Lagi Ceritera EP aku

Bila dah lama berbelog (ceh perasan, lama tak lama juga), sure story pun dah macam2 merapu dan tentu ada orang-orang baru yang baca belog kita ini agak tidak pasti siapa dan apakah kemerapuan penulis (aku) belog ini. Pada rakan-rakan yang mengenali aku dari mula lagi, dari awal-awal aku berbelog pasti sudah mengetahui kisah breastfeeding aku. Pada yang tidak pasti, tentu tertanya-tanya apakah status aku ini. Sebab ada ramai juga yang bertanya mengenai perihal aku ini. Pada yang tidak tahu, aku adalah seorang exclusive pumping (EP) mom yang mana aku hanya memerah susu secara esklusif sahaja tanpa direct breastfeeding.

Xclusively Xpressing blog ini (atau shortform nya aku panggil XX je) aku buat adalah untuk mencoretkan kisah perjalanan aku sebagai EP aku pada awal2 tahun dulu. Sebagai motivasi diri setelah aku memilih jalan untuk EP dan supaya aku tidak hangat-hangat taik ayam. Malas sungguh aku nak kenang saat itu. Biarlah aku jadikan iktibar dan pedoman buat panduan untuk yang seterusnya. Semoga coretan aku ini dapat menjadi inspirasi orang-orang seperti aku dari segi semangat yakin diri. Jangan le pula aku dijadikan sebagai malaysian idol untuk menjadi EP. Sebab kalau aku diberi peluang, aku pun tak mahu jadi aku (EP)!

Seperti biasa, aku akan terus dan terus menepek berkali-kali gambar ebm2 ku yang sama, tapi diwaktu-waktu yang berlainan lah sampai ada yang naik muntah, haha!. Walaupun kalian nampak lebih kurang je gambar2 ni sume seperti bulan-bulan yang sebelumnya. Mungkin aku boleh pakaikan skirt pada ebm supaya ianya nampak tidak boring, haha! Yang ni, fresh ebm aku as at 10/09/09. Aku masih mengekalkan gaya susunan yang sama dari mula-mula hinggalah hampir 11 bulan ni. EBM yang diperah, akan diletakkan pada kanan sekali. EBM2 yang hendak dipanaskan akan diambil mula dari kiri hingga ke kanan. Itulah sistem aku. Senang mak aku pun tak pening. Cuma mula-mula dulu, mak aku susah betul nak hapal dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri..haha!


Yang kat bawah ini pula adalah frozen EBM aku as at 10/09/09. Ini sahaja lah yang tinggal, lebih kurang 30 botol/bekas. Tidak semeriah seperti sebelum ini, dan ini. Not bad huh for 11 m.o EP, kudosss! Now azri minum kurang EBM pada belah siang. So aku dah mula dapat simpan extra 1 botol setiap 1-2 hari.

Yang kat bawah ni bukan journal entri debit kredit cash flow ke hapa. Ni helaian pertama rekod pumping aku. Now buku ni dah penuh kesemua helaianya, aku rekod sesi pumping aku tak missed satu hari pun selama hampir 11 bulan ini. Kalau kalian lihat pada tarikhnya menunjukkan bulan 11 tahun lepas. Aku masih lagi dalam 30 hari berpantang. Kalau dilihat, sesi pumping aku tidak cukup sebenarnya. Dan masa ni aku sebok struggle untuk directkan azri. Ini lah jumlah perahan aku untuk sehari sekitar 10-15 oz sahaja. Yang mana time ni, orang lain yang dalam pantang dah boleh simpan berpuluh2 oz stok EBM. Aku cuma kais pagi makan pagi sahaja. Yang pasti aku kurang ilmu pada waktu ini.

Dan yang dibawah ni rekod pumping aku yang the latest, bertarikh semalam,ngeee! Yang pasti tulisannya sudah tidak sekemas seperti mula-mula dulu, garisan pun dah hilang tah kemana haha! Tulisan yang aku slash2 tu sebelah kiri tu, adalah sesi EBM feeding azri. Aku dah tak larat nak catit dah. Jadi ruangan tu dikonker oleh sesi pumping ku pula. Ini lah hasil perahan aku setakat 11 bulan EP. Jika dilihat sesi pumping aku adalah minimum 7x sehari. Kadang-kadang kalau azri baik-baik, boleh lah buat 8x, hehe!. Dulu masa azri belum aktif, aku boleh mengepam 8-10x sehari, tapi kini aku hanya mampu buat 8x tu 2-3 kali je dalam seminggu, memang susah sangat nak maintain 8x tu tiap-tiap hari. Dahulu aku memasang target untuk achieve sehingga 40 oz perahan sehari dan ianya masih belum tercapai. Nampaknya perahan aku hanya maintain ditakuk ini jer. Jadilah, alhamdulillah! Lagi 2 bulan misi EP 1 tahun tercapai. Bermula lagi misi 6 bulan seterusnya..

11 thoughts on “Lagi Ceritera EP aku

  1. mamaAna/Dani says:

    Bravo Yatie….aku sangat suka bila ko posting sebab ayat ko mudah di fahami dan sopan hahahahaha. Kalau aku memang tak geti nak buat sinopsis setiap apa yang aku baca walau dalam bahasa melayu, bahasa inggeris aku jangan tanyalah faham sendiri tapi tapi geti nak ulas hahahah. Walaubagaimana pun Yatie….SYABAS….ibu mesti KENTALLLL!!

  2. Ely Hasrul says:

    nih dh cukup bagus sgt nihhh insya allah ko leh jadik EP utk 2 thn aminnn

  3. Jiji says:

    Heeeeeeee takde garis garis dah kat buku!
    Takpe janji usaha musti maintain.

  4. nikhazifah says:

    tabik spring la kat mu..nnti buku tu mu simpan..bagi hadiah kawin azri..hehehe..

  5. Hayatie says:

    mamaAna: haha..mudah ke? kadang2 aku pun baca dua tiga balik apa yang aku tulis..kikiki

    Ely: mudah2han, amin!..tu la target aku..tapi aku taknak oberkonpiden lak..eheh!

    Jiji: insyallah! aku sentiasa(buat-buat) positif ni!

    nik: haha..hadiah kawin apa…akan ku frame kan jadi hiasan dirumah ku ini, huhu

  6. hushuss says:

    Yati..mcm mana nak jadi mcm wati ni…duhhh..susah tul nak maintain session mengepam sbb kerja dan ada kelas…uwaaaa..

  7. luna says:

    Wah..kagum dengan semangat Yatie🙂 Chaiyok dan tahniah Ti🙂

  8. ADILA says:

    ku kagum dgn hayatie..sbb tulah mase ebm sume rosak baru ni ku memikirkan camana yatie pum sehingga lah boleh kumpul semula stok walaupun cuma ade 14 botol aje skrg ni..

  9. suraiya said says:

    suka bc citer yati, ayat2 yg menghiburkan walaupun tak pas kalau DBP audit…apa kata print sumer citer yati wat buku!

  10. suzieradzali says:

    i folo ur blog sbb nak tgk u as EP…bcos im EP also….sila benarkan sy menfolowi anda…hehehe

  11. Hayatie says:

    suzie: Sila-sila…keep on pumping!🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: