Bubur lambuk aku

Semalam tiba-tiba aku bercita-cita nak cuba buat bubur lambuk. Saje nak buat untuk azri, sebab aku rasa dia macam suka je( aku yang rasa). Pernah sekali try bagi masa bulan puasa tuhari. Uish, memang laju dia makan. Tapi tu la skali. Baik buat sendiri dari beli tu, tak tahu apeke perisa perencah sume tabur kan. Tapi aku memang tak pernah buat. Aku tanya mak, mak aku pun tak tahu. Mak aku pulak suh aku gugel internet, ceh! Betul juga. Gugel2, aku aku jumpa resepi ini tajuknya ‘bubur lambuk ringkas’. Sebab nama pun ringkas kan, aku tak pandang dah yang lain, kah kah! Meh aku tepek skit bahan-bahan dan cara-caranya. (Tah2 resepi orang lain lagi sedap!…haha mai le share kat aku nanti)

——————————————–
Hidangan untuk 3-4 orang

Bahan A

Daging/ayam (dipotong dadu)
Beras 1 1/2 pot
Lada sulah 5 biji
Udang kering 1 peket kecil
Rempah penumis (Bunga lawang, cengkih, kayu manis)
Bawang merah 5 ulas (dihiris)
Bawang putih 5 ulas (dihiris)
Halia seinci
Garam secukup rasa

Daun sup & bawang untuk hiasan

Cara-caranya:

1. Masak daging/ayam tadi seperti membuat sup sehingga empuk. Masukkan halia yang dipotong halus kedalam sup
2. Masak beras bersama kandungan air setengah dari periuk tadi sehingga menjadi bubur. Tambahkan air jika perlu sehingga nasi menjadi halus
3. Goreng semua rempah penumis tadi dan masukkan kedalam sup.

Apabila bubur sudah menjadi halus
4. Masukkan semua sup daging/ayam yang telah empuk ke dalam bubur tadi dan digaul rata.
5. Bawang putih dan merah digoreng hingga kuning dan dimasukkan kedalam bubur yang telah halus tadi.
6. Udang kering dan lada sulah yang ditumbuk halus dimasukkan kedalam bubur dan digaul rata.
7. Biarkan bubur tadi dimasak selama 5 min selepas memasukkan bahan-bahan tadi
8. Boleh ditambah sedikit santan untuk rasa yang lebih lemak.

—————————————-

Disebabkan aku nak buat untuk azri, improvisela skit bahan2 tu dan tak semua bahan2 tu aku masukkan (tu yang kureng sedap agaknya). Garam2 tu jangan letak, kalau nak perisa leh tabur ikan bilis serbuk tu. Dengan daun2 nya pun takda. Aku amik mana yang ada je lah bahan2nya kat rumah aku. Ini hasilnya berkecah satu dapur.

Ni bahan2 untuk aku je. Bawang merah sebiji bawang puting pun sebiji, dan rempah2 tu serba satu je. Sebab aku masak dua genggam beras je (itupun aku rasa byk terlebih juga tumisan tu selepas dah masak)

Pastu acikk tumis kan kat kuali legam ni sampai naik bau! Masa tumis tu guna lah minyak zaiton ke yer! Kuali ini memang tak ilang dah kaler dia, rasanya dekat nak berbelas tahun juga la. Haha, ikut aku nak campak je. Tapi mak aku kata, jangan membazir, selagi tak rosak ke pape, guna je. (Aduh mak, aku rasa sampai aku bercucu pun kuali ni camni je kui kui)

Sementara nasi tu di masa dahulu.

Kemudian bila nasi dah masa leh campurkan kedua-duanya. Pastu leh letak sedikit santan atau kalau nak letak susu cair pun ok kot. Kalau tak letak pun takpa. Tadaaaaa.. nampak macam sedap. Tapi rasa hmmmmmmm…boleh la! Cubaan pertama kan. Macam makan bubur nasi letak sup je. Rasanya aku kasi 2 dari 5 bintang..haha!

So apa kata ‘chef’ kecik? Hmm..dia makan juga la. Tapi tak habis sangat. Sebab nasinya tak halus sangat lagi, maybe sebab aku tak masak lama lagi. Sebenarnya aku nak nak start ajar dia makan makanan yang tidak diblend lagi. Tapi banyak kali dah try, dia makan tapi muntah balik lepas dah habis masuk tu. Yang aku perasan kalau ada nasi. Haritu bagi dia makan soto nasi lenyek2 habis dia makan, tapi taklama pastu muntah balik. Hmmm

3 thoughts on “Bubur lambuk aku

  1. Jiji says:

    Sendiri masak sendiri kasi bintang mueheheh@!~

  2. Ely Hasrul says:

    aku suka bubur lambuk tp bubur lambuk buatan sdr bukan kat kedai. buatan sdr ikut sedap perut mulut aku sdr.. esok2 aku jamu ko ek tgk bape bintang plak hjahahahhaha

  3. Hayatie says:

    jiji: haha..nak amik hati sendiri la katakan…huhu!

    Ely: cuba masak bubur lambuk sendiri ko tu..tak sabo aku nak kasi bintang nih!..haha!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: