Mengapa susu saya berkurang?

Sekadar pendapat dan pandangan. Isu mengenai bagaimana susu mulai berkurang atau cara-cara untuk meningkatkan susu akan sentiasa menjadi suatu isu yang menjadi perhatian terutamanya kepada ibu-ibu yang bekerja. Perkara ini lebih kerap berlaku setelah bayi diperkenalkan dengan solid food dan setelah bayi lebih aktif dan peka terhadap persekitaran luar sekaligus membuatkan bayi kurang berminat untuk memberi tumpuan untuk menyusu dibreast dalam tempoh waktu yang lama. Begitu juga dengan ada diantara bayi yang mula berubah sleep patternnya setelah meningkat bulannya, yang mana mereka tidur lebih lama ada waktu malam sekaligus berkurangnya demand ketika waktu malam.

Sering ibu-ibu take for granted cara anak menyusu dan beranggapan, apabila anak sudah melekap dibreast means, that’s it! Senario ini mungkin lebih berbeza kepada ibu-ibu yang menyusu sepenuh masa 24 jam, kerana anak tidak didedahkan kepada sebarang bentuk medium penyusuan yang lain seperti botol dan sebagai berbanding dengan ibu bekerja. Ada juga yang berlaku apabila anak tidak menyusu dengan full effort (main-main) apabila menyusu dibreast sekembalinya ibu, kerana sudah biasa dengan aliran yang lebih mudah (botol) ketika berada dengan di nursery atau pengasuh. (Ini hanya sekadar pemerhatian sahaja, tidak semua!) Disini saya terjemahkan semula artikel-artikel yang dibaca dan dicompile dari pelbagai sumber mengikut pemahaman sendiri.

Seperti yang selalu diperkatakan, produksi susu adalah berdasarkan konsep ‘deman-supply’. Untuk mempercepatkan pengeluaran susu, kunci utamanya adalah ‘remove more milk from the breast and to do this frequently, so that less milk accumulates in the breast between feedings’ atau lebih mudah kosong breast dengan kerap supaya lebih kurang susu yang terkumpul dalam breast dan lebih cepat susu baru diproses. Tetapi jangan terkejut, masih ada lagi diantaranya yang beranggapan, lagi lama susu dibiarkan dalam breast lagi banyak yang akan dihasilkan dan lebih lama dijarakkan waktu pengosongan, lagi lumayanlah hasil perahan yang akan didapati. Konsep yang selalu mengundangkan kearah pengurangan susu diakhir-akhir nanti.

Jadi berbalik kepada isu mengapa susu saya berkurang walaupun anak saya sentiasa melekap di breast? Menurut sumber dari kellymom, make sure that baby is nursing efficiently. Efisyen disini bermaksud susu dikeluarkan dari breast sepenuhnya hanya dari hisapan bayi. Tetapi yang menjadi masalah kebanyankan ibu dan bayi adalah tidak mendapat susu yang sepatutnya walapun menyusu dibreast. Menurut Dr. Jack Newman (dari artikel: Protocol to Increase Breastmilk Intake by the Baby), senario ini dinamakan ‘nibbling’. Dimana satu situasi bayi yang menyusu tetapi tidak dapat mengeluarkan susu yang sepatutnya. Dan bayi yang menyusu dalam situasi ini akan menyusu dengan lebih lama dan masih tidak dapat cukup susu. Situasi ini umpama mengosongkan satu kolam dengan mengguna straw! Contoh bayi yang menyusu begini, anda boleh saksikan divideo ini. (Click to see the Video)

Jadi, untuk memastikan bayi menyusu dengan efisyen, ibu-ibu perlu tahu sama ada bayi mendapat susu dengan sebetulnya atau tidak. Perhatikan gaya bayi anda menyusu. Pattern bayi yang menyusu dengan sebetulnya adalah apabila bayi menghisap, dagunya akan berhenti seketika, pada ketika inilah susu akan disedut keluar (open mouth wide–>pause–>close mouth). (Lihat video untuk gaya penyusuan yang betul). Lagi lama ‘pause’ itu, lagi banyak susu yang didapati. Jika bayi yang menyusu dalam pattern ini berterusan selama 20 minit akan lebih kenyang berbanding bayi yang ‘nibbles’ (menyusu tetapi tidak dapat susu) walaupun 20 jam, masih akan menunjukkan tanda-tanda tidak cukup susu. (Sumber: Dr. Jack Newman, Protocol to Increase Breastmilk Intake by the Baby).

Terjadi juga keadaan dimana, bayi akan mudah melepaskan puting apabila aliran susu semakin perlahan. Apa yang boleh dilakukan, buat breast compression untuk melajukan aliran susu itu. Mula tekan apabila bayi dalam keadaan menghisap. Setelah breast compression dilakukan, beralih ke breast sebelah, dan lakukan yang serupa. Tujuan breast compression ini dilakukan adalah untuk memastikan bayi mendapat susu sebanyak mana yang mungkin dan susu dapat dikeluarkan dengan sepenuhnya. Untuk lebih pemahaman bagaimana breast compression dilakukan, anda boleh lihat video yang di-link kan. (See Video for Breast Compression)

Pelbagai lagi faktor yang menyebabkan bayi tidak menyusu dengan efektif seperti bayi yang cepat mengantuk/tertidur semasa menyusu, bayi yang mudah terganggu dengan persekitaran ketika menyusu,bayi yang tidak kerap menyusu, bayi yang dalam keadaan tidak sihat e.g: demam, selsema dan sebagainya. Kesemua faktor-faktor itu boleh menyebabkan bayi tidak menyusu secara efektif akan menyebabkan, susu tidak pindahkan/dikeluarkan dengan sepenuhya. Dan jika keadaan ini berterusan ibu-ibu akan mendapati susu yang dihasilkan semakin berkurang.

Jika bayi anda mempunyai salah satu ciri-ciri berikut, sebagai jalan sementara, ibu-ibu boleh consider pumping between nursing session. Tujuan memerah diantara waktu menyusu atau selepas menyusu adalah untuk memastikan susu dikosongkan sehabis yang mungkin. Pemerahan adalah lebih dicadangkan apabila bayi tidak menyusu kerap dan selang diantara penyusuan seterusnya agak lama. Sekali lagi, ramai yang ragu-ragu untuk memerah diantara waktu penyusuan, kerana bimbang susu tidak cukup atau lambat terhasil sekiranya jika bayi menyusu selepas itu. Seperti yang dikatakan, pemerahan adalah dicadangkan bagi bayi tidak menyusu dengan kerap. Selain daripada itu, pemerahan secara kerap dan konsisten apabila tidak bersama bayi e.g kerja dan sebagainya.

Yang terakhir sekali, ibu-ibu yang menyusu ini harus menjaga diet seharian. Makan makanan yang seimbang dan berkhasiat. Minum air yang secukupnya. Dan seterusnya barulah boleh mempertimbangkan supplemen-supplemen yang boleh menambahkan susu dan sebagai.

Sumber:
1. Kellymom
2. Dr Jack Newman Breastfeeding Clinic and Institute-NBCI

14 thoughts on “Mengapa susu saya berkurang?

  1. lailasani says:

    salam…
    bagus ni entry ni… thanksss…
    cuma nk tanya.. bb menyusu 3-4 jam skali adakah dikira kerap menyusu? atau masih boleh pam after menyusu/diantara waktu menyusu?

  2. Ely Hasrul says:

    aku suka part last sbb situasi aku gitu la. salah satu sebab aku terikut perangai ketika remaja cheewahhh. ye la dulu mkn suka suki timenye, dh la mkn xkira berkhasiat ke idak. sejak ade sami baru la aku jaga mkn. tak lapo pon time mkn aku kudap2 gak. baru la gatal nk mkn yg berkhasiat haii mmg bila ade anak nih kite sdr berubah tp bagus la sbb berubah ke arah yg positive.

    dan aku nye situasi, di siang ari sami gap susu 5-8 jam, bayang la sblh breast nk tunggu 8 jam! melampau! byk kali gak kes xdek pam aku tpaksa perah pakai tgn sbb sami xmo susu. time mlm plak gap paling lama 2-3 jam, ha sedap la sami melekat kata ku tiap 10min pon pernah. kire la dlm sejam bape kali hahahahha. jadik pengajaran aku bwk aje la pam ke mana aku pergi esp kalu holidays sbb bukan utk stok tapi xmo breast aku ingt xdek demand.

    ayat of the year

    aku: ayang.. nak susu?
    sami: tanakkkk

    zzzzzzz

  3. mamaAna/Dani says:

    Time weekend breast aku asik bengkak sebab Aisyah banyak main dan suka makan. Skrg kalau dia minum pon gap lebih kurang3-4 jam baru nyusu so memang aku skrg akan usung pam ke mana-mana untuk elakkan bengkak. Lagi satu dia pon dah kurang minum lebih prefer makan. Alhamdulillah Aisyah baru aku peluang buat stok tapi so far stok aku terus meningkat. Macamana pon aku takleh terleka takut growth spurt Aisyah datang balik baru wal kalam al kalibut. Alhamdulillah juga Aisyah dah 7 bulan dan susu aku maseh banyak, yang penting jgn tuang mengepam.

  4. adieqnur79 says:

    Info yg bernas. Thanks yatie. Part yg terkhir tu pernah terkena kt saya. Bila kurang air, susu pun kurang. Serik dh skrg. Nak2 time keluar kdg2 kita terlupa nk mnm.

  5. Hayatie says:

    lailasani: mengikut pembacaan dan pemahaman ku, menyusukan yang dikatakan kerap adalah diantara selang 1.5-2 jam sekali dan up to 12 times per day..

    ely: betul tindakan ko tu, sentiasa bawa pam ketika kita pegi holiday..walaupun anak sentiasa dengan kita, tetapi tidak semestinya dia menyusu dengan kerap atau efisyen semasa holiday tu, sbbnya bayi lebih mudah terganggu apabila berada dipersekitaran luar, dan lebih kurang berminat menyusu dan lebih suke nak explore dunia luar ni..

    istilah "tidak mahu breast ingat tiada demand" itu amatlah bertepatan skali…!

    mamaAna: Inilah yang ku maksudkan, apabila bayi meningkat dewasa, solid telah diperkenal, kebanyakan akan menunjukkan sikap kurang berminat untuk menyusu, ditambahlagi mereka lebih berminat untuk explore dunia luar dsebagainya…sebagai jalan penyelesaiannya adalah ibu-ibu seharusnya mengajak anak untuk mnyusu dengan lebih kerap, dan jika ianya agak sukar untuk dilakukan, tiada jalan selain daripada melakukan inisiatif pemerahan selang 2-3 jam sekali untuk menjamin pengeluaran susu yang berterusan..

  6. Mama-Miya a.k.a Jedi Hopeful a.k.a Proud Zakiah Khairani says:

    totally agree with you. sometimes moms bila dah DOWN production dia, mula la gelabah pingpong. so worry so much sampai lupa nak buat benda2 yg UP kan balik production. we should focus on solution instead on the the trouble. tapi bila kita pikir balik solution dia sebenarnye is the root of the problem.

  7. Hayatie says:

    mama-miya: yups…betul tu, solution nya cuma, buat balik apa yang kita tidak/kurang buat seperti awal2 dulu..cth: jika dulu kita menyusukan anak/pumping dengan kerap dan konsisten..now to overcome that, is repeat the same step..cuma now, lagi lama the condition, lagi sukar dan besar lah cabaran yang perlu dihadapi, lagi byk komitmen2 lain yang perlu dihadapi juga…that's why, dimana-mana dan apa-apa jua situasi "maintaining jobs is always hard"

  8. asmaa says:

    kebanyakkan penyusuan syifa' ada kat ciri-ciri yg yatie ceritakan.

    antaranya :-
    # menyusu sepanjang masa ketika tido
    # menyusu sekejap isap…sekejap cabut…pastu isap semula
    # menyusu main-main (nie yg letih sekali)

    ape pun setuju ngan yatie, mesti demand-supply

  9. Hayatie says:

    asmaa: kalau syifa menyusu sentiasa pada malam hari, baguslah!..Means demands sentiasa ada..walaupun pada malam hari, dan waktu2 itulah yang paling penting..dikala siang, biasalah, lebih banyak gangguan kan..

  10. mummy-aulia' says:

    salam..kak yati, mntak izin nak share artikel ni kat blog ye..mnggu ni byk btl dpt soalan camni..tq utk artikel yg sgt bagus!!

  11. mamaqaireen says:

    baguslah..nak share yek ^_^

  12. bbmomi says:

    suka sgt topic, sbb terkena kat batang hidung, jawapan2 yg ku cari terutama part die sibuk nak main, minum kejap2! mmg tgh drop la ni.

  13. Hayatie says:

    bbmomi: Semoga berjaya, teruskan usaha🙂

  14. sy punye susu pn skrg tgh drop..baby girl sy bru nk masuk 9bln..mmg aktif dan lasak..bile bace artikel ni terpikir la patot la susu den kurang..xbnyk mcm org lain..tp mcm mane nk buat yeh kalo paten minum bby sy ni sejak lahir lg minum 5min je..n sblh lg sgt skjp..mcm mane nk paksa die minum smpai 20min sdgkan kalo die betol2 lapar pun just 7-10min je die minum..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: