My black book

Tak tak….aku bukan agen insurans! Ini buku log pumping aku. Buku yang mencoretkan hasil tenusu dari sikit sampai ler ke banyak. Buku yang aku usung ke hulu-ke hilir (kalau gi jenjalan tak larr). Aku mesti nak rekod sesi pumping aku, dah jadi macam satu kewajipan pulak. Kalau tak sempat rekod aku save kat handphone dulu, sampai rumah aku rekod semula dalam buku ni. Entah hape-hape, macam ler ada orang nak check, haha! Janji aku puas! Kata takda kerja lain.


Tapi now aku dah tak rekod lagi dalam buku ni, sob-sob! Sebab buku ni dah sampai ke lembaran yang terakhirnya (dah penuh la tu). Macam cukup-cukup je rekod untuk setahun buku ni. Dulu aku ingat aku rekod hangat2 taik ayam je, wakaka! Bila dah tak rekod dalam buku ni, aku dah mula kadang-kadang rekod kadang-kadang tak, ish ish tak boleh jadi ni! Nak kena cari buku yang ala-ala serupa macam ni jugak.

Aku menghitung hari je ni hingga ke hari genap 360 hari aku EP. Banggaaaa siot! (sila jangan geli). Aku lebih excited pasal 1 year dari besday azri..boleh kah, kuang-kuang! Alhamdulillah, sepanjang tempoh, milk supply aku masih mencukupi. Azri hanya minum susu aku sahaja sehingga kini. Hasil yang diimpikan hanya datang dengan usaha yang berlipat-lipat ganda je tau. Lagi-lagilah EP macam aku. Kalau tidak konsisten, tidak nekad dan bla bla bla…..sure by now aku kena topup FM juga. So sebab tu lah orang selalu dok kata EP tak boleh sangat nak sustain supply..bukan tak boleh, boleh je kalau nak, sebab yang penting hanya displin diri yang tinggi, kekerapan, kerajinan dan banyaklah ke ke yang lain. Terpulang la kalau ada yang tak percaya aku leh survive tanpa topup. Whatever! Yang penting, yang sihat anak aku juga and the record is set! (ayat tanduk beb!). Next year, next year punya cerita! (Sambil cari-cari buku log pumping yang baru untuk pumping 2nd phase-2010)

Series aku takda de heaven-heaven waktu EP ni. Priority utama aku adalah pump tak kira siang atau malam. Sebenarnya sama je kalau direct sekalipun, yang bezanya kalau kalau direct kita takda pilihan bila anak dah nak, kena juga walaupun terpaksa. Tapi bila pam, memang totally under our control kan, kalau letih nak bangun leh pospon-pospon sekejap lagi ke, kalau tak sempat nak pam, leh kata ‘ermm takpa, sekali sekali’. (kalau merajuk dengan hubby pun kadang-kadang boleh taknak pump..haha!) Tapi alasan-alasan itu yang sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Yang jadi silent killer dan akhirnya tak boleh nak sustain.

EP perlukan pengorbanan fizikal dan emosi. Perlukan kerjasama (apa yang penting??kerjasama…mode wonderpet!) terutamanya orang terdekat. Percayalah akan tiba satu hari bila orang yang faham dengan kita pun akan jadi tidak faham apabila timbul satu masalah. Erkk fahamkah kalian. Ini lah cabarannya. Kadang-kadang kita akan jadi lebih emosi lagi bila orang yang terdekat yang kita harapkan faham situasi kita tapi rupanya masih tidak faham-faham lagi. Tipu lah kalau perjalanan EP aku sepanjang setahun ni smooth je tanpa tarik-tarik muka especially dengan hubby. Well you have to be a damnn strict when its come to EP no matter what, that is the sacrifes. At the end, kalau susu ko ciput nanti sapa nak jawab?Hubby kah!

Now, i’m still pumping like crazy. Still proud of what i have done and achieve so far! Belum lagi terfikir lagi untuk dropping pumps to below than 7x a day. Rule of thumb aku senang je, empty breast as frequent as possible (frequent means more than 7-8 times a day), dont skip night pumping and the result you will get a sustainable (err buleh ka ayat sustainable, wakaka) milk supply throughout the year, insyallah! Throughout the year ni, aku lom lagi face problem susu merudum teruk ke hape luckily tak period lagi pun. Cuma cabaran terbesarnya bila EP dengan anak yang minum dengan banyaknya. Memang persaingan yang betul-betul sengit.

My Little army

I will miss my old black book. Azri suka main koyak2 buku ni dan aku tersangatlah emo bila orang usik buku ni. Hubby aku nak buat conteng kira-kira2 skit pun aku tak bagi. Bagi aku ianya masih menjadi kenang-kenangan buat aku, supaya aku tak mudah lupa diri (melayukan mudah lupa, haha!). Tidak lupa yang suatu ketika dulu aku memang totally zero. So perasan ‘from zero to hero‘ lah ni!

8 thoughts on “My black book

  1. Ely Hasrul says:

    aaarrrghh aku pon xdulik la ape org kata tapi aku percaya 100% usaha EP ko and aku bangga siot.. kalu xcaya tgk la kuat mana azri nk menggigit.. (xkena mngena hahahahah)

  2. luvhaziq says:

    mu tukar buku pink le plak beb..

  3. Jiji says:

    kena tunjuk kat anak esok time dia nak kawin dengan gadis bukan pilihan kita ecececeh.. kira ugut laaa@!~ i kid i kid@!~

  4. nikhazifah says:

    aku bangga giler ngan mu yatie..tahniah!!

  5. nikhazifah says:

    aku mmg bangga giler ngan mu..tahniah!!

  6. izzahazfar says:

    chaiyok akak….!

    doakann zah juga ye….

  7. Hayatie says:

    ely: haha..kekuatan gigitan dia mungkin ada efek dari kekuatan aku mengepam kot..

    Luv: pink kah? gedixnya..kui kui

    jiji: hahah..apekah!

    nik: mekasih2!..

    Zah: insyallah zah!, yakin boleh!

  8. lepas 6mth EP, baru terpikir nak buat buku macam yatie…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: