Open house-Duit Raya

Ya allah, lama rasanya tak menaip entri diblog sendiri. Sejak pulang dari batupahat beraya tempohari, sehingga hari ini ada je aktiviti berjalan raya. Kalau tak berjalan raya, aktiviti melayan tetamu yang bertandang ke rumah plak. Sambil dalam hati asyik dok ingat ‘entri-blog-entri’ muahahaha! Makin lama terus kertu tak tahu nak mula apa. Sakan asyik pergi open house sana sini, sampai sakit-sakit perut rasa macam kene food poisoning tapi nasib tak teruk. Balik ke rumah pada hari kejadian ok lagi, mula-mula mak aku yang dah pening-pening, pastu 2 kali muntah. Lepas tu subuh tu aku pula dah mula pening/loya lepas tu muntah, perut pun dah rasa lain macam. Yang peliknya laki aku tak kena la pulak.

Teringat dulu masa kena food posoining masa makan mihun goreng cina kat uniten, 3 hari flat muntah2 dan cirit birit, mual/loya/pening semua ada, time tu kepala asyik terbayang-bayang mihum yang dimakan. Yang bestnya, tak tahu masa tu tengah kena food poisoning, haha!. Lepak terbaring kat rumah, ingatkan kena hape. Kalau hospital masa tu gaknya sure dah kena tahan, masuk air gamaknya sebab rasa body dah dehydrated. Asyik keluar masuk toilet dan masa tu tak leh masuk apabenda dalam mulut sure muntah balik. Bila dah sihat, terus fobia takleh telan mihun goreng lagi. Bila tengok mihun, terus rasa loya. Rasanya berbulan juga fenomena itu berlarutan, haha!

Tahun ni first time aku beraya dengan azri. Last year tak sempat, tengah sarat! So tahun ni excited bawa azri beraya sana-sini jumpa saudara-mara, pergi open house, fuh series letih! Masa time raya tuhari tak letih sangat sebab tak banyak beraya kerumah orang sangat. Tapi seminggu after raya, lepas orang dah mula kerja, barulah banyak invitation open house sana-sini. Kami pulak yang seronok nak bertandang rumah orang, sebab nak banyakkan koleksi duit raya azri, hua hua! Lepas keluar dari rumah orang, masuk kereta terus buka sampul angpau nak tengok berapa azri dapat, hahaha, series macam budak-budak!

Yang lawak lagi, sebab duit raya ni juga sampai kami tarik-tarik muka sebab angpau yang azri pegang selepas orang bagi cicir tah kemana, sebab kami lupa nak amik cepat-cepat (ni kes sebok bersalam-salam, jemput-menjemput bagai lah) bila dalam kereta baru teringat angpau yang azri tengah syok pegang sebelum tu, tengok-tengok dah tak ada. Aku dah kira-kira total collection duit raya azri tahun ini kesemuanya berjumlah RM319. Wah lagi banyak dari zaman kutipan aku dulu…haha! Untung budak-budak sekarang ni yer!

4 thoughts on “Open house-Duit Raya

  1. Ely Hasrul says:

    hahahhaa serius bukak bile masuk kete? hahahahhahaa gila cm bebudak.. pasnih dtg umah i.. i tulis note kat smapul tu 'bukak bile dh smpai umah' hahahahhaa

  2. IMCurtain says:

    Salam semua,

    Kami ingin mengajak anda menyertai komuniti blogger dari serata tanahair untuk mempromosikan blog anda di laman web kami.

    Click pada butang 'Tutorial' untuk mengetahui cara menggunakannya. Pendaftaran adalah PERCUMA!

    Daftar sekarang: Blogger Malaysia [Blogger's Meeting Point]

    Malaysia Boleh!

  3. luvhaziq says:

    caiyok dpt banyak giler….haziq dpt seratus lebih je sbb dok umah,xberjalan raya sbb demam campak

  4. Hayatie says:

    ely: hahah..bahaya la pasni nak datang rumah mu..

    Luv: takpe..raya kan sebulan..hihi..sempat lagi revenge tuh..moga haziq cecepat sembuh yer..!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: