Now aku dah tak buat lagi power pumping ni, aku hanya stick to regular pumping routine sahaja which is 30 min per session. Aku stop bila aku rasa milk production aku dah increase and increase dan mula stabil. Aku selalu advice orang untuk menjadi sangat konsisten dalam rutin pumping/nursing pada awal-awal 3 bulan pertama usia bayi, jangan skip night nursing and pumping. If baby tends to sleep longer at night, kejut untuk menyusukannya dan continue pumping for 10-15 min after that. Jangan biarkan breast tanpa dikosongkan for more than 2-3 hours, tidak kira siang atau malam, especially during night, sebab tu night nursing/pumping adalah sangat2 penting. And as a result you’ will sustain throughout the lactation period without a major issues to concern, insyallah!
I’ve come accross so many people yang dapat continue BF for more than 1 year dengan jayanya dan kebanyakkan mereka ini yang tidak pernah tinggal atau jarang2 tinggal night nursing /pumping session. Eventhough ada yang baby sleep longer at night, mereka-mereka ini still bangun untuk mengepam 1-2x in the middle of the night untuk bekalan EBM anak siangnya. So breastfeeding needs a BIG effort especially for working moms. Sesiapa haritu yang dengar BF talk by kak kamariah, sure dah faham apa situasi-situasi yang menyebabkan decrease in milk supply and so on.

7 thoughts on “Hyperstimulation & Power Pumping

  1. suraiya said says:

    yati, bole ke kalau kita biar je pam kita tanpa perlu basuh untuk next pumping ni?atau pam 10 min basuh then baru pam lagi untuk session 10 min seterusnya tu?sebabnya, perkara yang buat malas adalah basuh, lap dan pasang balik…sgt time consuming, maklumlah saya ni pemalas heheh, kalau dapat buat macam tu mesti sgt best utk org pemalas mcm saya …huhuhu

  2. Lady Qay says:

    sy dah bfeed anak for 15mnths skrg…dah tak lama nak smpi 24mnths dah..huhu..kdg2 rs mcm tak larat sgt dah nak truskan tp kn rjin kan diri juga esp utk pump..skrg sy hnya pum dua kali atau 3 kali di opis, kt rmh takdan nak pam sb anak asyik mneyusu je…ke dia tak puas nyusu??ehehe

  3. Hayatie says:

    su: pam sebenarnya tak perlu basuh untuk 2-3 kali sesi pengepaman dalam satu hari provided that kene simpan dalam tempat yang sejuk atau cooler bag. Memadai hanya basuh sekali je sehari, kalau rajin nak basuh lebih pun boleh! Sebab breastmilk ni full of life cell, antibacterial properties etc…

    Lady Qay: Alhamdulilah! JIka anak asyik menyusu je takpa dan rasa breast terasa kosong after each penyusuan..yang penting, milk removal kena kerap berlaku tak kira lah by nursing atau pumping, jika baby tak efisyen untuk draws out milk hingga habis (stok yang main2, distract etc) kena la pam after that, jika rajin ler..

  4. Ely Hasrul says:

    wahhh ko nye powerpumping session time mlm? hebaknye!! beruntung la azri! dh la comel kuat gigit plak tu hehehehe. skanga azri dh nk one year, strategi pumping sama lagik ke? cam reporter plak aku hehehe

  5. suraiya said says:

    kalau cooler back tu tak cool boleh?

  6. Jiji says:

    Yatie , can I have you phone number? (Ayat mengorat zaman dulu, tp aku nak tanya pasal susu laaa.)

  7. Hayatie says:

    Ely: strategi pumping aku masih sama..7-8x sehari siang malam sama je pumping, takda holiday yer..cuma aku takde buat dah power pumping tu..cuma kalau aku rajin, aku buat tepat2 2 jam skali..kalau tak 2-3 jam skali…

    Su: Takleh sue, memang kena tempat yang sejuk juga..sebab kat corong tu masih ada sisa2 susu lagi kan,klu dah tak sejuk takut sisa2 tu basi, nnti tak leh guna utk next pumping kena basuh le jugak

    jiji: haha..terasa mcm dingorat juga..kui kui.. ni no h/p 012-2045646

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: