Basikal Azri

Kalau aku balik batu pahat, sure ada je barang-barang azri yang aku beli, baik baju ke, apa ker. Sebab aku rasa barang2 baby kat sini murah skit berbanding kat KL, aku rasa lah! Hah, ni kali azri dapat basikal baru. Sebenarnya aku plan nak beli walker yang macam ini dan ini, supaya dapat membantu azri berjalan. Sebab sekarang ni, azri dah mula pandai meniti kat sofa, meja, kalau dapat walker dia pun dia paut nak berdiri pastu siap tolak walker sambil jalan. Tapi sebab walker kan tayarnye laju, lagi bahaya adalah.

Basikal pun basikal lah! Takpa, nanti dia dah pandai kayuh tak payah beli basikal lain, ngeh!. Sementara tuh, kita tolak je lah sambil bersiar2 ditaman. Takpayah naik stroller. Silap-silap ada yang angkut masuk shopping complex skali, ganti stroller…beg buleh letak kat bakul belakang tu, muahahahah! Harganya RM109, tawar-tawar dapat RM98, oklaa. Sampai umah Mil, sesi merempit la apa lagi.


Sebenarnya tak plan pun nak beli basikal ni. Kebetulan aku ke kedai baby kat batu pahat hari ni sebab nak beli Sunflower auto baby rocker (buai auto tu) tu yang dikirim oleh mamaAna. Masuk ni dah dua orang aku tolong belikan kat sini. Sebab regenya murah kat sini berbanding KL. Kat sini harganya cuma RM159 siap dengan 7 spring untuk dipasang accordingly mengikut weight baby. Ada melody, ada timer dan juga adjustable speed. Kalau kat mybbstore, regenya RM189. Kalau brand2 yang lain kebanyakannya rm200 keatas. Hahh tiang buai yang macam dalam gambar ni pun aku beli rm80 je kat kedai perabot kat batu pahat ni.


Orang kata kalau ajar anak tido buai lecehkan. Nanti nak kena angkut buai kemana2. Ikut individu la. Tapi bagi aku, nasib azri jenis yang tido waktu siang sahaja. Kalau malam memang tido dengan aku skali. Dan azri pulak memang mudah tido kat mana-mana kalau kat luar. So tak perlu pun nak angkut buai tu kalau gi berjalan. Cuma kalau kat rumah aku jer ada susah skit. Nasib2 la… Yang penting, dengan ada buai ni, azri aku mesti tido 2x pada waktu siang. Mil aku la sebenarnya yang meracun aku pasal buai ni dari azri 1-2 bulan lagi. Mula2 aku takmau juga. Katanya, kalau buai nanti baby tido tak terkejut2 nanti. Bila cukup tido, dia punya pembesaran pun bertambah cepat, sebab awal2kan baby perlu tido yang cukup pada certain2 time sehinggalah meningkat umurnya (wahh, ‘terel’ mil aku). Mil aku kata la, bukan aku yer, haha! Wallahualam…

Tapi kalau nak apply kat azri setakat 11 bulan ni, macam ada kesannya. Memang dia lagi banyak tido dari berjaga awal2 dulu. Walaupun skang ni dah kurang tidonya tapi still, kalau siang dia memang tido 2x, lebih kurang 2 jam untuk setiap sesi. Pastu malamnya, kol 8.30-9pm dah masuk tido stret sampai ke pagi. Ada ler can ibu dia nak meroyan lebih skit kat tenet, huhu!

10 thoughts on “Basikal Azri

  1. ibu_arifa says:

    Wah…berkenannyer saya dgn beskal baru Azri nih..saya pun plan nak beli cam yg akak plan gak..utk hadiah birthday Dalila..tp bila tgk beskal Azri ni cam ni…nak try cari gak lah..kalo dapat harga yg sama RM 98..confirm saya beli gak.

    patut lah akak cam byk mara free jer..siap leh menjahit2 lagi..Azri 2x tido siang rupanyer..2jam plak tuh..yg paling jelesdgr ..mlm jam 9 dah lena dah..wah..wah..kalo saya pun suka..Dalila dah try buai gak tp still sama sbb dlm buai panas..berpeluh2 dia tidur(dah guna extra stand kipas utk buai dah..still kat pelipat lehir cepat jd ruam) skrg ni mlm pun jam 12 baru mau lena..nak main saja..org tutup lampu..tutup pintu..dia sibuk nak turun katil..atau panggil2 Abah dia suruh bwk dia keluar..siang kadang2 sekali pun susah nak tidur..si Ibu buat2 tak risau jer lah…sbb mak si Ibu pun cakap dulu2 Ibunya pun mcm tu jugak…susah nak tidur…sbb tu kurus jer.

  2. izzahazfar says:

    kak yatie,
    buai tu mean dia pakai letrik ka?kita tak yah buai pakai tgn yer?mcm nak beli aje..batu pahat kat ner?sebab zah akan ke sana bulan depan

  3. Rozy says:

    hadiff dah xtido buai kalau ngan aku… sumbat nenen sekejap ja lena.. senang pi mana pun..
    tapi ku jeles rr tang azri xbangun malam tuk nenen… hadiff bangun 3 kali woo…

    azri,

    auntie nak pinjam beskal leh x?

  4. DaniTheGirl says:

    Aku baru nak suruh ko tempek pasal buaian elektrik ni tapi ko dah buat pon hehehe. Memang kat Manjaku Bangi harga dia mahal tengok berapa spring ko nak amek dah boleh cecah hingga RM400++ kalau guna 3 spring dan macam tak masuk akal je. Yati, kalau dah sampai sms eh aku ingat nak dtg mlm ni amek kat rumah ko sesambil beraya huhuhu.

  5. Mama-Miya a.k.a Jedi Hopeful a.k.a Proud Zakiah Khairani says:

    wuish best tu basikal dia..kalah "belalang tempuh" kepunyaan "ksatria baja hitam".

    kalau ibu dia nak exercise, pagi2 hari ahad tu tolak la dia naik basikal keliling kawasan perumahan. mesti gumbira hati anak teruna ni. miya kalau bwk basikal dia pegi taman tu, kalah gaya org2 tua yg naik mountain bike kat situ.

  6. luvhaziq says:

    salam…wah,lepas nie boleh la anak mu rempit ngan haziq !!!

  7. Jiji says:

    boleh kirim neh!

  8. Ely Hasrul says:

    wahhh beshnye beskal baruuu!!!! bleh isi barang tu.. mmg faveret sami part isi2 barang.

  9. Hayatie says:

    ibu arifa: haha..nak kirim sini pun bulehh

    zah: yer..dia pakai elektrik..maknenya dia enjut sendiri..takyah pakai tangan. Kedai tu kat bandar nama 'dear baby'

    mama-miya: haha..betul tu..memang plan nak bawa dia ke taman2 tak pun sambil2 nak ke kedai tu.huhu

    Luv: hoho..moh2 merempit dgn haziq..kasi prektis dulu..hihi

    jiji: boleh je..hihi

    ely: haha..sami letak apa lak tue…

  10. Hayatie says:

    rozy: walaupun die tido stret sampai ke pagi..time nak susu tetap nangis2 juga…cuma dlm lelap n bila dah dpt susu dia tido balik. Maksudku dia takda la bangun in the middle of the night main2 ke hapa…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: